Isnin, 26 Oktober 2015

Apabila Pengampu Jadi Menteri..!


Terpahat didalam lipatan sejarah negara apabila seorang yang berjaya secara konsisten menentang pihak yang melawan bosnya diangkat sebagai Menteri..! 

Lebih lagi orang yang ditentang olehnya ialah Negarawan yang telah memberikannya ruang dan peluang untuk menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri..!

Tapi apabila tidak lagi bergelar CM dan diangkat menjawat jawatan sebagai MP biasa barangkali mula timbul rasa tak puas hati dan seterusnya menyimpan perasaan marah tersebut..!

Di Sabah pun semua orang tahu bagaimana permainan yang dimainkan hingga group Musa dan Shafie langsung tidak boleh di 'aman' kan..! 

Ramai orang tahu siapa tangan hitam dibelakang pergeseran ini..! Di Sabah orang ramai tahu bagaimana permusuhan Musa dan Shafie memberi 'keuntungan' kepada seseorang..!

Realitinya ada yang 'kenyang' dengan kedudukan di DUN dan kini beralih ke pusat atas sebab yang semua rakyat tahu dan dapat lihat..!

Sebagai seorang yang tiada pengalaman di Kementerian banyak cerita menarik timbul. Almaklum...mesyuarat post cab oun tak pernah masuk..! Timbalan Menteri pun kerja dah macam Menteri..!

Kementerian pun meriah sekarang ni..! Menteri dikatakan lebih gemar kepada cerita Sabah dan politik sahaja..! SUSK baru ok tak? Itu chapter lain yang boleh kita kongsikan..! 

Berkokok lah pengampu untuk terus 'merelavankan' dirinya sebagai pengampu terunggul..! Dinyanyikan bahawa Najib pada waktu itu kekal dengan kesetiaannya terhadap Pak Lah..!

Masing masing menghidu..!

Kesetiaan apa jika mahu mengambil tempat Paklah? Kesetiaan apa jika juak nya pada waktu itu saban hari menuding jari itu dan ini berkaitan kelemahan pentadbiran Pak Lah?

Semua orang tahu bagaimana gerakan dari dalam dilakukan..! Data Flight yang membawa Ketua Bahagian terbang kesana sini pun masih tersimpan rekodnya..! 

Keruk mana tahu semua ni? Keruk hanya budak picisan politik yang telah hanyut jauh dari gerakan massa politik ketika itu..!

Cuma boleh kita rekodkan bahawa pengampu@penjilat tetap pengampu@penjilat walau jawatannya tinggi melangit..!

Itu bezanya pengampu@penjilat zaman Najib..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

12 ulasan:

  1. wahhh dlm bahase ni wahai admin... tembak tepat jerr x pyh berkias @ ber klise...huhuhu
    bg meroyan si pemakan dedak

    BalasPadam
  2. Alahai plitik UMNO ///semua orang tahu la...hang citer ke tak itu la perangai UMNO

    Kau ingat kami bkn UMNO la ya? Kalau masuk UMNO macam2 perangai kita jumpa la...

    Cuma yg paling penting kabinet baru memang power...Psal apa tau...

    Semua persepsi setakat bertahan 5 jam ja lepas tu kaw2 kne neutralise balik..Rakyat aman..ahli UMNO aman...


    Ini yg ahli UMNO hendakkan pertahan institusi UMNO...

    BalasPadam
  3. ha ha ha aku ingat ayat makan dedak tak la viral...alahai rupa2 nya dah jadi bahan komen ya...

    cuma korang perasan tak ..geng Tun M lah paling banyak gunakan ayat penghinaan?

    Cuma tak guna la...Tahun lepas klau guna ok la gak psal tk ramai cyvertrooper...la ni geng2 Najib dah berlambak-lambak..

    BalasPadam
  4. Sokong Najib bawak rebah, tinggal suku je sokongan rakyat kat batang tubuh Najib. Semua cakap dia dah tak laku, Negara menghampiri langkah terjerumus ke lembah kehancuran.

    BalasPadam
  5. Saya rasa cerita cerita macam ini tak payah nak di kemukakan kerana sebahagian besar rakyat malaysia sudah tahu dan meluat dengan cerita macam ini yang sudah jadi darah daging dalam umno , Majoriti rakyat yang merupakan pengundi atas pagar pun sudah tersangat tahu dan gelagat gelagat ini lah yang menjadikan umno semakin tenat kerana dipenuhi pemimpin berimankan jawatan dan kedudukan . Dari maklumat dan khabar angin dari kedai kopi serta merata tempat majoriti pengundi yang di atas pagar terutama pengundi melayu sekarang sedang memerhati pergerakan PAS sekiranya parti ini tidak bersama DAP secara mutlak kemungkinan undi kali akan kearah PAS ingat pada PRU 14 Majoriti pengundi adalah golongan 40 kebawah mereka ini adalah kesemuanya dari saluran 5/4/3/ yang majoriti menyokong PR pada PRU 12 dan 13 bayangkan pada PRU akan datang banyak dari mereka sudah sebahagian menjalar ke saluran 2 , iaitu saluran yang masih sokong BN di PRU 13 termasuk saluran 1 , golongan ini semakin hari semakin bertambah ada yang sanggup bersama DAP walau pun melayu , dan golongan ini tidak ada masalah untuk mengubah sokongan kerana mereka tidak dapat merasakan semangat perjuangan umno dulu tapi yang banyak mereka rasa dan nampak adalah cerita cerita diatas didalam umno serta masaalah yang ujud daripada kelemahan kepimpinan sekarang yang mengakibatkan peningkatan kos hidup , penganguran dan jenayah . Ditambah pula dengan imej dari fakta fakta penyelewengan najib serta keborosan hidup beliau ada kah ini membantu hayat umno , lu fikir la sendiri.

    BalasPadam
  6. AMNO DAN PENIPUANNYA DEMI UNTUK KEKAYAAN PEMIMPIN YANG TERKECIL HINGGA TERBESAR.

    UDAH HAMPIR 100 TAHUN UDAH. MELAYU OH MELAYU.

    TUKOR LE CARA MENGUNDI. JANGAN TAKUT, MELAYU AKAN TERUS BERKUASA.

    ABU.

    BalasPadam
  7. Najib n the gang mmg perompak wang rakyat.
    Konon2 dah berjaya tingkat pendapatan negara.

    Semua tu duit rompakan GST ke atas rakyat.
    KW2 bermatian2 pertahan duit haram.

    Dulu zaman SST kalau beli satu paip PVC standard SIRIM harga RM10 bersih, sesetengah kedai boleh runding utk kurang harga.

    GST, paip PVC yg sama harga dah jadi RM10.60, campur GST, sukar nak runding sebab kedai kata semua dah masuk dlm data computer.

    Situasi semasa, benda dgn material yg sama dah naik harga RM12.80, alasan sebab nilai ringgit jatuh.

    Simple.
    Jika kita terlibat dlm sektor pembinaan, pertukangan, perkakasan, runcit hardware, GST akan melilit urat leher sampai sesak.

    Tiap RM100 dibelanjakan, GST RM6.
    RM1000. GST RM60.

    Ini semua tak perlu di zaman SST.
    Kenapa GST?

    Najib bijak.
    Dia tahu duit negara dah hampir kosong.
    1MDB, dah salah urus meninggalkan lubang2 hutang berbilion.

    GST cara cepat dan selamat, alasan dah siap menunggu. 160 negara dah buat GST termasuk negara maju.

    Tapi Najib tak tunjuk, apa yg negara tersebut bagi balik kpd rakyatnya.

    Alasan lagi, duit habis kerana mewarisi beban zaman Tun.

    Dia ingat rakyat buta. Ramai lagi yg hidup zaman Tun pernah melalui krisis 1998.
    Rakyat ketika itu masih selesa bertahan.
    Najib juga lupa, bila dia dan KW2 berhujah ttg mewarisi zaman Tun, sebenarnya dia membogelkan diri sendiri.

    Setelah org tua tu berundur, Najib masih di kerusi teratas pemerintahan. Masuk hari ni dah lebih 10 tahun dia bebas drpd arahan org tua tu.

    Takkan dia tak idea utk fight back jika benar negara terlungkup dek tangan org tua tu.

    Sebenarnya dia gagal dan amat gagal.
    Jangkamasa yg begitu lama, Najib masih tiada idea utk membangunkan Malaysia kecuali mentransformasi perkara lama zaman Tun. Itupun masih gagal.

    Najib bernasib baik kerana dapat berselindung di belakang kejatuhan harga minyak.

    Persoalannya, adakah harga minyak jatuh semenjak org tua tu berundur?

    Apa yg dibuat dgn berbilion2 keuntungan minyak Petronas sebelum ini?
    Bagaimana dia mengurus kewangan?

    Namakan projek2 idea Najib yg telah menzahirkan keuntungan besar kpd rakyat dan negara?

    FGV, pakai duit mana?
    Nak buat Pan Borneo?
    Aku syak, banyak berlaku pengurangan peruntukan dibeberapa kementerian, mungkin duit ini akan belayar ke sana?

    Yg pelik, Jabatan Perdana Menteri dapat tambahan hingga 20.3b.

    Duit amanah pelajar miskin tinggal 10 juta drpd 200 juta.

    Rakyat miskin kena bersedia, tahun depan mungkin semua kena bayar eletrik ,tiada lagi yg percuma, kerana badgetnya besar 150 juta sebulan.

    Begitu juga minyak masak, jgn terkejut, tahun depan drpd RM 6 lebih akan naik lagi jadi sekali ganda mcm di Thailand.

    Kena ingat.
    Pemakan2 dedak Najib sedang bergumbira.
    Bajet JPM dah naik, 20.3b, raya sakan tu bro.

    BalasPadam
  8. Pusing le selagi boleh pusing... orang semenanjung dah pandai.

    Yang x pandai tinggal ciput je. Itupun sebab dapat kain batik.

    Tunggu rakyat Sabah Sarawak jadi pandai nanti korang tengok ler apa jadi.

    BalasPadam
  9. Kepada chai2 ternakan najib sekalian,

    Teruskan menerima duit habuan haram rakyat tak izinkan. Tengok aje rating dan pandangan rakyat terhadap pemerintahan rejim najib ini.

    Hari tu,

    Tun dah beri nasihat agar berundur secara terhormat tetapi degil, najib jawab 1mdb bukan pinjam duit rakyat tetapi dari bank

    Hari ini,

    Jika bukan hari ini, akan tiba PRU14 dimana umno bakal di talkin kan...bersedialah najib dan pengampu2 beliau untuk di seret di hadap ke mahkamah!

    BalasPadam
  10. Alasan harga minyak jatuh dan ekonomi merudum tak boleh pakai..tahun 98-02 ekonomi merudum juga..bursa saham hanya tinggal tak sampai 400 mata...disaat itu kerajaan masih mampu memberikan subsidi...disaat itu kerajaan masih mampu memberikan bonus kepada kakitangan awam ..disaat itu juga putrajaya berjaya disiapkan.. Dan jangan dilupa disaat itu tiada GST.

    BalasPadam
  11. Org yg gembirra bila dapat kain batik kain pelikat,beras sekampit banyak yg dah ke kubur.Macam di perlis sampai bagi ayam beras pulut bila dekat aidil fitri.Maka veteren veteran ni puji la Mb syahidan melangit,tapi x sedar cuma dapat makan dua ari aje.Ha ha ha politik kampung.Tapi generasi sekarang dah celik mata x leh lagi diperbodohkan

    BalasPadam
  12. Tak payahlah berkias-kias lagi,semua orang dah tahu siapa dia, orang buta dan orang pekak pun boleh tahu siapa pengampu no 1 di Malaysia

    BalasPadam