Isnin, 15 Disember 2014

Zaman Semua Orang Tertelan Tebuan..!


Nampaknya seakan empang pecah..! Semua orang bercakap..! semua orang marah marah..! Sejak isu bangang timbul dilihat setiap hari akan ada sahaja isu friendly fire..! fire..fire..! karang betul betul terbakar baru tahu..!

Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menyeru agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar berhenti “menipu” rakyat dan menjelaskan perkara yang sebenar berkaitan isu-isu berbangkit dalam negara ini.

"Berhenti menipu rakyat dan buat kerja kamu. Beritahu kepada pemimpin Melayu berlaku jujur dan buat apa yang boleh.

“Kita ada kuasa, polis pun kuasa kita, semua kita punya, kuasa itu banyak. Power (kuasa), power.

“Tak usah kerajaan nak bohongi rakyat, dedahkan (perkara sebenar berkaitan isu negara),” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam persidangan agung PERKASA di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut secara jelas mana-mana isu yang dirujuknya itu.

Rashid juga berkata, sejak tidak mempunyai sebarang jawatan lagi, beliau kini berani mengkritik kerajaan tanpa rasa takut.

“Saya berani maki kerana saya tidak ada kuasa, jadi saya berani.

“Saya maki semua orang. Kita bagi kuasa untuk lakukan sesuatu, dia tak buat apa-apa, tapi dia kata dia buat,” katanya.

Beliau turut menambah, kritikan yang diberikan bersifat berani kerana tidak ada apa yang perlu disembunyikan dan beliau juga “tidak mencuri wang rakyat”.


Cuma bila difikirkan tentu bersebab segala gundah gulana ni tiba..! Kerajaan tahu jawapannya dan kerajaan juga tahu cara menjawab dan mereda kannya...!

Lu Fikir La Sendiri!!!

4 ulasan:

  1. Punca segala permasaalahan adalah dari pentadbiran kerajaan yang dilihat 'keterlaluan berpihak kepada seseorang yang disukai' , siapa yang disukao dilanjutkan perkhidmatan hingga menyebabkan 'orang lain' yang rasa 'aku layak duduk ditemapt itu' berpencen dahulu. Malah ada juga sifat kerajaan yang suka memberi secara keterlaluan kepada seseorang untuk memegang jawatan penting apabila 'sudah berpencen atau dipencenkan' . Jadi kekedang manusia yang berasa aku juga menymbang sesuatu 'tidak dapat' maka jadi dan ujudlah kumpulan 25 pegaai tinggi kerajaan.
    Salah siapa jika bukan pemimpin... jadi jika terbuka dan dibuka segala pekong oleh kumpulan 25 , bukan juga salah mereka tetapi kerajaan juga dipersalahkan kerana 'tidak memberi atau pengiktirafkan khidmat mereka selepas pencen. Itu lah jadi nya .. sepatutnya kumpulan 25, jika benar mendokong kerajaan pimpinan MELAYU masakini, jemput lah pemimpin berbincang , tunjukkan segala kepincangan kerajaan jika ada.. maka baru lah .. segala nya akan beakhir dengan baik. Jangan menang kampung tergadai.

    BalasPadam
  2. nak jawatan dalam glc tapi tak dapat selepas pencen, dah lah pencen banyak dari orang yang gaji bulan2 kadang2 bila dah terbiasa belanja mewah sekarang dah jadi tak cukup, gigit je lah sesiapa pun bukan boleh tarik balik pencen yg gomen bagi.

    BalasPadam
  3. x payahlah dok ingat jawatan lg..duduk je dlm masjid @ surau...dah x lama dah...

    BalasPadam
  4. Apa ke benda yg di maksudkan tu,Pak,Shid ?, cer citer. Dia minta orang berterus terang,tapi dia sendiri,tak tahu apa yg dia mahu,atau dia sendiri pun tidak berterus terang .Belit puat-puak ni,hebat Tok Him mentarbiayah mereka.

    BalasPadam