Kat mana dia buat survey? dikalangan kaum keluarga atau sanak sedara Menteri sahaja? atau survey dibuat di kawasan rumah elit yang Menteri tinggal..!!!
Betul ke Menteri di Malaysia sekarang ni faham denyut nadi rakyat? tahu kesusahan dan faham kerisauan rakyat..! Mahasiswa yang belum dapat kerja dan masih berhutang dengan PTPTN tu pun dah dikira boleh dapat gaji RM5900 ke?
Berapa ramai rakyat yang masih belum ada rumah sendiri? berapa ramai rakyat yang disenarai hitam kan oleh pihak Bank kerana gagal membayar pinjaman?
Berapa banyak isi rumah yang terpaksa membayar lebih separuh dari gaji yang mereka terima? Berapa banyak simpanan secara minima rakyat Malaysia simpan sebulan?
Berapa ramai rakyat yang terpaksa beratur oanjang diklinik 1Malaysia hanya kerana mahu mendapatkan rawatan?
KonSETAN mana pulak yang keluarkan survey ni..! Berapa Menteri dan kerajaan bayar konSETAN untuk memuaskan hati Menteri dan Kerajaan untuk meniupkan angin syurga dengan dendangan lagu yang mengasyikkan sedangkan realiti dikalangan rakyat jauh sangat tersasar...!
Masa Kerajaan tahu semua masih ada dulu, kini dan selamanya..!
Lu FIkir La Sendiri!!!
KUALA LUMPUR: Angka awal Kajian Pendapatan Isi Rumah 2014 yang dijalankan oleh kerajaan, menunjukkan taraf hidup rakyat telah meningkat, dengan purata pendapatan isi rumah melepasi RM5,900 sebulan.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata ia adalah pencapaian yang ketara berbanding hasil kajian pada 2012 yang merekodkan purata pendapatan isi rumah sebanyak RM5,000 sebulan.
"Dari segi meningkatkan ekonomi, kita sudah berjaya, dan dibuktikan dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 6.3 peratus pada separuh pertama tahun ini.
Saya sokong sepenuhnya Kenyataan PUTRA MERDEKA...
BalasPadamWahid Boddo nie buat kajian kat mana? Siapa Agensi Yg buat Kajian nie...
Kalau ikut serkap BOddoh aku nie lah..
Pendapatan Isi rumah RM5,000.00 maknanya Suami dapat RM2,500.00 dan isteri dapat RM2,500.00 atapon suami dapat RM3,000.00 manakala isteri dapat RM2,000.00 atau pon suami dapat rm3,500.00 manakala isteri dapat rm1,500.00
Kenaikan purata pendapatan bulanan drp RM5,000.00 kpd RM5,900.00 jadi penambahan sebanyak RM900.00
Jadi samada Gaji suami atau isteri mendapat kenaikan RM900.00 atau campor keduanya sekali.
Suami - RM3,000.00 kenaikan 10% ialah RM300.00 sebulan baru jadi RM3,300.00
Isteri - RM2.000.00 kenaikan sama 10% RM200.00 sebulan baru jadi RM2,200.00
Purata pendapatan mereka baru RM5,500.00 RM400.00 lagi NAK CARI MANA-?
Dgn kedudukan ekonomi semasa, BERAPA banyak syarikat yg mampu beri kenaikan 10%???
Gaji Kerani Bank dan kenaikan tak boleh dapat 10%, mana-mana kerani pon, kerana terikat dgn kesatuan pekerja..
Jadi apa dan mana asas kajian tersebut?
Jangan citer yg isteri surirumah atau suami kerja sendiri..
Adooooo yaaaaiiiiii...
Macam Mana si Wahid nie Boleh Jadi Menteri.? Nie bukan cap ayam... Cap apa pon tak tau lah nak cakp????
Kalau Gaji RM5,000.00, kenaikan RM5,900.00, jadi berapa perratus kenaikan Gaji tuuh????
BalasPadamKalau 10% baru RM5,500.00
RM5,900.00 maknanya 18% kenaikan gaji?
Agok-agoklah kalau nok menipu pon...
Syarikat Mana yang beri kenaikan gaji 18% tuuh pada semua kakitangan yg merupakan rakyat malaysia??
Cer sebut nama...
mamat ni tak tau cakap melayu...jadi dia ingat bila dia cakap London ...orang melayu semua percaya.Hoi orang melayu bukan semua bodoh laa.
BalasPadamKau nak puratakan golongan kaya dan miskin mana bole..
Jangan terpengaruh ! Data ini mungkin merujuk cina dan india kemungkinan nya.
BalasPadamMelayu dapat purata pendapatan Rm 6000 ? Jika begitu kuasa beli melayu tentu mengayakan lagi puak yang berniaga...
Ini semua tidak betul. Kita desak mereka turun padang. Hamlau buat kerja atas angin dongengan.
ni lah menteri syok sediri.statement memperbodohka rakyat,SAH BN lingkup PRU AKAN DTG
BalasPadamITU LAH AKIBAT NYA NYA BILA PM I MALAYSIA SUKA MELANTIK MENTERI IKUT JALAN TIKUS ,DIA BUKAN WAKIL RAKYAT,MANA DIA TAHU DENYUT NADI RAKYAT,MASAALAH RAKYAT,DIA IKUT SYOK DIA SAJA,IKUT SYLE HUIDUP DIA.
BalasPadamkalau buat bancian lakibini yg keje kelas A dan B,mmglah dpt keputusan mcm tu.cuba buat bancian yg lakibini kelas C,D dan E.kita tgk apa keputusanya.jgn terkejut ada keluarga yg mkn nasi goreng kosong aje lps tgh bulan.
BalasPadamBila tengok berita semalam, first berita kuar muka mangkuk ni.. dgn muka xbersalah umumkan kenaikan pendapatan isi rumah kat msia.. ntah dari mana data menteri ayam ni amik.. kajian mana yang die gunakan sebagai asas kenaikan pendapatan isi rumah.. apa realiti kat luar sana? masa kat maybank dulu nampak bijak ckit die ni.. tipikal kabinet najib... menteri cap ayam..
BalasPadamIni menteri yg suka2 baca tanpa memikirkan intipati text. Dok syok sendiri.
BalasPadamCuba sergah sapa yg bagi fakta. Cungkil darimana timbul angka yg dibaca.
Pikiak lah sikit Al Wahid.
semakin keluar segala macam kajian, semakin benci melayu pd pemimpin barisan, bagi rakyat kelas pertengahan yg bergaji 2k, dgn anak anak yg masih belajar, dgn hutang rumah dan kereta.. mmg lingkuplah kerajaan bn.. tunggu je la, gaji minima yg 900 tu pun masih payah utk dilaksana, ramai lagi pekerja awam juga sekuriti guard yg bergaji 700
BalasPadammie
itu perkapita. naik sehingga hampir RM6000. benar ke maklumat tu, atau orang kaya semakin kaya, kenaikan gaji kakitangan awam dicampur semua termasuk turus dan jusa. kemudian perkapita, nelayan, petani, pekerja bawahan pun dapat 6000. ramai yang mana satu? yang gaji besar ke atau yang gaji kecil ? pm nak negara maju melalui pendapatan tinggi. tinggi la tu perkapita. hampir tercapai maklumat untuk pm kita,
BalasPadamcuba tanya Jabatan Perangkaan Malaysia, adakah data yang dikutip tu sememangya responden yang terpilih melalui sistem yang sepatutnya atau HANYA yang kaya-kaya sahaja yang dipilih untuk memperlihatkan bahawa kononnya TARAF hidup rakyat telah meningkat.... utuk mengaburi mata rakyat semata-mata!!!! data perangkaan sekarang ni bukan boleh percaya sangat! semua RUBBISH ....
BalasPadamData pendapatan isi rumah malaysia, tak kita melayu, cina atau india. Kalau melayu miskin, cina pulak kaya tentulah puratanya sederhana! Pernah belajar purata dalam subjek matematik dulu? Jangan komplen pasal purata la, itu ayat nak sejukkan hati orang susah
BalasPadamTumpukan kpd usaha meningkatkan ekonomi kumpulan rakyat miskin....baru betul.
Give me a break...iskk
BalasPadamPurata Pendapatan Isi Perut setelah ditolak segala hutang piutang, cukup ka??
BalasPadamHahaha... kelakarkah lah korang ni... Kajian secara direct cuma dibuat LIMA tahun sekali. Last buat pada tahun 2010. So, pada tahun2 yang takde kajian, diaorang cuma buat data secara indirect je... (melalui potongan cukai/kwsp, data2 dari syarikat utility(bil api/air/telepon)/insurance/bank). Bagi orang yang tak declare pendapatan (orang2 kampung), diorang just extrapolate data2 dari tahun2 yang lalu...Ada la formula yang diorang pakai. Bebudak statistik mesti tahu ni...
BalasPadamPendapatan orang kampung nak extrapolate macamana agaknya. Orang kampung bukan ada kenaikan gaji 7% setiap tahun macam orang kerja bergaji. Harga komoditi pun turun naik tak tentu musim.
Padam