Memaparkan catatan dengan label sami hindu dedak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sami hindu dedak. Papar semua catatan

Selasa, 28 Jun 2016

Sami Atau Dedak Yang Kuat..?


Rata rata cakap cakap yang kedengaran di kalangan kariah usai menunaikan terawih dan juga kaki kedai kopi malam ialah isu sami dan dedak..! Sejauh mana kekuatan sami hindu dan dedak terhadap perjalanan kerajaan? sejauhmana kekuatannya dalam menentukan perjalanan parti UMNO?

Kalau ungkapan 'i love u sir', we love you serta we die for you Sir'..menjadi asas dalam setiap butir bicara semasa mesyuarat tertinggi parti berlangsung, pasti ianya memberikan gambaran bukan sedikit kesan 'sami mahupun dedak' terhadap sesetengah pemimpin..!

Yang lebih memuskilkan ialah kata kata sombong bongkak para macai yang memperlekeh dan langsung tidak berasa gentar dengan berita seperti ini pasti mengajak pembaca berfikir bahawa sejauhmana kesan sami dan dedak terhadap mereka..!

SEMPORNA - Naib Ketua Umno Bahagian Semporna Datuk Dr Jaujan Sambakong hari ini mengumumkan keluar parti.

Turut mengambil tindakan sama ialah tiga ketua sayap iaitu Ketua Pemuda Mohd Aziz Jamman, Ketua Wanita Manis Muka Dara dan Ketua Puteri Zakiah Kalipunya dan 300 ketua cawangan bahagian itu.

Keputusan itu dibuat mereka selepas mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) bahagian itu di sini yang dipengerusikan Jaujan yang juga Adun Sulabayan.

Dalam sidang media, Jaujan berkata, keputusan itu dibuat susulan tindakan Majlis Tertinggi (MT) Umno pada Jumaat lepas menggantung keahlian Naib Presiden Umno yang juga Ketua Umno Bahagian Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Afdal.

Beliau berkata Mohd Shafie telah tidak diberi peluang membela diri dengan diberikan surat tunjuk sebab terlebih dahulu sebelum MT membuat keputusan menggantung keahliannya.

Bagaimanapun, Mohd Shafie tidak hadir pada mesyuarat itu kerana sedang mengerjakan umrah. Turut tidak hadir Timbalan Ketua Bahagian Datuk Nasir Tun Sakaran.
Umno Bahagian Semporna mempunyai 481 ketua cawangan. –Bernama

Di bulan mulia ni marilah kita mengangkat tangan berdoa agar Agama, Bangsa dan Negara terhindar dari unsur syirik dan kufur nikmat supaya negara ini kekal menjadi tempat tinggal yang aman dan damai bagi rakyat dan generasi seterusnya..!

Kepada Allah Berserah..!

Puak tu???

Lu Fikir La Sendiri!!!