Isnin, 12 Oktober 2015

Keramat Suara Rakyat..!


Suara rakyat adalah suara keramat..!

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa semua ahli UMNO di setiap peringkat untuk lebih berani menyuarakan pandangan serta kegusaran mereka terhadap pentadbiran dan kepimpinan parti itu.

Tegas Muhyiddin, ahli UMNO yang mempunyai sebarang pandangan mahupun kegusaran mereka sepatutnya tidak takut untuk berdepan sebarang tindakan yang akan dikenakan.

Malah katanya, langkah itu merupakan perkongsian pandangan dan idea dan bukannya tindakan yang menentang.

"Saya minta mereka lebih terbuka suarakannya. Dalam mesyuarat, suarakan. Jangan takut dengan kesannya, jika mereka lakukan perkara yang betul.

"Ramai yang tidak bersedia bersemuka, takut dengan tindakan, takut digugurkan atau dipecat. Bagi saya itu tidak patut berlaku.

"Ahli UMNO perlu tampil ke depan, bukan menentang, tapi menyuarakan isu pokok," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau pada masa sama mengakui budaya parti Melayu itu lebih cenderung untuk memendam perasaan.

Hadir sama pada sidang media tersebut adalah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal, Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Sanusi Junid dan bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat.

Selain itu, Muhyiddin berkata, ahli UMNO berperanan membawa suara mereka untuk didengar kerana mereka merupakan sebahagian daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Peranan UMNO, mesti ada suara yang melihat ini sebagai isu penting kerana kita sebahagian daripada kerajaan.

"Saya tidak fikir ahli parti harus takut atau bimbang," kata ahli Parlimen Pagoh yang disingkirkan daripada Kabinet bersama Shafie pada 28 Julai lalu
Diminta mengulas berkenaan tujuan beliau hadir sama pada sidang media tersebut, Muhyiddin berkata hasrat yang dibawa oleh Dr Mahathir seiring dengan pandangannya.

"Saya yakin dengan apa yang disebutkan oleh Tun Mahathir, satu perkara benar. Saya pegang pada prinsip keadilan.

"Walaupun saya masih pegang jawatan dalam parti, ia tidak halang saya, lebih-lebih lagi kalau ia membabitkan kepentingan rakyat," jelas Muhyiddin.


Tun M dalam kenyataan beliau dilaporkan berkata...

Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) sepatutnya untuk pengganas, kata Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu sidang media hari ini di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Sidang media itu juga dihadiri oleh beberapa pemimpin Barisan Nasional berpengaruh antaranya adalah Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal dan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Sanusi Junid dan bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat.

“SOSMA untuk pengganas. Sekarang ia menakutkan rakyat. Mereka tidak melakukan sesuatu yang ditakrif sebagai sabotaj kerajaan,” kata Tun Mahathir.

‘Mereka’ yang dimaksudkan mantan Perdana Menteri itu merujuk kepada penahanan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang.

Mahathir berkata penggunaan SOSMA untuk menahan kedua-dua individu itu bertentangan dengan semangat dan tujuan akta itu diluluskan Parlimen.

"Kami menegaskan bahawa penahanan Matthias Chang dan Khairuddin adalah satu bentuk penyalahgunaan proses undang-undang oleh pihak berkuasa yang jelas bercanggah dengan tujuan undang-undang ini diluluskan oleh Parlimen.

"Ia menyekat hak dan kebebasan individu untuk mengambil suatu tindakan yang sah dalam sebuah negara yang menjunjung keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang," kata Dr Mahathir.

Ditanya berkenaan apa yang harus dilakukan oleh kerajaan pada masa ini, Dr Mahathir berkata kerajaan harus membebaskan kedua-dua individu tersebut.

"Kedua-dua warganegara ini mestilah dibebaskan serta-merta dan pihak berkuasa memberikan jaminan bahawa tiada sesiapa lagi akan ditahan di bawah SOSMA hanya kerana menyatakan pandangan, pendapat dan kritikan serta mengambil apa-apa tindakan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara," katanya.

BACA: TI-M kecam tindakan ke atas 'whistleblower'
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini menetapkan Oktober 23 bagi pihak pendakwa raya untuk mengumpul bukti bagi membenarkan kes melibatkan Khairuddin dan Matthias disebut semula.

Kedua-dua mereka didakwa sengaja melakukan tindakan dianggap menjejaskan perbankan negara dan perkhidmatan kewangan.


Rakyat bangkit menentang kemungkaran..! tolak barisan kebathilan..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

14 ulasan:

  1. Tol naik lagi...isu topup belom selesai...rakyat di dulukan..

    BalasPadam
  2. Bersuara memang boleh. Platform terbaik adalah persidangan tahunan parti. Budaya Umno menunjukkan suara ahli dan pemimpin bawahan tidak diberi tempat sewajarnya. Contoh terbaik ialah Anina Saadudin yang berterus terang tentang penipuan oleh presiden Umno sebagai PM. Media memberi liputan kepada beliau tetapi parti tidak berminat dengan ahli yang bersikap luar biasa begitu. Akar umbi banyak yang tidak faham atau keliru dengan apa yang berlaku. Lebih teruk lagi, parti mengambil pendekatan mengelirukan ahli sendiri. Sayugia sekiranya TSMY memberikan contoh bagaimana sepatutnya ahli bersuara. Jika sekadar menulis surat atau melalui mesyuarat, kita khuatir apa yang disuarakan tidak akan ke mana-mana. Sedangkan usul cawangan kepada bahagian pun dengan selamba diketepikan begitu sahaja. Kita berharap TSMY sendiri akan mengorak langkah menjelajah negara sebagai Timbalan Presiden Umno bertemu dengan para pemimpin setiap peringkat serta ahli akar umbi. TSMY harus menyediakan platform untuk setiap peringkat parti bersuara melalui pertemuan yang diaturkan bersama-sama beliau. Belum terlambat untuk TSMY dan DSA memulakan jelajah mereka bertemu akar umbi sementara mereka masih berjawatan dalam parti. Mereka perlu menunjukkan semangat untuk diteladani oleh ahli majoriti. Itulah namanya pemimpin.

    BalasPadam
  3. Aku sokong.

    Semuanya bermula di cawangan.
    Ahli2 parti mesti tidak gentar bersuara kerana kuasa sebenar bermula di cawangan.

    Usahlah ketua2 bahagian mahu mendabik dada jika cawangan2 pincang akibat permainan politik rakus kuasa, politik wang dan rasuah tender.

    Diseluruh negara inilah yg berlaku.
    Kerana itulah generasi muda tidak minat berpolitik, kerana mereka melihat politik sekarang lebih utk membuncitkan saku dan gila jawatan.

    Cawangan2 yg menentukan tempat duduk ketua bahagian dan wakil2 rakyat, tetapi kini dah terbalik bila mereka semakin beraja di mata bersultan dihati.

    Ada yg tak sedar diri mengancum pula ahli2 cawangan, dgn momokan2 tidak akan diberi bantuan kerajaan, tidak disenarai sebagai penerima apa saja sumbangan dan dituduh khianat kpd parti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah habis mesyuarat agong baru nak sembang kencang ya....Sudah la wei...

      Cuba search balik mesyuarat tempohari....tengok gambarnya ya..Penuh ahli2 UMNO datang tau..

      Najib masa mai pasir gudang ...wow .....orang tua bongkok sampai anak kecil sama2 meraikan persidangan UMNO

      Sudahlah UMNO semakin kukuh dibawah Najib ada faham...Korang faham ke tak ni..search la ..aku kata search..search la...buat analisa sikit...

      Padam
    2. Ahaiii
      Mana ada sembang, jentik2 sikit je.
      Saja main bara..

      Ye la, mmg ramai yg dtg, semua nak tengok Najib live,dekat2, dia kan dah jadi Superstar seantero dunia.

      Bukak la mana2 web/ channel berita asing/ luar negara, mesti ada tajuk 1MDB, 2.6b dan muka mungil bibir merah Najib.

      Tu sebab dia org datang, siap selfie2 lagi.
      Mana tau satu dua abad lagi ada muzium Arab beli gambar tu bilion2.
      Semua dah tahu, tak lama lagi dah.

      Tak lama lagi nak ke dalam, dapat bergambar tu boleh tunjuk kat anak cucu...cu ni gambo atuk dgn org paling banyak buat rekod dunia...rekod kebas tebas, kupas lepas, tutup pekup blablabla.

      Seronok cucu cicit dengar. Ye la zaman berubah sape nak dengar cerita Sang Kancil lagi.
      Patut la pun tua2 bongkok ngan budak2 kecik dtg kat Pasir Gudang.

      Aku dah search kat mcm2 blog, pro/con, betul la kata ko, Najib mmg mengukuh dgn jayanya.

      Dialah satu2nya Pee Mm yg diludah dan dikahak paling teruk dlm semua varian media.
      Eh...kau tak search keee...

      Padam
  4. Ahli akar umbi sepatutnya boikot Ketua Bahagian Umno yg menyimpang jauh dlm memperjuangkan perjuangan parti.Buatlah bantahan beramai ramai menolak kepimpinan yg ada.Kerana mereka ini akan merosakkan masa hadapan anak cucu kita.Aku ahli umno Rapat Setia sudah tawar hati dgn umno dan akan menyokong pembangkang dlm pru 14 nanti bersama seluruh keluargaku.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau ni gila ke? masa mesyuarat yg mai ketua bahagian sorang je ka?

      Alahai bodoh sungguh kau ni..Aku nak habaq masa persidangan UMNO semua bahagian FullHouse tau..kena berdiri tau..kerusi tak cukup..

      Padam
  5. bersuara juga orang REDHA ni rupa2nya.....

    BalasPadam
  6. Najib memang hebat..Tangkapan melalui SOSMA tidak menjadi Viral..

    Korang tau tak kenapa tak viral?

    Kalau ISA jgn cakap la demo tiap2 minggu ..

    Yg kena tangkap bkn calang tau..2 org kuat Tun M...maksudnya apa?

    Aku kalau minta geng Tun M habaq brapa penyokong Kuat Tun M ..agak2 brape juta?
    ambil la 5 juta..ok tak?
    Kalau yg demo 10% je lingkup Najib...

    tapi dgn SOSMA hanya 6 org je....itu pun buat kat tempat ada aircond....

    Maaf cakap ya..korang ni pengikut paling bangang didunia...pi la demo..kawan2 korang kena tangkap faham tak?

    ini tidak asyik menaip je..tengok geng Najib ..buat Himpunan merah..faham tak...bodoh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahaiii
      Baju Merah dah senyap.
      Duit ditunggu2 tak dapat lagi.
      Ingat nak buat kat PS, kena sergah polis terus menggigil lari.

      Buta2 je kena kencing Najib.
      Sampai hari ni dok melahu tunggu jawapan 14 resolusi basi.
      Najib mcm biasa la, buat2 tak paham, puas la si Jamal ternganga2 tunggu keputusan.

      1MDB dah buat repot polis pasal SR.
      Ada kebocoran maklumat katanya.

      Secara tak langsung, 1MDB akui mmg sahihlah dokumen yg ada pada SR tu.

      Jangan lupa, dokumen yg sama ada pada Zeti, MRR, SPRM, Polis.
      Mana nak lari.
      Ini yg dikata, suka sgt main tali akhirnya terbelit tangan sendiri.

      Kami tak perlu demo2, kang terjerit2 pulak cam monkey...cukup la jeling2 manja sambil ketawa gelihati.




      Padam
    2. Sudah lah tak nak demo kunun..

      Itu ari bila himpunan merah nak buat wah bkn main lawak korang ya..Kata 5 ribu je turun..itu pun macai kena bayar...

      Sudah lah boleh blah....

      Himpunan Merah baru 1st buat tau..itu pun DAP dah kecut...

      Tun M turun bersih ....monkey la ya? Kau bgtahu Tun M suruh dia buat demo..Orangnya dah kena tangkap...... faham...

      Call sekarang dan esok turun faham tak ni..woiii sudah la ..kata sokong Tun M..kau biarkan 6 orang tua berjuang ya..depa dah tua..esok kalau demam kojol terus...

      Maaf cakap ya tak payah nak kutuk Himpunan Merah ya...

      Padam
    3. Tanpa Nama...kipidap,dongibap en kip on kaberap...kipidap,kipidap...

      Padam
    4. Hussh...
      Org Papua New Guinea pun tak buat demo lg dah.
      Apa class bro.

      Mana Jamal tak nampak2 muka lg.
      Nak demo sana la sini la sinun la.
      Dah mcm sarkas aku tengok.

      Sekarang kita bagi turun 7 org je.
      Tu pun dah melompat2, meluru KW2 Najib, yg bodoh tak boleh diharap...bangsat ( aku pinjam ayat Najib) nak cover pukoq Najib.

      Kita akan buat demo. Tapi demo ni kena bayar tau.
      Nak tau kena tungguuuu.

      Padam