Isnin, 28 Jun 2010

Parlimen...Kerajaan Diminta Menimbang Semula Pembinaan Jambatan Menggantikan Tambak Johor!!!


Parlimen pagi ini sekali lagi membangkitkan isu pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor. Ahli Parlimen Sri Gading YB Datuk Haji Mohamad Haji Aziz telah membangkitkan isu ini didalam soalan tambahan Kementerian Luar Negeri yang dijawab oleh YB Timbalan Menteri YB Richard Riot.

YB Datuk Mohamad Haji Aziz dalam persoalannya telah membangkitkan titah ucapan Tuanku Sultan Johor didalam majlis perasmian JB Central tempoh hari. Beliau menegaskan bahawa isu pembinaan menggantikan Tambak Johor yang sedia ada merupakan kehendak dan hasrat seluruh rakyat Johor dan ianya diperkuatkkan lagi dengan titah Sultan Ibrahim.

Beliau menambah agar Pihak Kerajaan memasukkan isu pembinaan jambatan lurus atau bengkok bagi menggantikan Tambak Johor itu didalam pakej rundingan antara dua negara diantara Malaysia dan Singapura.

Akan Kaji lagi...

2 ulasan:

  1. Sebagai rakyat sejati Johor aku nasihatkan kerajaan janganlah membazir masa lagi nak kaji,kaji,kaji dan kaji. Kasi sajalah.Tak de duit cakap terus terang, aku rasa yakin kalau minta derma dari seluruh rakyat di bawah jajahan takluk ke bawah Duli Tuanku sultan Johor pun pasti cukup untuk buat jambatan tu.

    Apa lagi alasan, janganlah tiada beban batu di galas semata-mata nak jaga hati negara lain.

    BalasPadam
  2. betul!!!! sokong sgt2!

    BalasPadam