Memaparkan catatan dengan label shahrir 1mdb kabinet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label shahrir 1mdb kabinet. Papar semua catatan

Jumaat, 29 Mei 2015

HOT ~ Kabinet Bubar..!


Nampaknya pihak Kementerian Kewangan pun baru mahu membentangkan halatuju 1MDB kepada kabinet pagi ini..!

Kementerian Kewangan akan membentangkan pelan hala tuju 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dalam mesyuarat jemaah menteri esok.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pelan itu yang turut melihat pada struktur 1MDB, digubal sebagai usaha menangkis persepsi negatif masyarakat terhadap syarikat pelaburan strategik kerajaan berkenaan.

"Kita kena kukuhkan penstrukturan 1MDB, sepadankan perniagaannya dengan pembiayaan yang telah dibuat.

"Selepas ini dilakukan, semuanya akan selesai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Koperasi Nasional, di sini hari ini.

Persoalannya apakah benar bahawa kabinet tidak langsung dimaklumkan akan kegiatan dan perkembangan 1MDB selama ini?

Kalau ikut desakan Shahrir semalam...maka semua anggota Kabinet kena letak jawatan ler..! tak gitu?

Juga dilaporkan berita bergambar dimana dikatakan pertemuan Shahrir dan Arul Kanda di sebuah hotel di ibu kota..! Ada yang kata di sebuah Restoran Aloft juga di KL...

Tak kira la..yang jelas ada pertemuan antara Shahrir dengan Arul tu..! 


Soalnya..! Bila gambar ini diambil? 

kalau sebelum kenyataan Shahrir yang mendesak Menteri yang tak faham isu 1MDB letak jawatan maka seakan Shahrir seorang jer la yang layak menjadi Menteri kerana tentunya dia faham setelah pertemuan tersebut berlaku..! 

Kalau selepas membuat kenyataan pasti Shahrir juga mahu menjadi orang pertama yang layak mengisi kekosongan anggota kabinet yang telah pun meletakkan jawatan atas desakannya tu..!

Nampaknya dalam keadaan apa pun dia jer la yang nak untung dan betul..! Kata dia laa..!

Tapi kata rakyat..?

Soalnya isu 1MDB ni tak juga selesai..! Makin terbelit ada ler..!

Lu Fikir La Sendiri!!!