Memaparkan catatan dengan label tan sri muhyiddin tun m barisan kebenaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tan sri muhyiddin tun m barisan kebenaran. Papar semua catatan

Isnin, 12 Oktober 2015

Keramat Suara Rakyat..!


Suara rakyat adalah suara keramat..!

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa semua ahli UMNO di setiap peringkat untuk lebih berani menyuarakan pandangan serta kegusaran mereka terhadap pentadbiran dan kepimpinan parti itu.

Tegas Muhyiddin, ahli UMNO yang mempunyai sebarang pandangan mahupun kegusaran mereka sepatutnya tidak takut untuk berdepan sebarang tindakan yang akan dikenakan.

Malah katanya, langkah itu merupakan perkongsian pandangan dan idea dan bukannya tindakan yang menentang.

"Saya minta mereka lebih terbuka suarakannya. Dalam mesyuarat, suarakan. Jangan takut dengan kesannya, jika mereka lakukan perkara yang betul.

"Ramai yang tidak bersedia bersemuka, takut dengan tindakan, takut digugurkan atau dipecat. Bagi saya itu tidak patut berlaku.

"Ahli UMNO perlu tampil ke depan, bukan menentang, tapi menyuarakan isu pokok," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau pada masa sama mengakui budaya parti Melayu itu lebih cenderung untuk memendam perasaan.

Hadir sama pada sidang media tersebut adalah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal, Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Sanusi Junid dan bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat.

Selain itu, Muhyiddin berkata, ahli UMNO berperanan membawa suara mereka untuk didengar kerana mereka merupakan sebahagian daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Peranan UMNO, mesti ada suara yang melihat ini sebagai isu penting kerana kita sebahagian daripada kerajaan.

"Saya tidak fikir ahli parti harus takut atau bimbang," kata ahli Parlimen Pagoh yang disingkirkan daripada Kabinet bersama Shafie pada 28 Julai lalu
Diminta mengulas berkenaan tujuan beliau hadir sama pada sidang media tersebut, Muhyiddin berkata hasrat yang dibawa oleh Dr Mahathir seiring dengan pandangannya.

"Saya yakin dengan apa yang disebutkan oleh Tun Mahathir, satu perkara benar. Saya pegang pada prinsip keadilan.

"Walaupun saya masih pegang jawatan dalam parti, ia tidak halang saya, lebih-lebih lagi kalau ia membabitkan kepentingan rakyat," jelas Muhyiddin.


Tun M dalam kenyataan beliau dilaporkan berkata...

Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) sepatutnya untuk pengganas, kata Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu sidang media hari ini di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Sidang media itu juga dihadiri oleh beberapa pemimpin Barisan Nasional berpengaruh antaranya adalah Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal dan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Sanusi Junid dan bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat.

“SOSMA untuk pengganas. Sekarang ia menakutkan rakyat. Mereka tidak melakukan sesuatu yang ditakrif sebagai sabotaj kerajaan,” kata Tun Mahathir.

‘Mereka’ yang dimaksudkan mantan Perdana Menteri itu merujuk kepada penahanan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang.

Mahathir berkata penggunaan SOSMA untuk menahan kedua-dua individu itu bertentangan dengan semangat dan tujuan akta itu diluluskan Parlimen.

"Kami menegaskan bahawa penahanan Matthias Chang dan Khairuddin adalah satu bentuk penyalahgunaan proses undang-undang oleh pihak berkuasa yang jelas bercanggah dengan tujuan undang-undang ini diluluskan oleh Parlimen.

"Ia menyekat hak dan kebebasan individu untuk mengambil suatu tindakan yang sah dalam sebuah negara yang menjunjung keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang," kata Dr Mahathir.

Ditanya berkenaan apa yang harus dilakukan oleh kerajaan pada masa ini, Dr Mahathir berkata kerajaan harus membebaskan kedua-dua individu tersebut.

"Kedua-dua warganegara ini mestilah dibebaskan serta-merta dan pihak berkuasa memberikan jaminan bahawa tiada sesiapa lagi akan ditahan di bawah SOSMA hanya kerana menyatakan pandangan, pendapat dan kritikan serta mengambil apa-apa tindakan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara," katanya.

BACA: TI-M kecam tindakan ke atas 'whistleblower'
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini menetapkan Oktober 23 bagi pihak pendakwa raya untuk mengumpul bukti bagi membenarkan kes melibatkan Khairuddin dan Matthias disebut semula.

Kedua-dua mereka didakwa sengaja melakukan tindakan dianggap menjejaskan perbankan negara dan perkhidmatan kewangan.


Rakyat bangkit menentang kemungkaran..! tolak barisan kebathilan..!

Lu Fikir La Sendiri!!!