Agaknya bila ler pihak Polis nak ambik tindakan tegas..! dari 2008 hingga ler selesai PRU13 takkan pihak PDRM yang dah berusia lebih 200 tahun asyik nak memberi AMARAN..!!!
Sampai bila agaknya pihak POlis dan KDN mahu memberhentikan sikap biadap dan kurang ajar yang ditunjangi oleh ANwar Ibrahim, Kit Siang dan barisan pemimpin pembangkang!
Sejak dari perhimpunan haram di Kelana Jaya, Batu Kawan dan malam tadi Ipoh.. pihak Polis hanya setakat memberi amaran sebelum perhimpunan haram diadakan setelah itu memanggil pihak yang TELAH berjaya mengadakan perhimpunan haram.
Esok esok pasti pihak pembangkang akan mengadakan lagi perhimpunan demi perhimpunan dan mereka akan terus mengadakannya sehingga PRU14 tiba...dan apakah pihak berkuasa akan tetap dengan pendirian dan penegasan yang sama?
Apakah pihak Peguam Negara terus menerus bersetuju dengan puak yang sentiasa melanggar undang undang ini? Apakah pihak AG akan terus menutup mata, kepala dan jiwa mereka melihat pencabul undang undang bermaharajalela di depan mata?
Rakyat terbanyak sudah memberikan mandat mereka kepada pihak berkuasa untuk menegakkan undang undang bagi menjamin kehidupan yang sejahtera. Kenapa pulak hak rakyat terbanyak ini tidak diberikan perhatian utama? Apakah hak rakyat terbanyak boleh dinafikan hanya dengan alasan pelanggaran undang undang dibuat atas dasar politik?
Kalau macam tu...Kerajaan sebenarnya menjaga kepentingan siapa? apakah sebenarnya yang lebih utama?
Lu Fikir La Sendiri!!!
