Isnin, 13 Mei 2013

Undang Undang, Polis & Rakyat Mana Yang Utama?


Agaknya bila ler pihak Polis nak ambik tindakan tegas..! dari 2008 hingga ler selesai PRU13 takkan pihak PDRM yang dah berusia lebih 200 tahun asyik nak memberi AMARAN..!!!

Sampai bila agaknya pihak POlis dan KDN mahu memberhentikan sikap biadap dan kurang ajar yang ditunjangi oleh ANwar Ibrahim, Kit Siang dan barisan pemimpin pembangkang!

Sejak dari perhimpunan haram di Kelana Jaya, Batu Kawan dan malam tadi Ipoh.. pihak Polis hanya setakat memberi amaran sebelum perhimpunan haram diadakan setelah itu memanggil pihak yang TELAH berjaya mengadakan perhimpunan haram. 

Esok esok pasti pihak pembangkang akan mengadakan lagi perhimpunan demi perhimpunan dan mereka akan terus mengadakannya sehingga PRU14 tiba...dan apakah pihak berkuasa akan tetap dengan pendirian dan penegasan yang sama?

Apakah pihak Peguam Negara terus menerus bersetuju dengan puak yang sentiasa melanggar undang undang ini? Apakah pihak AG akan terus menutup mata, kepala dan jiwa mereka melihat pencabul undang undang bermaharajalela di depan mata?

Rakyat terbanyak sudah memberikan mandat mereka kepada pihak berkuasa untuk menegakkan undang undang bagi menjamin kehidupan yang sejahtera. Kenapa pulak hak rakyat terbanyak ini tidak diberikan perhatian utama? Apakah hak rakyat terbanyak boleh dinafikan hanya dengan alasan pelanggaran undang undang dibuat atas dasar politik?

Kalau macam tu...Kerajaan sebenarnya menjaga kepentingan siapa? apakah sebenarnya yang lebih utama?

Lu Fikir La Sendiri!!!

5 ulasan:

  1. Malang sungguh Rakyat Malaysia ini yang mempunyai Anggota Polis Yang agak lembab bertindak. Apa tunggu lagi. Jangan negara dah porak peranda baharu nak ambil tindakan. Kami junjung dan menghormati kerja Polis yang berat tanggung jawabnya. Selama ini mereka menghina dan langsung tidak menhormati kerja mulia pehak Polis.

    Bila di diamkan mereka rasa perbuatan mereka betul. Singapura mengambil tindakan yang tegas, rakyat Malaysia yang berdemontrasi tanpa permit 21 ketua mereka di tangkap. Silap hari bulan dahlah di penjara atau denda dan di halang pula masuk Singapura. Begitu tegas tindakan yang di lakukan di Singapura. Kerana demi mengekalkan ke amanan di negara tersebut.

    Fikir-fikirkanlah.....

    Saat Jais
    www.treat-cure.com
    http://saatjais.wordpress.com

    BalasPadam
  2. "assaad 7:17"

    ITU YANG SEPATUTNYA MENTERI KDN & PDRM MENGAMBIL TINDAKAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA YANG TIDAK MEMATUHI UNDANG-UNDANG NEGARA SPT POLIS SINGAPURA.....MALANGNYA MENTERI KDN HANYA SELALUNYA MENGELUARKAN AMARAN...AMARAN...AMARAN

    MEMANG MALANG RAKYAT MALAYSIA KINI.....

    BalasPadam
  3. Pasukan Polis ikut siapa jadi ketua nya . Dulu masa sebelum Hisham Polis dilihat sebagai sangat tegas dan berwibawa . Tapi diZaman Hisham lenggok Polis juga terbawa bawa dengan "ketidak Tegasan" hisham. Ada ramai Polis yg Pro tapi susah nak buat kerja ...disebabkan Ketua yang lembek....

    BalasPadam
  4. Ingatkah kita PDRM da di kambing hitamkan, Paklah mula segalanya, apa yg pakatan memalui NGO meka desak iti ini, Paklah ikut, Najib pulakmhapuskan semua undang undang penting utk keselamatan Negara dan Mengekang Jenayah..( ISA dan EO serta akta cetak ) konon nya nak ambil hati dan BN nampak terlus, Kini PDRM dalam keadan lemah, FRU da hilang semangat, Pga dan tugas Am pun sama..Semua takut , gerun ..Sebab Kerajaan memihak kepada Pakatan, Jika polis bertindak meka akan kata racis, Cigu lun da ramai sokong Pakaan sebab ketajaan melebihkan Kehendak mak bapak yg tak tau jaga anak, Silap sikit Cigu Media utama wara rkan, media sosial pakatan lagi hebat, Boleh di kira semua angensi kerajaan dan kecewa, Peruntukan selalu tak ada, Pejabat dan perumahan d abaikan, Gi kursus pakai fuit sendiri dan claim kemudian, Da tu lambat pulak, Jgn salahkan PDRM salahkan Menteri KDN dan kerajaan, Semua senjata dan leluru Kerajaan bagi pada pakatan..PDRM kini tinggal nyawa nyawa ikan, SOP d pinda..Kalu boleh pujuk , kasi makan sedap sedap, tangkap cepat cepat bebas, Remad jarang dapat, Siasatan kini kian menyusahkan, kes curi susu tung kena bawa jumpa DPP.nak jumap meka mcm nak jumpa agong, Salah siapa. Sek 113 kpj da lupus , Tu sebab ramai polis pencen awal, behenti awal dan masukan dan sokong pakatan seba meka kecewa

    BalasPadam
    Balasan
    1. pegi sekolah mana? manyak salah eja ooo

      Padam