Benarlah apa yang dititahkan oleh Tuanku Permaisuri Johor tersebut..! Sekarang ni zaman susah..! meleset@melecet..! Gunakan peluang sebaik mungkin..! Zaman menggunakan kederat..! tulang 4 kerat..! Guna akal dan kebijaksanaan dengan waras..!
Cari dan rebut peluang..! Jangan harap kepada orang lain..! Terutama kepada orang politik yang berkepentingan diri dan kelompok mereka semata..!
Terbaik ialah bekerja sendiri dan jangan jadi pengampu..!
Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah bertitah menasihat graduan yang baru sahaja tamat pengajian supaya tidak terlalu memilih pekerjaan dalam ketidaktentuan ekonomi kini.
Baginda bertitah, "Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kini sudah pasti cabaran dan kekangan dalam mendapatkan pekerjaan idaman terhad dan persaingannya juga hebat.
"Justeru, para graduan hendaklah bijak mengambil peluang dan merebut apa jua program yang dianjurkan kerajaan bagi membantu anda mencari pekerjaan," titah baginda ketika merasmikan sesi pertama konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kali ke-55, di sini, Sabtu.
Raja Zarith Sofiah yang merupakan Canselor universiti itu turut berharap agar graduan tidak melupakan jasa dan pengorbanan ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dan motivasi ketika mereka mengikuti pengajian.
"Teruskanlah berbakti, mudah-mudahan kehidupan anda bertambah berkat," titah baginda.
Pada konvokesyen kali ini, seramai 5,543 graduan menerima anugerah masing-masing iaitu 325 orang bagi Ijazah Doktor Falsafah; 951 (Ijazah Sarjana); 2,988 (Ijazah Sarjana Muda); 633 (Diploma) dan 651 (Diploma Program Kerjasama UTMSPACE).
Dari jumlah itu, 406 orang adalah graduan antarabangsa dari 30 negara.
Sementara itu, dalam majlis sama, Permaisuri Johor turut berkenan mengurniakan Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan kepadaMenteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Penganugerahan itu bagi menghargai sumbangan beliau dalam memartabatkan institusi pengajian tinggi ke tahap yang boleh dibanggakan ketika menjadi Menteri Pengajian Tinggi dahulu.
Presiden Kolej Imperial London, Professor Alice Gast turut menerima Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan sebagai mengiktiraf kepimpinan beliau dalam bidang akademik dan sumbangannya terhadap penyelidikan kejuruteraan dan sains. -- Bernama.
Lu Fikir La Sendiri!!!
