Memaparkan catatan dengan label tan sri rashid bekas spr tempelak kerajaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tan sri rashid bekas spr tempelak kerajaan. Papar semua catatan

Isnin, 15 Disember 2014

Zaman Semua Orang Tertelan Tebuan..!


Nampaknya seakan empang pecah..! Semua orang bercakap..! semua orang marah marah..! Sejak isu bangang timbul dilihat setiap hari akan ada sahaja isu friendly fire..! fire..fire..! karang betul betul terbakar baru tahu..!

Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menyeru agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar berhenti “menipu” rakyat dan menjelaskan perkara yang sebenar berkaitan isu-isu berbangkit dalam negara ini.

"Berhenti menipu rakyat dan buat kerja kamu. Beritahu kepada pemimpin Melayu berlaku jujur dan buat apa yang boleh.

“Kita ada kuasa, polis pun kuasa kita, semua kita punya, kuasa itu banyak. Power (kuasa), power.

“Tak usah kerajaan nak bohongi rakyat, dedahkan (perkara sebenar berkaitan isu negara),” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam persidangan agung PERKASA di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut secara jelas mana-mana isu yang dirujuknya itu.

Rashid juga berkata, sejak tidak mempunyai sebarang jawatan lagi, beliau kini berani mengkritik kerajaan tanpa rasa takut.

“Saya berani maki kerana saya tidak ada kuasa, jadi saya berani.

“Saya maki semua orang. Kita bagi kuasa untuk lakukan sesuatu, dia tak buat apa-apa, tapi dia kata dia buat,” katanya.

Beliau turut menambah, kritikan yang diberikan bersifat berani kerana tidak ada apa yang perlu disembunyikan dan beliau juga “tidak mencuri wang rakyat”.


Cuma bila difikirkan tentu bersebab segala gundah gulana ni tiba..! Kerajaan tahu jawapannya dan kerajaan juga tahu cara menjawab dan mereda kannya...!

Lu Fikir La Sendiri!!!