Pum pang pum pang sejak 2 hari lalu..! Bukan sahaja takut dengan logo yang dikaitkan dengan pelbagai benda karut marut malah nama nya pun sudah cukup membuatkan Setiausaha Agung Najib cuak..! Apahal???
BERSATU bukan ada kaitan dengan parti Najib..! Malah Presiden penaja parti BERSATU sendiri sudah menjelaskan bahawa ahli parti Najib bukan keutamaan mereka..! Apa yang menggelupur tak tentu pasal?
Setiausaha BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak bersetuju dengan nama parti baru yang diterajui oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didaftarkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Selasa lalu.
Katanya, pihak berkuasa perlu menyemak semula nama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang sepatutnya tidak boleh digunapakai.
Portal Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) memetik Tengku Adnan yang juga adalah setiausaha agung Umno sebagai berkata, BERSATU adalah perkataan sinonim yang sering digunakan sekaligus boleh mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat.
“Mereka tak boleh gunakan perkataan BERSATU kerana ia adalah perkataan yang biasa digunakan, saya pun sering gunakan Bersatu Malaysia Maju, jadi ini akan menimbulkan kekeliruan, ini saya merayu sangat.
“Nak lulus, luluslah tapi saya minta mereka jangan pakai BERSATU, sebab dulu saya pun tak faham kenapa ROS luluskan nama AMANAH,” katanya yang dipetik portal itu.
Sebenarnya tindakan sebegini lah yang menyebabkan Najib dan kuncu kuncunya terus dihumban rakyat ke parit..! Rakyat meluat dengan sikap yang mereka pamerkan..! Jangan gunakan kuasa yang anda miliki untuk menafikan hak rakyat terbanyak..!
Tindakan sebegini hanya menampakkan usaha untuk menyekat dan melakukan provokasi terhadap agensi kerajaan terlibat..! Ini boleh membayangkan salahguna kuasa boleh berlaku..!
Rupanya SUA@Menteri Najib ni banyak tak faham dari faham..! Itu sebab dia sendiri mengaku tak faham dengan kewujudan parti AMANAH..! Kalau lepas ni dia terus tak faham pun rakyat peduli apa???
Takkan la kerana kebanganggan seseorang boleh menyekat demokrasi rakyat..! Biar luncai sekor tu terus tak faham..! Terjun dengan bangang bangang nya..! Biarkan..!
Rakyat dah lama faham..!
Lu Fikir La Sendiri!!!