Memaparkan catatan dengan label ruu hadi kabinet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ruu hadi kabinet. Papar semua catatan

Rabu, 8 Jun 2016

Menteri Tolak RUU Hadi..!


Kabinet kelam kabut..! 

Nancy tolak RUU Hadi, tak akan masuk dewan untuk undi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi undang-undang Datuk Seri Nancy Shukri hari ini menegaskan beliau tidak akan menyokong pindaan undang-undang yang akan membuka jalan kepada pelaksanaan hudud.
Beliau berkata ini selaras dengan pendirian PBB di Sarawak yang menolak pindaan tersebut.
Ditanya sama ada beliau akan mengundi menentang rang undang-undang itu, Nancy bagaimanapun berkata beliau tidak akan berada di Dewan Rakyat sekiranya ia berlaku.
"Bukan sahaja saya akan menolak (rang undang-undang), saya tidak akan berada di sana.
"Saya telah menunjukkannya pada hari ia dibentangkan. Saya tiada di dalam (dewan)," katanya kepada pemberita di Sungai Besar hari ini.
Bagaimanapun ketiadaannya akan menjadikan lebih mudah bagi rang undang-undang 'hudud' yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang diluluskan.
Ini kerana Hadi hanya memerlukan majoriti mudah berdasarkan kepada jumlah ahli parlimen yang hadir di dewan pada masa undi.
Inilah bahananya apabila agama dijadikan bahan politik..! 
Rosak dah pentadbiran dibawah najib ni..!
Lu Fikir La Sendiri!!!