Khamis, 9 Januari 2014

ISA Akan Dikembalikan..!


Majoriti Rakyat Malaysia yang sayangkan negara, yang mahukan keamanan dan kedamaian perlu mendesak kerajaan untuk mengembalikan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA..!

Kalau pemimpin berpengalaman yang menahkhoda negara selama 22 tahun pun tahu dan mahu ISA dikembalikan pasti ianya memberi makna bahawa keperluan ISA amat amat dituntut dalam mempastikan kewujudan sebuah negara yang aman, berdaulat dan merdeka terus kekal subur di bumi bertuah Malaysia ini..!

Pastiya kita sebagai rakyat yang sihat, waras dan bertamadun juga mahukan hal yang serupa dengan niat yang sama..!

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan pelaksanaan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi menangani tindakan puak ekstremis minoriti yang menjejaskan kestabilan negara.


Beliau menyifatkan segelintir puak pelampau ini sebagai kumpulan yang tidak matang dan sanggup mengeluarkan kenyataan menyakitkan hati yang mengganggu keharmonian dan sensitiviti kaum lain di negara ini.
    
"Untuk golongan pelampau sebegini, kita memerlukan ISA. ISA tidak diperlukan untuk orang macam saya kerana saya seorang yang sangat bagus," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu undangan khas dalam program berbahasa Inggeris RTM2 'Hello On Two', yang disiarkan secara langsung di Wisma TV, Angkasapuri di Ibunegara hari ini.
    
Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas tentang ketegangan antara kaum berikutan isu rampasan Bible versi Bahasa Melayu dan Iban oleh
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Khamis lalu.


Beliau berkata sekiranya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) tidak digunakan, adalah lebih baik negara tidak mempunyai

undang-undang sedemikian.

Sehubungan itu, Dr Mahathir menasihati segelintir rakyat supaya tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kata-kata yang menyentuh sensitiviti agama atau menyakitkan hati orang lain.

    
"Sekiranya rakyat terus bertelagah, mereka akan menjadi seperti rakyat di negara lain, yang akhirnya akan saling membunuh sesama sendiri. Ini tidak adil untuk mereka yang tidak terlibat dalam kontroversi ini," katanya.

Dr M melihat, mendengar dan merasai..! kita juga nampak, dengar dan mengalaminya..!

Bagaimana dengan Najib dan punahsihatnya? apakah Najib juga nampak, dengar dan merasainya? Atau…???

Lu Fikir La Sendiri!!!

7 ulasan:

  1. Najib tak dengar dan dan merasainya sebab najib tu buta dan dah kebas segala angota badan ....lembik

    BalasPadam
  2. Saya sokong ISA dikembalikan 101 peratus

    BalasPadam
  3. Jgn harap ahjibgor masih dyok sendiri..isu panas dia buat pekak badak

    BalasPadam
  4. Saya pun sokong agar ISA dikembalikan, kemudian buat operasi besar-besaran macam Dr. M buat "operasi lalang " dahulu. Kita tangkap dan sumbat ke kem kemunting semua extrimist politik dan agama termasuk puak-puak kristian celaka. Najib kata tak nak jadi populist, ini lah masanya kalau betul-betul nak tunjuk apa yang dikata Najib tak nak jadi populist. Biar tak popular asalkan negara kita, agama Islam kita, bangsa Melayu kita terselamat.

    BalasPadam
  5. Dari zaman datuk nenek sampai ke cucu sekarang nih, gua masih tetap sokong ISA. Di harap ISA akan dapat di kembalikan demi kesejahteraan rakyat.

    BalasPadam
  6. Negara kita memang amat rapuh dari segi perpaduan. Bila-bila masa boleh meletus pergolakan. Macam-macam jenis ada dari pelampau agama macam si pendakyah kristian, ajaran sesat, ekstremis, pengganas, perisik asing dll. ISA amat diperlukan supaya puak pelampau macam lawrence ni dicekup awal-awal daripada dibiarkan menjahanamkan negara.

    Undang-undang pencegahan seperti ISA dan EO dah tinggal sejarah. Akta Hasutan pun ikut kata al jib gong bakal dibakulsampahkan. Ini semua draconian law menurut puak komunis cinabeng. Najib pun dengan bangangnya setuju. Lepas mansuh, tak sampai 3 tahun kesannya paderi kristian terang-terang mencabar orang Islam!!

    BalasPadam
  7. Saya sokong 100%.......nak buat mcmana......org2 yg degil mmang patut diambil tindakan guna ISA!!!...kalau tak mereka asyik perlekehkan PDRM & Kerajaan....

    BalasPadam