Memaparkan catatan dengan label prk sg besar calon. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label prk sg besar calon. Papar semua catatan

Isnin, 16 Mei 2016

PRK Sg Besar ~ BN Bakal Menang Tanpa Bertanding.!


Nampaknya BN tak perlu susah payah memilih calon..! Bagi pengundi Sungai Besar, Ketua Bahagian  UMNO yang pernah mengumpulkan ribuan ahli umno berbaju merah berkumpul di Padang Merbuk sudah cukup untuk dipertaruhkan..! Jamal pasti menang..! Jamal mungkin boleh menang tanpa bertanding..! 

Ditambah lagi dengan gerakan yang Jamal lakukan..

Dato Jamal Edar 10,000 Burger Percuma di Pekan Sungai Besar

SUNGAI BESAR 14 Mei - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Dato Jamal Md Yunos mengedar 10,000 burger secara percuma kepada penduduk sekitar kawasan Pekan Sungai Besar di sini hari ini.

Program ini mencuri perhatian penduduk apabila orang ramai berpusu-pusu bagi mendapatkan burger secara percuma di sebuah gerai yang dibuka berhadapan Kedai Rakyat 1Malaysia.

Turut hadir memberikan sokongan termasuk Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Zahida Zarik Khan.

Ini merupakan program Burger Percuma Untuk Semua buat kali kedua dianjurkan beliau.

Pada 24 April lalu, Dato Jamal yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Besar menganjurkan program sama di kawasan Sekinchan.

Beliau dijangka akan meneruskan jelajah program ini di beberapa kawasan Parlimen Sungai Besar.

Sebelum ini, Dato' Jamal menafikan sekeras-kerasnya bahawa program ini dianjurkan sebagai salah satu strategi dan kempen menaikkan namanya menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

Katanya, program ini telah dilaksanakan lebih awal pada 24 April lalu sebelum kematian Datuk Hajah Noriah Kasnon.


Pasti ciri ciri pemimpin seperti Jamal akan menjadi keutamaan bagi Najib dalam membuat pemilihan sebagai calon..!

BN perlukan pemimpin seperti Jamal..!

Parti pembangkang pasti berfikir 800 kali untuk meletakkan calon jika BN diwakili oleh Jamal..!

Apa tunggu lagi???

Lu Fikir La Sendiri!!!