Hilang kredibiliti seorang pemimpin..! Dari seorang yang dilihat berpendirian tegas kini Shahrir sudah menggadai kesemuanya hanya kerana 1MDB..! Dahsyat kesan 1MDB kepada pemimpin, rakyat dan negara..! itu sebab Shahrir pun tak mahu ketinggalan membuktikannya..!
Isu 1MDB ditambah dengan isu duit derma terbesar dalam sejarah telah membentuk pola fikir serta garis pemisah antara rakyat dan pemimpin..! Takkan kesemuanya rakyat Malaysia bodoh..! Takkan tiba tiba hari ini rakyat dan ahli UMNO tak faham, salah dan bangkit menolak pemimpin..!
Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) yakin orang ramai menerima baik penerangan kerajaan berhubung dana RM2.6 bilionyang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pengerusi BNBBC, Tan Sri Shahrir Samad berkata, maklum balas yang diterima di kalangan ahli parlimen Barisan Nasional (BN) menunjukkan rakyat menerima penjelasan itu dengan baik.
Katanya, sentimen rakyat berhubung isu yang diperjelaskan itu tidak berdepan dengan sebarang masalah.
"Berita kurang menyenangkan tentang isu itu sekadar gembar-gembur menerusi media sosial yang tidak betul.
"Nampaknya baik, tak sehebat yang digembar-gemburkan media sosial. Media sosial syok sendiri.
"Itu yang kita nak kena tegas dari segi media sosial - berita yang tak betul, kena ada penjelasan," kata Shahrir sewaktu ditanya tentang penerimaan orang ramai terhadap kempen kerajaan pada sidang media di Parlimen, di sini, pada Selasa.
Siapa yang sebenarnya syok sendiri?
Rakyat mahukan jawapan yang pasti dan tuntas..! bukannya pembohongan..! lebih lagi kata kata ampuan dan jilatan yang menjengkelkan..! Hina besi kerana karat..! hina manusia kerana melarat..! hina pemimpin kerana jadi musibat..!
Tau musibat?
Lu FIkir La Sendiri!!!