Memaparkan catatan dengan label prk sg limau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label prk sg limau. Papar semua catatan

Isnin, 4 November 2013

PRK Sg Limau ~ Punca PAS Kalah Dikenalpasti…!


Berita yang diterima secara tak rasmi mengatakan bahawa Barisan Nasional BN dijangka akan dapat merampas kerusi DUN Sg Pinang yang telah diduduki oleh PAS selama 5 penggal dengan majoriti yang kecil. 

Ada juga kata BN menang besar, namun ada yang mengatakan bahawa PAS akan berjaya mengekalkan kerusi Sg Limau dengan majoriti yang kecil. Namun semua ini masih lagi bertaraf cakap cakap!!! belum rasmi..!

Cuma ada teori yang menarik untuk di fikirkan. Jika BN berjaya bermakna PAS jelas ditolak kerana bersekongkol dengan Anwar dan DAP. Pengundi PAS berasa jauh hati dengan tindakan PAS Kedah dan PAS pusat yang memusuhi Allahyarham Tan Sri Azizan. Terbukti juga bahawa selama 5 penggal ini bukan faktor parti PAS tetapi pengundi di Sg Limau memilih Arwah Tan Sri Azizan. Calon bukan parti..!

Mahfoz gagal sebagai Pesuruhjaya PAs Negeri dan Pengarah Jentera Pilihanraya…!

Kalau PAS menang sekalipun bermakna PAS terpaksa menjilat ait ludah dan air liur mereka yang selama ini mengutuk dan memusuhi Tan Sri Azizan, PAS terpaksa mendokong dan bersandar disebalik nama, keluarga malah kaki yang digantung oleh pengikut biadap mereka untuk meraih sokongan dari nama baik Azizan. PAS tidak mempunyai kekuatan langsung didalam siri kempen mereka kali ini.

Maknanya? maknanya PAS sudah berkubur di tempat yang kononnya sudah menjadi kubu kepada nya selama ini. Itu pun jika PAS menang…! tapi kalau kalah jelas lah bahawa PAS yang menjadi hamba sahya kepada DAPig dan ANwar akan terus ditolak oleh para penyokong PAS yang 'sederhana' dan tidak ekstrim. Maknanya PAS akan terus berpecah diantara 2 kelompok yang ekstrim dan sederhana..!

Punca kekalahan PAS di Sg Limau ini juga nanti boleh ditambah hasil sikap biadap menumbuk dan menunjukkan kemaluan puak PAS yang tidak menghormati wanita.


Tumbuk wanita boleh baca di agendadaily.disini

Selepas semua pusat mengundi ditutup dan jumlah pengundi yang ramai turun menunaikan tanggungjawab mereka melebihi 85% didoakan semoga calon BN Dr Ahmad Suhaimi Lazim berjaya dinobatkan sebagai ADUN Sungai Limau yang baru InsyaAllah…

Lu Fikir La Sendiri!!!

PRK Sg Limau ~ Macam Macam Ada Setakat Tengah Hari…!


Macam macam yang dapat disaksikan dalam tempoh kempen terakhir meraih undi yang dijalankan. Kalau tengok cara Wan Azizah mengipas para cinabeng yang separuh bogel ni rasanya undi cina macam boleh terus kekal mengundi hamPAS.

Jutaan ringgit yang ditaburkan boleh hancur gara gara kipas godaan yang dibawa oleh Wan Jijah. Anwar Ibrahim boleh menunggang cina doll kenapa kipas pun Wan Jijah tak boleh?
Baca lanjut di khairulryezal.disini

Sementara itu…

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir kesal dengan insiden keganasan apabila seorang petugas Wanita Umno ditumbuk oleh seorang penyokong PAS di Ulu Sedaka di sini, awal pagi Isnin.
Menurut Mukhriz, insiden tersebut mencemari budaya 'politik damai' yang diamalkan sejak hari pertama berkempen pada 23 Oktober lalu.
"Saya terima laporan bahawa salah seorang jentera Wanita kita telah ditumbuk oleh seorang pemuda PAS.
"Ini sangat-sangat mengecewakan kita kerana apa yang digembar-gemburkan sebagai politik damai dicemari dengan insiden seperti ini," katanya ketika ditemui sewaktu melakukan tinjauan di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Bukit Besar di sini.
Menurut laporan…
Setelah empat jam proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dibuka, seramai 15,046 orang atau 55.3 peratus pengundi sudah menjalankan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi.
Orang ramai mula membanjiri 17 pusat pembuangan undi sejak proses pengundian dibuka tepat pukul 8 pagi Isnin.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menjangkakan jumlah keseluruhan peratus keluar mengundi ialah sebanyak 90 peratus berbanding 89 peratus pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Proses pengundian akan ditutup pada pukul 5 petang.
Lu Fikir La Sendiri!!!

Jumaat, 25 Oktober 2013

PRK Sg Limau ~ Kegagalan PAS Sudah Bermula..


Wayang pekji yang dimainkan oleh Mad Sabu, Mahfoz dan Pahrolrazi terhadap ahli PAS di Sungai Limau sudah tidak laku lagi. Bagi ahli PAS di Sg Limau luka kebiadapan pemimpin PAS Kedah dan Pusat terhadap Allahyarham Tan Sri Azizan masih segar diingatan mereka.

Pemilihan calon PAS yang juga anak saudara kepada Pahrolrazi yang biadap merupakan penentang tegar Tan Sri Azizan akan dibayar oleh ahli PAS pada hari mengundi 4 haribulan September nanti…!

Hakikatnya pengundi pengundi di Sg Limau terutama ahli PAS sudah muak dengan sikap bermuka muka pemimpin negeri mereka…


Baca lanjut di theunspinners.disini.

Lu Fikir La Sendiri!!!

Khamis, 17 Oktober 2013

PRK Sg Limau ~ BN Perlu Sepakat, UMNO Mesti Bertekad...!


BN Kedah sudah menyenaraikan 4 nama, kini terpulang kepada pucuk pimpinan untuk memilih yang terbaik bagi misi menawan kembali kerusi yang pernah BN miliki suatu ketika dahulu...

Barisan Nasional (BN) Kedah telah menyenaraikan empat nama untuk dipilih sebagai calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada 4 November ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, senarai itu telah diserahkan kepada Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

"Saya dimaklumkan beliau (Muhyiddin) akan berbincang perkara ini dengan Pengerusi BN (Datuk Seri Najib Tun Razak). Saya menantikan keputusan mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Jamuan Aidiladha di sini, hari ini.

Kerusi DUN Sungai Limau dalam Parlimen Jerai kosong berikutan kematian penyandang yang juga bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak akibat komplikasi jantung dan kencing manis pada 26 September lepas.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Azizan mengekalkan DUN Sungai Limau bagi penggal kelima berturut-turut dengan majoriti 2,774 undi membabitkan saingan empat penjuru termasuk sepupunya, Mohd Fazillah Mohd Ali mewakili BN.


Dimasa yang sama diharap pertandingan UMNO diperingkat Bahagian Jerai Sabtu ini tidak akan menyebabkan jentera parti berpecah bagi menghadapi PRK Sg Limau ini...

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah itu berkata, semua pihak yang bertanding di peringkat UMNO bahagian itu telah memberi jaminan bahawa keputusan pemilihan parti tidak akan menjejaskan pilihan raya kecil itu.

"Mereka akan rapatkan saf untuk menghadapi pilihan raya kecil ini kerana kita pun faham pilihan raya kecil ini adalah sangat-sangat besar," katanya.

Pada pemilihan parti kali ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom akan bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Jerai menentang penyandang, Datuk Shuhaimi Abdullah. - BERNAMA


Baca kupasan menarik mengenai sikap pengundi DUN Sg Limau oleh blogger Semasa Terkini di citra-bangsa.disini.

Lu Fikir La Sendiri!!!