Kat mana dia buat survey? dikalangan kaum keluarga atau sanak sedara Menteri sahaja? atau survey dibuat di kawasan rumah elit yang Menteri tinggal..!!!
Betul ke Menteri di Malaysia sekarang ni faham denyut nadi rakyat? tahu kesusahan dan faham kerisauan rakyat..! Mahasiswa yang belum dapat kerja dan masih berhutang dengan PTPTN tu pun dah dikira boleh dapat gaji RM5900 ke?
Berapa ramai rakyat yang masih belum ada rumah sendiri? berapa ramai rakyat yang disenarai hitam kan oleh pihak Bank kerana gagal membayar pinjaman?
Berapa banyak isi rumah yang terpaksa membayar lebih separuh dari gaji yang mereka terima? Berapa banyak simpanan secara minima rakyat Malaysia simpan sebulan?
Berapa ramai rakyat yang terpaksa beratur oanjang diklinik 1Malaysia hanya kerana mahu mendapatkan rawatan?
KonSETAN mana pulak yang keluarkan survey ni..! Berapa Menteri dan kerajaan bayar konSETAN untuk memuaskan hati Menteri dan Kerajaan untuk meniupkan angin syurga dengan dendangan lagu yang mengasyikkan sedangkan realiti dikalangan rakyat jauh sangat tersasar...!
Masa Kerajaan tahu semua masih ada dulu, kini dan selamanya..!
Lu FIkir La Sendiri!!!
KUALA LUMPUR: Angka awal Kajian Pendapatan Isi Rumah 2014 yang dijalankan oleh kerajaan, menunjukkan taraf hidup rakyat telah meningkat, dengan purata pendapatan isi rumah melepasi RM5,900 sebulan.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata ia adalah pencapaian yang ketara berbanding hasil kajian pada 2012 yang merekodkan purata pendapatan isi rumah sebanyak RM5,000 sebulan.
"Dari segi meningkatkan ekonomi, kita sudah berjaya, dan dibuktikan dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 6.3 peratus pada separuh pertama tahun ini.
