Memaparkan catatan dengan label tun m akta isa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tun m akta isa. Papar semua catatan

Khamis, 9 Januari 2014

ISA Akan Dikembalikan..!


Majoriti Rakyat Malaysia yang sayangkan negara, yang mahukan keamanan dan kedamaian perlu mendesak kerajaan untuk mengembalikan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA..!

Kalau pemimpin berpengalaman yang menahkhoda negara selama 22 tahun pun tahu dan mahu ISA dikembalikan pasti ianya memberi makna bahawa keperluan ISA amat amat dituntut dalam mempastikan kewujudan sebuah negara yang aman, berdaulat dan merdeka terus kekal subur di bumi bertuah Malaysia ini..!

Pastiya kita sebagai rakyat yang sihat, waras dan bertamadun juga mahukan hal yang serupa dengan niat yang sama..!

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan pelaksanaan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi menangani tindakan puak ekstremis minoriti yang menjejaskan kestabilan negara.


Beliau menyifatkan segelintir puak pelampau ini sebagai kumpulan yang tidak matang dan sanggup mengeluarkan kenyataan menyakitkan hati yang mengganggu keharmonian dan sensitiviti kaum lain di negara ini.
    
"Untuk golongan pelampau sebegini, kita memerlukan ISA. ISA tidak diperlukan untuk orang macam saya kerana saya seorang yang sangat bagus," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu undangan khas dalam program berbahasa Inggeris RTM2 'Hello On Two', yang disiarkan secara langsung di Wisma TV, Angkasapuri di Ibunegara hari ini.
    
Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas tentang ketegangan antara kaum berikutan isu rampasan Bible versi Bahasa Melayu dan Iban oleh
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Khamis lalu.


Beliau berkata sekiranya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) tidak digunakan, adalah lebih baik negara tidak mempunyai

undang-undang sedemikian.

Sehubungan itu, Dr Mahathir menasihati segelintir rakyat supaya tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kata-kata yang menyentuh sensitiviti agama atau menyakitkan hati orang lain.

    
"Sekiranya rakyat terus bertelagah, mereka akan menjadi seperti rakyat di negara lain, yang akhirnya akan saling membunuh sesama sendiri. Ini tidak adil untuk mereka yang tidak terlibat dalam kontroversi ini," katanya.

Dr M melihat, mendengar dan merasai..! kita juga nampak, dengar dan mengalaminya..!

Bagaimana dengan Najib dan punahsihatnya? apakah Najib juga nampak, dengar dan merasainya? Atau…???

Lu Fikir La Sendiri!!!