Fahamkan...!
Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang ingin dibawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkemungkinan tidak akan dibahaskan pada sesi ini, kata Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Speaker Dewan Rakyat itu berkata, melalui peraturan mesyuarat, mana-mana usul yang ingin dibawa ke dalam perbahasan di Dewan Rakyat perlu dikemukakan 14 hari sebelum Parlimen bersidang.
"Saya ingatkan Permatang Pauh, kalau nak buat usul undi tak percaya, kalau menepati peraturan mesyuarat 26 dan 27, kalaupun diterima ia akan diberi masuk sesi mesyuarat akan datang, bukan sesi ini," kata Pandikar, ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat, Parlimen hari ini merujuk kepada kerusi Parlimen yang diwakili Dr Wan Azizah.
Sidang mesyuarat ketiga penggal ketiga Parlimen ke-13 yang sedang berlangsung ketika ini bermula Isnin lalu dan dijadualkan berakhir 3 Disember.
Bagaimanapun, baru semalam Dr Wan Azizah mengumumkan akan memfailkan usul itu di bawah Peraturan Mesyuarat 26 Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, susulan keputusan bersama dibuat Pakatan Harapan.
Sebelum ini, usul tersebut dibawa ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan daripada PKR, Hee Loy Sian dan diterima sebagai item ke-25 daripada 28 usul yang akan dicadangkan untuk dibahaskan pada sesi Dewan Rakyat kali ini.
Pandikar memberitahu Dewan, beliau membangkitkan perkara tersebut sekarang kerana tidak mahu speaker mungkin dituduh takut kepada perdana menteri sekiranya beliau menolak usul itu selepas ini.
"Kalau speaker tidak membenarkan usul tidak percaya oleh Permatang Pauh ini, adakah beliau akan kata speaker takut kepada perdana menteri?
"Tetapi, adakah ini adil untuk saya?" soalnya.
Bagaimanapun, kenyataan Pandikar itu menerima reaksi beberapa anggota pembangkang termasuk wakil DAP Tony Pua (Petaling Jaya Utara) yang mengatakan tidak adil bagi speaker membuat jangkaan begitu terhadap Dr Wan Azizah.
Kan Najib kuat..! mendapat sokongan dalam dan luar negara..! apa la yang nak ditakutkan dengan usul sebegini..! Senang senang jer Najib boleh menang..!
Tak gitu???
Lu Fikir La Sendiri!!!