Fahamkan...
Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :
DEKLARASI RAKYAT : RAKYAT BERSERAH KEPADA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG DAN KEBAWAH DULI-DULI RAJA-RAJA MELAYU YANG AKAN BERSIDANG DALAM PERSIDANGAN MAJLIS RAJA-RAJA PADA 11HB DAN 12HB OKTOBER 2016 ---
DESKRIPSI LOGO :
1. Latarbelakang HITAM - melambangkan keadaan Rakyat yang berada dalam keadaan kemurungan dan ketidakpastian disebabkan kemelut salahlaku oleh kepimpinan kerajaan negara pada masa kini.
2. Frasa "DAULAT TUANKU" dalam warna KUNING - melambangkan kehormatan dan kebesaran yang diletakkan pada KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan KeBawah Duli-Duli Raja-Raja Melayu, dalam warna rasmi Diraja.
3. Kedua-dua TAPAK TANGAN yang ditemukan dan dirapatkan serta hujung kesemua jari lurus menghala ke atas dan diangkat tinggi - melambangkan Rakyat merafak sembah dan memohon ampun untuk memohon mencemar duli akan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan KeBawah Duli-Duli Raja-Raja Melayu, perkenankan pemintaan dan harapan Rakyat.
4. Corak dan warna BENDERA JALUR GEMILANG pada kedua-dua tapak tangan - melambangkan sejumlah lebih 1 juta Rakyat Malaysia yang telah menandatangani Deklarasi Rakyat.
5. Tarikh 11.10.2016 dalam warna KUNING - melambangkan tarikh permulaan Persidangan Majlis Raja-Raja Ke-242 yang dijadualkan pada 11hb dan 12hb Oktober, 2016, dalam warna rasmi Diraja.
6. Frasa "RAKYAT BERSERAH" dalam warna KUNING - melambangkan permintaan serta perletakan pengharapan Rakyat terhadap KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan KeBawah Duli-Duli Raja-Raja Melayu, untuk mencemar duli melaksanakan kuasa sah di bawah Perlembagaan Persekutuan yang berada pada KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan KeBawah Duli-Duli Raja-Raja Melayu, dalam warna rasmi Diraja.
Berani kerana benar..! Perjuangan suci tiada masa berhenti..! perjuangan mulia tiada tara bandingannya..! Selagi bumi dipijak..selagi langit di junjung..!
Bersama membenteras penyalahgunaan kuasa..! Kebenaran pasti mengatasi kebathilan..!
Perjuangan Mulia menentang Perjuangan Hina..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

