Selasa, 28 Jun 2016

Sami Atau Dedak Yang Kuat..?


Rata rata cakap cakap yang kedengaran di kalangan kariah usai menunaikan terawih dan juga kaki kedai kopi malam ialah isu sami dan dedak..! Sejauh mana kekuatan sami hindu dan dedak terhadap perjalanan kerajaan? sejauhmana kekuatannya dalam menentukan perjalanan parti UMNO?

Kalau ungkapan 'i love u sir', we love you serta we die for you Sir'..menjadi asas dalam setiap butir bicara semasa mesyuarat tertinggi parti berlangsung, pasti ianya memberikan gambaran bukan sedikit kesan 'sami mahupun dedak' terhadap sesetengah pemimpin..!

Yang lebih memuskilkan ialah kata kata sombong bongkak para macai yang memperlekeh dan langsung tidak berasa gentar dengan berita seperti ini pasti mengajak pembaca berfikir bahawa sejauhmana kesan sami dan dedak terhadap mereka..!

SEMPORNA - Naib Ketua Umno Bahagian Semporna Datuk Dr Jaujan Sambakong hari ini mengumumkan keluar parti.

Turut mengambil tindakan sama ialah tiga ketua sayap iaitu Ketua Pemuda Mohd Aziz Jamman, Ketua Wanita Manis Muka Dara dan Ketua Puteri Zakiah Kalipunya dan 300 ketua cawangan bahagian itu.

Keputusan itu dibuat mereka selepas mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) bahagian itu di sini yang dipengerusikan Jaujan yang juga Adun Sulabayan.

Dalam sidang media, Jaujan berkata, keputusan itu dibuat susulan tindakan Majlis Tertinggi (MT) Umno pada Jumaat lepas menggantung keahlian Naib Presiden Umno yang juga Ketua Umno Bahagian Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Afdal.

Beliau berkata Mohd Shafie telah tidak diberi peluang membela diri dengan diberikan surat tunjuk sebab terlebih dahulu sebelum MT membuat keputusan menggantung keahliannya.

Bagaimanapun, Mohd Shafie tidak hadir pada mesyuarat itu kerana sedang mengerjakan umrah. Turut tidak hadir Timbalan Ketua Bahagian Datuk Nasir Tun Sakaran.
Umno Bahagian Semporna mempunyai 481 ketua cawangan. –Bernama

Di bulan mulia ni marilah kita mengangkat tangan berdoa agar Agama, Bangsa dan Negara terhindar dari unsur syirik dan kufur nikmat supaya negara ini kekal menjadi tempat tinggal yang aman dan damai bagi rakyat dan generasi seterusnya..!

Kepada Allah Berserah..!

Puak tu???

Lu Fikir La Sendiri!!!

17 ulasan:

  1. Bro..aku ada dengar jgk cerita sami..tapi kesahihannya aku tak pasti..

    Tolong bagi pencerahan sikit bro..

    BalasPadam
  2. google aje ...sami dan Najib

    BalasPadam
  3. Waaah, sangat bagus. Putra Merdeka dah aktifkan blog dia lagi.

    Nak cakap:

    ".. kata kata sombong bongkak para macai yang memperlekeh dan langsung tidak berasa gentar dengan berita seperti ini .." -

    Mana macai peduli apa. Mereka dah termakan dedak, tak kisah RM1-2 juta macam Shahrir J. Bahru atau Mat Maslan Pontian. Dapat 20 sen pun rasa terhutang budi.

    Yang dapat BMW X6 berdengung bersiung sana sini mengagongkan si Ajib. Yang dapat tak berapa pun, pemikiran dia asyik ligat pertahankan Ajib, walau pun cara nya selalu nya ha nya dengan mengkeji dan mencaci Tun dan Protun, tak dengan keluarkan fakta atau hujah membantu Ajib.

    Takpa, lambat laun, rakyat dan pengundi akan bosan dengan depa yang Najib sendiri kata bangang, hamjadah, di kempen PRU13 dulu.

    BalasPadam
  4. UMNO Bahagian Semporna begitu ramai termasuk yang pegang jawatan tinggi cabut dari UMNO tu ada impak nya ke atas UMNO, Najib dan pengndi di PRU14.

    Teruama nya bila Najib anggap UMNO Sabah tak penting kapada dia gamak nya, gantungkan keahlian Shafie Afdal tanpa beri peluang dia defend diri nya di Majlis Tertinggi UMNO. Membayangkan taking UMNO Sabah for granted. Ini tamparan hebat kapada Najib, walau pun jika dia fikir dia orang tak penting.

    Tapi gua sokong cadangan supaya saman Najib banayk banyak bagi mendapatkan kesan lebih baik. Tun dah saman, belom sampai peringkat bicara. Boleh saman lagi atas macam macam alasan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Najib amat takut kena saman, atau, bila dia saman, takut kena arah jadi saksi, di soal bertalu talu dek peguambela, takut tersasul atau terpaksa cakap satu dua yang meletupkan skandal lain pula.

      1-2 minggu lalu dia, melalui peguam nya, mintak Hakim buat "summary judgment" keatas saman yang dia buat, tanya jika dia kena jadi saksi, apa line soalan akan di kemukakan, dll. Hakim tak kasi, kot dia akan settle out of court, takut pigi full court hearing.

      Jadi, untuk membikin dia takut dan khuatir tak habis habis, menjadi tekanan yang berterusan ke atas nya hingga letak jawatan gamak nya, saman dia lagi lah. Biar 5-6 atau lebih saman. Tak perlu di buat oleh ahli UMNO - bukan UMNO pun boleh saman.

      Ramai lagi di judiciary kita yang adil, berpendirian saksama, termasuk Hakim2 dan pendaftar2 mahkamh yang mengaturkan tarikh bicara dan siapa Hakim bagi nya.

      Padam
  5. setelah lamanya terbenam dalam dunia penjilatan, setelah di malukan kononya akan menang bila tukang di jilatkan mnyokong calon PANDAP, akhirnya muncul balik semula bloq yg syok sendri bersama 3 ekor pjilat yg setia..setelah 3m di campakan kluar dr kpal menghala ke tong taik DAP, maka nya bila lag admin yg setiap saat di cabar klua UMNo ni akan berlaku..sahla admin ni takde telo...kesian...teruskan menjilat...rakyat bukan bodo seperti anda2 semua!..kipidap digobab pjilat kikikikikikikiki

    BalasPadam
    Balasan
    1. pehhh win bro statment lu..tp jnis mnusia busuk hati ni xkn percaya, teruskan mjilat atok madir yg xlaku tu

      Padam
    2. dari dulu sy dok dengaq blog ni habaq najib akan itula akan inilah akan turunla akan di tagkap la..la ni dok sibuk pulak dok habaq ahli Umno kluaq la..adoi padahal habuq pon tarak, kita dok percaya la kt depan najib akan klah PRN ari tu last tgk Najib makin kuat, yg Tua nyayuk tu pulak makin teruk..hurmmm

      Padam
    3. Jeng jeng jeng, maka masuk lah Jing Projibo. Macam biasa, komen tak berisi, takda fakta dan hujah yang boleh menolong Jibo, jenis yang Jibo gelar bangang dan hamjadah di masa kempen PRU13 dulu.

      Membikin Jibo dapat keputusan yang paling buruk dalam sejarah UMNO/BN. Jugak kalah popular votes. Tak pernah pernah.

      Sekarang kita teruskan melaung supaya UMNO gantikan Jibo, kalau tak UMNO/BN bungkus di PRU14. Sekarang kes UMNO Semporna berdentum meletup. Esok lusa ada lagi skandal mengekor Jibo.

      Padam
  6. Aduh...naik menyampah baca ulasan pembodek mengenai rombakan kabinet mohd najib..kononnya untuk mantapkan umno...makin jahannam malaysia..

    BalasPadam
  7. Takyah terlalu terbuai dengan kemenangan 2 PRK..memang selalu kalau ada PRK BN ada advantage. Mana taknya..seluruh jentera dan kekuatan parti dan kerajaan ditumpukan kpd kawasan PRK tersebut. Begitu juga dgn PRN Srawak..abis seluruh jentera dipusatkan ke sana sampai heli pun boleh jatuh..tunggu PRU..baru tau..masing2 kena jaga kawasana masing2...PRU13 pun..dengan placard I Luv PM sana sini pun..hampir tersungkur BN..so..jangan lar nak besar kepala sangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eleh, di dua PRK yang lalu, gambor dia tak keluor pun di sepandok dsb nya. Gitu jugak di PRN Sarawak. Semua tahu muka penjangak, pengsonglap.

      Padam
  8. Harap Husni join Selamatkan Malaysia -

    Zaid opens Save Malaysia doors to 'good man' Husni
    Malay Mail Online

    BalasPadam
  9. Momok dah berambus... boboi pun dah berambus.. PM in making dari Utara dah berambus... tak guna semua PM dan pemimpin dari utara nihhh.... ffuuuCCCKKK....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang songlap berbilion Ringgit masuk ekaun dia, bini dia dan anak tiri dia akan di hambuskan nanti. Mangkin ramai yang menyampah dia. UMNO Sempurna pun dah tempeleng dia dengan tindakan cabut lari depa......sonDOLLLLLL sama dia ....

      Padam
  10. Hah, Sarawak pulak dah tak puas hati dengan Najib. Fixed Deposit dia pun tak di jaga. Take for granted aje.

    Wan Junaidi: I expected promotion for Sarawak deputy minister
    FMT Reporters

    State Deputy Chief Minister James Masing also expresses disappointment over lack of replacement for full ministership left vacant by Douglas Uggah Embas returning to Sarawak

    Apa mustahak benor Noh Omar tu nak di jadikan Menteri? Ambik tempat A Rahman Dahlan pulak tuh, sorang lagi orang Sabah, yang hilang portfolio nya, jadi Menteri tanpa portfolio di JPM.

    James Masing said he was disappointed that a Sarawakian was not appointed to fill the ministerial position left vacant by Uggah.

    “As a fellow Sarawakian, I am disappointed that Uggah’s position has been allocated to a politician from peninsular Malaysia.

    “We’ve lost one full minister and in compensation, we are given a deputy minister .."

    BalasPadam
  11. Hadi Awang denies Mukhriz's claim of Umno-PAS deal
    Malay Mail Online

    Tapi yang ni ada Guan Eng-Najib deal ke? -

    Umno man's Finance Ministry promotion gets Guan Eng's thumbs up
    Malay Mail Online

    Sebab Pandi sengap aje, tarak dakwa Cina Bukit tu ke Mahkamah pun.

    BalasPadam