Memaparkan catatan dengan label rafizi osa 1mdb pac najib jahanam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rafizi osa 1mdb pac najib jahanam. Papar semua catatan

Rabu, 16 November 2016

HOT ~ Ketua Penjenayah Bila Lagi..?


Mahkamah dah memutuskan..! itu hak dan keputusan Mahkamah..! Walaubagaimana pun ianya masih boleh di rayu..!

Mohd Rafizi Ramli yang dijatuhi hukuman penjara 18 bulan atas kesalahan memiliki dan mendedahkan laporan pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih kekal sebagai Anggota Parlimen Pandan.
Kedudukan beliau seterusnya akan diketahui selepas proses rayuan beliau selesai sepenuhnya.
Menegaskan demikian, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, walaupun mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan ke atas Naib Presiden PKR itu, beliau berhak membuat rayuan berdasarkan peruntukan di bawah Perkara 48(4)(b) Perlembagaan Persekutuan.
"Oleh yang demikian kerusi yang disandang oleh beliau tidak akan menjadi kosong dan kedudukan beliau kekal seperti sedia ada sehinggalah proses rayuan di bawah Perlembagaan Persekutuan selesai sepenuhnya," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohd Hashim berkata, oleh itu adalah tidak wajar bagi SPR membuat ulasan berkaitan keperluan mengadakan pilihan raya kecil bagi kerusi tersebut.
"Tambahan pula dalam kes ini, berdasarkan laporan oleh pihak media bahawa rayuan akan difailkan oleh Mohd Rafizi," tambahnya.
Mohd Rafizi hari ini dijatuhi hukuman penjara itu oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas didapati bersalah memiliki dan mendedahkan laporan pengauditan 1MDB pada Mac lepas.
Tidak boleh dinafikan bahawa sok sek sok sek rakyat terhadap isu ini begitu hangat dibincangkan..! 
Persoalannya kenapa yang mendedahkan pulak sahaja yang didapati bersalah? bagaimana dengan jenayah yang di dedahkan oleh Rafizi? 
Bila nak siasat? sampai mana siasatan? siapa siasat siapa? dah dipanggil untuk siasatan ke belum? setakat ini berapa banyak pertuduhan dah dibawa ke muka pengadilan? dan macam macam lagi persoalan yang bersarang yang ditengkarkan oleh rakyat marhaien saban hari..!
SPRM mana?
Bank Negara mana?
Kenyataan demi kenyataan di atas tu mana tindakan? Bertambah kah keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan hari ini?
Lu Fikir La Sendiri!!!