Memaparkan catatan dengan label tulisan shahbudin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tulisan shahbudin. Papar semua catatan

Khamis, 3 Mac 2016

Apa Yang 3 x ?


Benar tetap benar..! Salah tetap salah..! Kaya dan miskin tetap sama dihadapan kebenaran..!

KALAU DAH SAMPAI TIGA KALI, MAKCIK FELDA PUN LARI

Sehingga ini sudah tiga kali akhbar perniagaan terkemuka dunia, The Wall Street Journal atau WSJ mendedahkan secara terbuka ke seluruh dunia mengenai skandal kewangan yang melibatkan Najib Razak.

Pertama, tentang wang berjumlah AS$681 juta atau RM2,600 juta yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadinya, kedua, mengatakan wang itu bukan derma daripada keluarga Diraja Arab Saudi, sebaliknya  datang daripada beberapa akuan berkaitan 1MDB dan yang terbaru ini, mendedahkan pula bahawa sebenarnya lebih AS$1 bilion atau lebih kurang RM4,300 juta telah pun dimasukkan ke akaun Najib.
Woww...ini belanja guna duit atau makan nasi berlaukkan duit?

Malangnya, dengan dakwaan yang sebegitu mencemarkan namanya sendiri, keturunan Tun Razak, rakyat dan negara keseluruhannya, masih juga tiada keberanian di pihak Najib untuk mengambil sebarang tindakan saman terhadap WSJ.
Dalam dakwaan terbaru oleh WSJ, bukan saja perkataan saman tidak berani lagi disebut, malah Najib juga dilihat keberatan untuk memberi sebarang komen dan ulasan mengenainya.

Mengapa? Rakyat kini tertanya-tanya, kalau benar ianya fitnah, kenapa takut berhujah di mahkamah?
Atau,  jangan-jangan apa yang ditanggapi oleh Tun Mahathir Mohamad ini memang ada benarnya.

Iyalah, kalau sudah sampai tiga kali dibaling batu, tetapi tidak juga berani melawan, makcik Felda pun tidak sukar memahami siapa salah, siapa benarnya.


Manusia tidak boleh mencipta pengalaman tapi manusia perlu mengalami dan melaluinya..!

Api tidak boleh dibungkus dengan kertas..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Isnin, 29 Februari 2016

Duit SRC 42 Juta Dah Pulang Belum?


Fahamkan..!

APA JADI DENGAN WANG RM42 JUTA SRC? KENAPA NAJIB TIDAK PULANGKAN DUIT TERSEBUT?


Sementara kita terus ketawa dengan lawak jenaka Peguam Negara sejak pagi Selasa dalam usahanya membersihkan nama Najib Razak berkaitan derma RM2,600 juta, penjelasan tentang dana RM42 juta daripada SRC International juga tidak kurang membuatkan kita terbahak-bahak jadinya.

Najib dibersihkan daripada isu berkaitan derma RM2,600 juta bukan saja kerana  tiada apa-apa imbuhan yang diminta, bahkan juga kerana sejumlah RM2,030 juta lebihannya telah dipulangkan semula kepada keluarga Diraja Arab Saudi yang dikenalpasti sebagai pendermanya.

Berkaitan dana RM42 juta daripada SRC International pula, penjelasan Peguam Negara, Apandi Ali ialah:-

- tiada apa-apa keterangan yang boleh menunjukkan  Perdana Menteri mengetahui dan/atau dimaklumkan bahawa terdapat sebarang kemasukan wang daripada akaun SRC International ke dalam akaun-akaun beliau;

- tiada apa-ap keterangan yang boleh menunjukkan bahawa Perdana Menteri memberi apa-apa kebenaran untuk pemindahan mana-mana wang daripada akaun SRC International ke dalam akaun-akaun beliau;

- keterangan menunjukkan bahawa pada masa-masa yang material, Perdana Menteri mempercayai  segala pembayaran yang dibuat oleh beliau adalah dengan menggunakan wang sumbangan keluarga Diraja Arab Saudi yang telah dipindahkan ke akaun-akaun beliau sebelum itu.

Dalam bahasa yang mudah, ayat Apandi itu bermaksud bahawa Najib tidak mengetahui mengenai kemasukan wang sebanyak RM42 juta itu, jauh sekali memberi kebenaran wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Maka dengan itu, Najib dianggap tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah berkaitan wang RM42 juta itu.

Tidakkah ini satu lagi jenaka yang boleh membuatkan kita ketawa dengannya?

Lebih membuatkan kita ketawa jika persoalan-persoalan di bawah ini terus tergantung tanpa jawapan.

Pertama, siapakah memasukkan wang tersebut dan bagaimana mereka memperolehi nombor akaun bank peribadi Najib?

Kedua, logikkah jika seseorang memasukkan wang sebesar RM42 juta jumlahnya,  tetapi tidak memberitahu atau memaklumkan langsung mengenainya kepada penerima wang tersebut?

Ketiga, adakah sebagai Perdana Menteri, Najib betul-betul tidak pernah memberikan nombor akaun bank peribadinya kepada sesiapa?

Keempat, jika tidak pernah, bagaimana nombor akaun bank itu boleh diperolehi oleh orang lain?

Kelima, adakah perkara biasa bagi Najib memberikan nombor akaun banknya sehingga ia bukan lagi rahsia dan kemudian sesiapa saja boleh memasukkan wang ke dalamnya?

Keenam, setelah mengetahui adanya dana RM42 juta dalam akaun peribadinya, apa yang Najib lakukan terhadap wang tersebut? 

Adakah wang itu sudah habis dibelanjakan atau masih dalam simpanan lagi?

Kenapa ia tidak dipulangkan semula kepada SRC International seperti yang dilakukannya dalam sebahagian daripada wang derma RM2,600 juta kepada keluarga Diraja Arab Saudi itu?

Dalam pada itu, persoalan yang tidak kurang misterinya ialah mengapa dua bekas pengarah SRC International, Nik Faisal Farid Kamil dan Suboh Md Yassin melarikan diri ke luar negara sejak sekian lama?

Apa yang mereka takutkan? Adakah mereka mengetahui mengenai wang RM42 juta yang dimasukkan ke dalam akaun Najib itu?

Adakah selepas kes ini ditutup, mereka akan terus berada di luar negara atau akan segera kembali ke dalam negara?

Sementara kita menunggu ada atau tidak jawapan kepada persoalan-persoalan ini, marilah kita terus ketawa kerana sebenarnya penjelasan Apandi Ali dalam membersihkan Najib semalam  adalah lawak jenaka paling "rare" sejak negara kita merdeka.


Ini mesti salah Tun M..tak pun salah Muhyiddin..! Tak gitu?

Lu Fikir La Sendiri!!!

Khamis, 12 Disember 2013

HOT ~ Apa Lagi Yang Naik Malam Jumaat Ni..!


Malam Jumaat…! cuba baca dan faham kan apa yang naik memalam ni..!

Kebimbangan utama rakyat kini ialah kenaikan kos sara hidup yang bagaikan tiada penghujungnya. Perkembangan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini menunjukkan kerajaan pimpinan Najib lebih ghairah menaikkan apa saja yang boleh dinaikkan bagi menampung kantung negara yang makin berkurangan serta hutang yang makin bertambah.
Bermula dengan kenaikan minyak, penghapusaan subsidi gula, pengenalan cukai GST yang bermula pada 2015, kenaikan cukai pintu DBKL, kenaikan tarif elektrik sebanyak 15% dan kini kenaikan juga bakal dikenakan kepada tambang LRT dan monorel serta kadar tol di beberapa lebuh raya.
Walaupun kenaikan tambang LRT dan monorel belum ada kepastian lagi, sebaliknya SPAD hanya mengatakan akan melakukan kajian menyeluruh yang meliputi pelbagai aspek yang turut melihatkan kenaikan kos berikutan meningkatnya tarif elektrik, ia tentulah berkaitan kenaikan tambang. Kalau bukan untuk menaikkan tambang, apa perlunya kajian menyeluruh dilakukan?
Sama seperti hujah klasik untuk menaikkan cukai pintu DBKL iaitu kenaikan tidak pernah dilakukan sejak 21 tahun lalu, SPAD juga mengatakan kajian tambang LRT dan monorel tidak pernah dinaikkan sejak 12 tahun lalu.
Inilah cara kerajaan bekerja. Sebelum pilihan raya, nadanya semua elok-elok dan pelbagai janji bahawa tiada kenaikan atau pertambahan beban rakyat akan dilakukan tetapi sebaik saja pilihan raya berakhir, semuanya berubah. Macam-macam hujah cuba dijustifikasikan untuk menghalalkan kenaikan itu.
Semuanya dibebankan ke bahu rakyat. GST dilaksanakan kerana untuk mengelakkkan negara bankrap seperti Greece dan subsidi pula dimansuhkan untuk menjadikan negara lebih kompetitif kononnya. Najib juga menyebut dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno bahawa subsidi tahunan yang ditanggung kerajaan sekarang ialah RM46 bilion dan hampir menyamai belanja pembangunan sebanyak RM49 bilion.
Sebab itu kata suami Rosmah Mansor ini, subsidi harus dimansuhkan. Hujahnya memang nampak logik dan masuk akal tetapi kenapa selama 22 tahun Mahathir berkuasa, tidak pernah terdengar langsung rungutan mengenai beban subsidi dan pembangunan tetap berjalan seperti biasa?
Menggunakan hujah cukai pintu DBKL tidak pernah dinaikkan selama 21 tahun dan tambang LRT serta monorel pula tidak pernah dikaji sejak 12 tahun lalu sebagai asas untuk menaikkannnya sekarang lebih menunjukkan kelemahan kerajaan dalam menjalankan tugasnya. Kerajaan seolah-olah tiada sistem pentadbiran serta penjadualan yang sistematik dan semuanya dilakukan secara ad-hoc.
Bagi kenaikan tol di beberapa lebuh raya, walaupun juga belum ada kepastian mengenainya tetapi melihat kcenderungan semuanya menaik sekarang ini, tidak mustahil kenaikan itu akan berlaku. Tambahan pula sebelum pilihan raya lalu beberapa pemegang konsesi tol begitu bermurah hati memberi potongan harga setiap kali musim perayaan serta menanggguhkan kenaikan kadar tolnya. Kononnya untuk mengurangkan beban hidup rakyat!
Maka, inilah masa yang sesuai untuk mengutip kembali keuntungan daripada pelaburan selama ini. Lagi pun inilah cara kapitalis bekerja.
Semua kenaikan yang dilakukan kerajaan sekarang disandarkan kepada rakyat untuk menanggungnya. Rakyat diminta berjimat-cermat dan mengubah cara hidup tetapi pimpinan kerajaan tetap enjoy dengan gaya lama. Perbelanjaan perjalanan, keraian dan jamuan tetap mewah walaupun hutang negara kian meningkat.
Dalam hal ini rakyat tentu saja berhak mempunyai tangggapan bahawa semua kenaikan itu adalah untuk menanggung perbelanjaan mewah Perdana Menteri, keluarga dan para menterinya yang langsung tidak menunjukkan keinsafan untuk berjimat-cermat dan mengubah gaya hidup di zaman yang sepatutnya sama-sama menanggung kesusahan ini.
Dengan menaikkan satu demi satu beban kehidupan rakyat, Najib dan kerajaan juga tidak lagi bercakap mengenai slogan dari syurga " rakyat didahulukan", "kami mendengar" " kerajaan sentiasa bersama denyut nadi rakyat" dan banyak lagi yang kerap diulang-ulang sebelum ini. Semua slogan itu sudah hilang sekarang. Semua janji pilihan raya juga sudah dimungkiri, dah dilupai.
Itulah bentuk dan trend kerajaan yang sedang dipimpin oleh Najib sekarang. Jalan untuk menampung kekeringan kantung perbendarahaan negara hanya dilihat dengan cara menaikkan cukai, menghapuskan subsidi dan menyedut lebih banyak wang rakyat.
Mereka tidak melihat daripada aspek mengurangkan ketirisan, pemborosan, rasuah, berjimat-cermat, mengurangkan amalan bermewah dan menambah kreativiti dalam menjana pendapatan negara.
Oleh itu, sehingga lima tahun akan datang, percayalah, lebih banyak kenaikan akan berlaku. Kos hidup rakyat juga akan terus meningkat. Sementara kerajaan sedang memikirkan untuk menaikkan banyak lagi harga barangan dan perkhidmatan selepas ini, apa yang mampu difikir oleh rakyat pula hanyalah "apa lagi akan naik selepas ini?" – shahbudin-husin

Lu Fikir La Sendiri!!!