Agak agak ini nak dipanggil transformasi apa??? Sangat biasa seorang politikus menyatakan hasrat mahu bersara dan kemudian ditentang oleh ahli..! lebih lebih lagi apabila ianya disuarakan didalam mesyuarat parti yang politikus tersebut ketuai..!
Kesian dengan barisan kepimpinan yang lain..! Mereka sebenarnya tidak layak malah tidak berupaya langsung memimpin..!
Ku Li tak jadi bersara, mahu kekal jadi YB
Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menarik balik hasratnya untuk bersara daripada pentas politik dan menjadi wakil rakyat.
Beliau yang juga Ketua Umno bahagian Gua Musang berkata demikian semasa ucapan penangguhan Persidangan Perwakilan Umno bahagiannya di Bukit Chekati, hari ini, demikian menurut laporan Bernama.
Kata Tengku Razaleigh atau lebih popular dengan panggilan Ku Li, keputusan itu diambil selepas persidangan itu meluluskan usul supaya beliau kekal menerajui Umno bahagian Gua Musang dan menjadi calon bagi mempertahankan kerusi Parlimen kawasan yang sama.
Itu lah juga yang berlaku di banyak kawasan pilihanraya yang lain..! Ada Ketua bahagian yang sudah 2 kali tewas bertanding pilihanraya DUN namun tetap memasang badan dan menyuarakan hasrat untuk bertanding..! Cuma kali ni bertukar ke kerusi Parlimen katanya..! DUN yang kecil pun lingkup macam mana boleh menang di Parlimen?
Tapi itulah realitinya parti Najib..! bukan winable candidate tapi wincable candidate..!
Itu yang banyak lingkup dalam PRU yang lalu..!
Biarkan luncai terjun dengan labu labunya..!
Biarkan..!
Lu Fikir La Sendiri!!!