Memaparkan catatan dengan label shafie apdhla sabahan warisan najib jahanam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label shafie apdhla sabahan warisan najib jahanam. Papar semua catatan

Rabu, 19 Oktober 2016

Warisan Bakal Menguasai Sabah..!


Shafie dah tak menoleh kebelakang lagi..! Shafie tahu jalan yang luas terbentang di depan adalah laluan yang rakyat Sabah nantikan selama ini..!

Sabah for Sabahan..!

Parti Warisan Sabah (Warisan) yang dipimpin oleh bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal masih belum menetapkan sebarang kerjasama dengan pembangkang buat masa ini.

Menurut Shafie, fokus utama Warisan adalah untuk menumpukan perhatian bagi menumbangkan Umno - BN menjelang Pilihan Raya Umum 14 akan datang.

"Kita tengok macam mana (kerjasama) kerana fokus buat masa ini adalah untuk menumbangkan Umno - BN.

"Kita akan tengok macam mana berhubung kerjasama dengan Pakatan Harapan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, Parti Warisan Sabah telah menerima kelulusan daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dengan menggunakan nama singkatan Warisan.

Sehubungan itu, Shafie memaklumkan bahawa beliau amat berpuas hati dengan ROS yang telah memberi kelulusan kepada kepada parti baru di Sabah tersebut.

"Saya ingin jelaskan sekalai lagi yang ini bukan parti baru cuma terdapat pindaan nama dan bentuk logo," katanya.

Dalam pada itu, Shafie memaklumkan bahawa bekas Ketua PKR Sabah, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin tidak akan menyertai Warisan memandangkan beliau bakal menubuhkan sebuah parti baru selepas ini.

Menyentuh mengenai kerjasama dengan parti lain di Sabah, Shafie berkata pihaknya belum menetapkan mengenai hal tersebut dan apa yang penting adalah bagi menundukkan Umno - BN.

"Sesiapa yang mempunyai matlamat sama dengan Warisan, why not," katanya.


Asal bukan Najib..! Asal bukan Untuk Macai Najib Only @ Barisan Najib..!

Seperkara lagi...perasan tak? mana rahman dan saleh dalam mengulas isu duit ratus ratus juta di Sabah tu???

Ada ke komen? kenapa?

Lu Fikir La Sendiri!!!