Memaparkan catatan dengan label singapura. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label singapura. Papar semua catatan

Isnin, 28 Jun 2010

Parlimen...Kerajaan Diminta Menimbang Semula Pembinaan Jambatan Menggantikan Tambak Johor!!!


Parlimen pagi ini sekali lagi membangkitkan isu pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor. Ahli Parlimen Sri Gading YB Datuk Haji Mohamad Haji Aziz telah membangkitkan isu ini didalam soalan tambahan Kementerian Luar Negeri yang dijawab oleh YB Timbalan Menteri YB Richard Riot.

YB Datuk Mohamad Haji Aziz dalam persoalannya telah membangkitkan titah ucapan Tuanku Sultan Johor didalam majlis perasmian JB Central tempoh hari. Beliau menegaskan bahawa isu pembinaan menggantikan Tambak Johor yang sedia ada merupakan kehendak dan hasrat seluruh rakyat Johor dan ianya diperkuatkkan lagi dengan titah Sultan Ibrahim.

Beliau menambah agar Pihak Kerajaan memasukkan isu pembinaan jambatan lurus atau bengkok bagi menggantikan Tambak Johor itu didalam pakej rundingan antara dua negara diantara Malaysia dan Singapura.

Akan Kaji lagi...

Selasa, 25 Mei 2010

Bagi...Jangan Tak Bagi!!!


Artikel asal dari Cucu Tok Selampit http://khairulryezal.blogspot.com/2010/05/apa-lagi-malaysia-hendak-berikan-kepada.html

Monolog I:

23 May 2008, Malaysia kehilangan hak pemilikan ke atas Pulau Batu Putih atau dikenali sebagai Pedra Branca apabila Mahkamah Kehakiman Antarabangsa (ICJ) memutuskan Pulau Batu Puteh dan perairan sekitarnya sah kepunyaan Singapura. Walaupun pulau berkenaan tidak lebih dari sebesar separuh padang bola namun hak milik kita sudah di rampas orang. Kita tidak tahu di mana salah dan silapnya. Bagaimana kita boleh kalah di dalam kes di mana pulau berkenaan hanya terletak 14.3 km daripada Tanjung Penyusop di Johor sebaliknya sejauh 46.3 km dari Singapura. Menangis air mata darah sekalipun tidak boleh mengembalikan hak dan kedaulatan Pulau Batu Putih.

Monolog II:

11 February 2009, Malaysia sekali lagi merendahkan maruah dan harga diri apabila kabinet memutuskan untuk menyerahkan dua blok minyak, Blok L dan M yang suatu waktu dahulu kepunyaan Petronas, hak milik penuh Kerajaan Malaysia kepada kerajaan Brunei. Rakyat tidak mengetahui langsung mengenai perjanjian yang ditandatangani dengan Kerajaan Brunei pada 16 Mac 2009 oleh Kerajaan Tun Abdullah Ahmad Badawi, sehinggalah perjanjian ini didedahkan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.

Siapa yang sebenarnya yang menjadi dalang pengkianat di dalam isu blok minyak ni? Tun Abdullah atau Tun Dr Mahathir? Siapa yang sebenarnya mendapatkan "Joint-Exploration Arrangement (JAE)" di antara Malaysia dan Brunei dalam isu Blok M dan Blok L itu pada tahun 2003? Kenapa pula Tun Abdullah memulangkan semula Blok M dan Blok L yang sudah pun dipersetujui oleh Malaysia dan Brunei dalam JEA pada tahun 2003? Persoalan-persoalan ini masih tidak terjawab sehingga kini.

Monolog III:

Apa lagi yang boleh diberikan Malaysia, akan berikan. Ya, Malaysia memang sebuah negara yang berbudi bahasa. Hak sendiripun hendak "digadaikan" kepada negara asing. Terbaru, 24 Mei 2010, Kerajaan Malaysia dengan bermurah hati telah menyerahkan hakmilik dan maruah negara kepada negara jiran, Singapura. Hari ini, Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak telah menyerahkan kedaulatan dan hakmilik tanah yang dimiliki oleh Keretapi Tanah Melayu yang dimiliki oleh Kerajaan Malaysia di Tanjung Pagar kepada Singapura.

Gula-gula apakah yang diberikan oleh Kerajaan Singapura sebagai ganjaran menyerahkan tanah landasan keretapi yang telah direbutkan lebih dari dua dekad ini? Kenapakah penyerahan bersejarah ini tidak mendapat liputan besar-besaran di akhbar-akhbar tempatan? Apakah kehilangan harta negara ini tidak mendapat tempat di Malaysia, sedangkan akhbar The Straits Times Singapura menyiarkan sebagai berita utama dan pemimpin serta rakyat Singapura telah berpesta dengan kemenangan ini.

Walaupun kedua-dua Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan rakan jirannya DS Najib Razak telah mengumumkan bahawa tanah yang "dirampas" oleh Singapura di Tanjong Pagar, Kranji, Woodlands dan tiga di Bukit Timah akan digantikan dengan tanah yang sama nilainya di Marina South dan sekitar Ophir-Rochor, bolehkah rakyat Malaysia percaya dengan Kerajaan yang "baik hati" yang telah menyerahkan hak milik negara kepada kuasa luar. Sejarah telah membuktikannya dan tidak mustahil ianya akan berulang dan berulang.

Komen

Agak-agak apa respond UMNO? Terutama UMNO Johor!
Bila Kabinet bincang isu ini? dan bila Kabinet luluskan?
Apa pulak pandangan Tun Dr M?
Apa pulak reaksi PERKASA?
APA SEBENARNYA REAKSI RAKYAT MALAYSIA TERUTAMA UMAT MELAYU?
APA SEBENARNYA HATI PERUT PEMIMPIN MELAYU HARI INI?

Lu fikir La Sendiri!!!