Khamis, 17 Oktober 2013

PRK Sg Limau ~ BN Perlu Sepakat, UMNO Mesti Bertekad...!


BN Kedah sudah menyenaraikan 4 nama, kini terpulang kepada pucuk pimpinan untuk memilih yang terbaik bagi misi menawan kembali kerusi yang pernah BN miliki suatu ketika dahulu...

Barisan Nasional (BN) Kedah telah menyenaraikan empat nama untuk dipilih sebagai calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada 4 November ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, senarai itu telah diserahkan kepada Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

"Saya dimaklumkan beliau (Muhyiddin) akan berbincang perkara ini dengan Pengerusi BN (Datuk Seri Najib Tun Razak). Saya menantikan keputusan mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Jamuan Aidiladha di sini, hari ini.

Kerusi DUN Sungai Limau dalam Parlimen Jerai kosong berikutan kematian penyandang yang juga bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak akibat komplikasi jantung dan kencing manis pada 26 September lepas.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Azizan mengekalkan DUN Sungai Limau bagi penggal kelima berturut-turut dengan majoriti 2,774 undi membabitkan saingan empat penjuru termasuk sepupunya, Mohd Fazillah Mohd Ali mewakili BN.


Dimasa yang sama diharap pertandingan UMNO diperingkat Bahagian Jerai Sabtu ini tidak akan menyebabkan jentera parti berpecah bagi menghadapi PRK Sg Limau ini...

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah itu berkata, semua pihak yang bertanding di peringkat UMNO bahagian itu telah memberi jaminan bahawa keputusan pemilihan parti tidak akan menjejaskan pilihan raya kecil itu.

"Mereka akan rapatkan saf untuk menghadapi pilihan raya kecil ini kerana kita pun faham pilihan raya kecil ini adalah sangat-sangat besar," katanya.

Pada pemilihan parti kali ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom akan bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Jerai menentang penyandang, Datuk Shuhaimi Abdullah. - BERNAMA


Baca kupasan menarik mengenai sikap pengundi DUN Sg Limau oleh blogger Semasa Terkini di citra-bangsa.disini.

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan