Sabtu, 24 Oktober 2015

Menjunjung Kasih Tuanku..!


Benarlah apa yang dititahkan oleh Tuanku Permaisuri Johor tersebut..! Sekarang ni zaman susah..! meleset@melecet..! Gunakan peluang sebaik mungkin..! Zaman menggunakan kederat..! tulang 4 kerat..! Guna akal dan kebijaksanaan dengan waras..!

Cari dan rebut peluang..! Jangan harap kepada orang lain..! Terutama kepada orang politik yang berkepentingan diri dan kelompok mereka semata..!

Terbaik ialah bekerja sendiri dan jangan jadi pengampu..!

Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah bertitah menasihat graduan yang baru sahaja tamat pengajian supaya tidak terlalu memilih pekerjaan dalam ketidaktentuan ekonomi kini.
Baginda bertitah, "Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kini sudah pasti cabaran dan kekangan dalam mendapatkan pekerjaan idaman terhad dan persaingannya juga hebat.
"Justeru, para graduan hendaklah bijak mengambil peluang dan merebut apa jua program yang dianjurkan kerajaan bagi membantu anda mencari pekerjaan," titah baginda ketika merasmikan sesi pertama konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kali ke-55, di sini, Sabtu.
Raja Zarith Sofiah yang merupakan Canselor universiti itu turut berharap agar graduan tidak melupakan jasa dan pengorbanan ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dan motivasi ketika mereka mengikuti pengajian.
"Teruskanlah berbakti, mudah-mudahan kehidupan anda bertambah berkat," titah baginda.
Pada konvokesyen kali ini, seramai 5,543 graduan menerima anugerah masing-masing iaitu 325 orang bagi Ijazah Doktor Falsafah; 951 (Ijazah Sarjana); 2,988 (Ijazah Sarjana Muda); 633 (Diploma) dan 651 (Diploma Program Kerjasama UTMSPACE).
Dari jumlah itu, 406 orang adalah graduan antarabangsa dari 30 negara.
Sementara itu, dalam majlis sama, Permaisuri Johor turut berkenan mengurniakan Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan kepadaMenteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Penganugerahan itu bagi menghargai sumbangan beliau dalam memartabatkan institusi pengajian tinggi ke tahap yang boleh dibanggakan ketika menjadi Menteri Pengajian Tinggi dahulu. 
Presiden Kolej Imperial London, Professor Alice Gast turut menerima Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan sebagai mengiktiraf kepimpinan beliau dalam bidang akademik dan sumbangannya terhadap penyelidikan kejuruteraan dan sains. -- Bernama.

Daulat Tuanku..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

10 ulasan:

  1. "Baginda bertitah, "Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kini sudah pasti cabaran dan kekangan dalam mendapatkan pekerjaan idaman terhad dan persaingannya juga hebat.
    "Justeru, para graduan hendaklah bijak mengambil peluang dan merebut apa jua program yang dianjurkan kerajaan bagi membantu anda mencari pekerjaan," titah baginda ketika merasmikan sesi pertama konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kali ke-55, di sini,"

    Faham tak ayat tu Putra Merdeka dan Pro Tun???

    Zaman susah....jgn dok asik flashback masa Tun.

    Baginda nmpknya lg faham keadaan ekonomi skrg dr geng pro Tun. Baginda boleh berfikiran positif tp geng pro Tun inilah yg dah biasa diberi tongkat dulu, bila susah mula nk protes dan mahukan kesenangan hidup spt di zmn Tun. Berpijak lah di bumi yg nyata.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha...jurucakap istana ? Sejak bila dilantik....

      Cakap pun dah macam amat maselan...

      Padam
    2. Chai najib ni bukan faham baginda sindir. Siapa yg bagi kita susah? Najib dan 1mdb nya. Berpijaklah di bumi nyata...hutang sampai cucu cicit ko pun tak habis bayar nanti.

      Padam
    3. Chai 1:43
      Dlm official function, xde maknanya baginda nk sindir2. Hanya chai pro tun je yg terlebih cerdik.

      Padam
  2. TAN TIN TUN DULU BANYAK SANGAT BAGI TONGKAT. TONGKAT HILANG....TU BANYAK SONGEH TU.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heranlah nape pro najib suka bayarkan hutang. Sanggup pikul beban, yg kenyang shopping si semah tu. Setakat ni pun duit kwap 4 billion, 950 juta stand kredit dilulus kabinet. Semua ni kerajaan yg beri jaminan...cukai dari rakyat buat bayaran. Nape lembam nak fikir.

      Padam
  3. Kalau ada daya saing dan nilai tambah tak ada susahnya. Mereka yang ada daya saing dan nilai tambah tidak sukar berdepan bara dan lara. Itulah pesanan orang yang berjaya.

    BalasPadam
  4. Kesian aku tgk macai pemakan dedak expired ditabur tun madey.. meroyan spin hbih2 apa benda yg ada. Lain yg disarankan Raja Permaisuri, lain yg di spin... disodok nye..punyelah sakit jiwa dgn Najib.. mau pulak tgk belanjawan 2016 xnmpk najib telah mufliskan negara, brim naii, pnjwat awam naik tngga gaji, cukai turun..mcm2 bnda direct utk rakyat..apa lg meroyan thap gabanlah tuan penabur dedak expired..madey..

    BalasPadam
  5. Betullah apa yg puan permaisuri tu cakap.dgn segenggam diploma atau ijazah tk semestinya anda terus tahu dlm selek belok pkerjaan.pekerjaan yg pertama jadikn dahulu sebagai pengalaman sebelum mendapat pekerjaan yg lebih baik.itulh maksud puan permaisuri.hei putra merdeka ko punya kepala hotak nampaknya belum merdeka sepenuhnya.malulah dgn bebudak sekolah rendah..depspun gelak dgn thp pemikiran ko.

    BalasPadam
  6. HANYA GOLONGAN BANGANG SAJE YG TAK FAHAM BAHASA SINDIRAN...lagipun baginda tahu madey yng terima 2.6bilion tu dan ambik duit IMDB...ha ha ha ha....

    BalasPadam