Memaparkan catatan dengan label tun m anwar malaysia najib jahanam balaci. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tun m anwar malaysia najib jahanam balaci. Papar semua catatan

Rabu, 7 September 2016

HOT ~ Siapa Terdesak & Siapa Pula Tersedak..!


Bukan main lagi para balaci@macai mengutuk, menghentam dan memaki hamun pertemuan dua insan di atas ni..! Seolah olah perbuatan tersebut berdosa besar dan wajar dikutuk..! Tak semena mena pencacai mendapat dosa kering..!

Apakah pertemuan 2 insan yang bersalam salaman..! 2 orang manusia yang bersilaturahim..! 2 orang muslim yang bermusuh didalam politik selama hampir 20 tahun berbaik seperti mana yang dianjurkan oleh agama merupakan satu dosa besar?

Inilah bahananya apabila amalan sayangkan najib ~ dedak dedak kan..!  telah menjadi amalan dan zikir harian..! Soal asas tidak lagi menjadi pegangan..!

Apakah pertemuan dua insan ini lebih hina dan kotor dari pertemuan Najib dengan Nethanyahu pemimpin yahudi di bawah ni..


Pada waktu itu para pemakan dedak tak pulak mengutuk pertemuan tersebut..! 

Bertemu dengan musuh Islam yang nyata dan terang disebutkan di dalam Al Quran tak pulak meletup seperti mana yang yang ditunjukkan oleh macai@balaci sepanjang 2 hari ini..! Kenapa?

Walhal kalau mendengar ucapan Najib didalam persidangan PBB sebelum itu memang tak nak langsung berkawan, bersalam dan bertemu muka dengan pemimpin yahudi tu..! 

Tapi rakyat faham..! rakyat dan dunia yang waras boleh menerima pertemuan Najib dengan Nethanyahu tersebut dalam konteks yang lebih luas..! Tak perlu terjerit pekik..! tak perlu histeria..!


TERSEDAK

Sebenarnya pertemuan diatas telah menyebabkan para penjilat termasuk bos mereka yang dijilat tersentak..!

Tersentak kerana tahu bahawa hubungan kedua tokoh negara ini pasti akan menyimpul ikatan yang lebih jitu dan padu serta memberikan harapan baru rakyat agar terus bersatu untuk menolak UMNO dan BN Najib..!

Ianya merupakan satu tamparan yang sememangnya meninggalkan parut kepada Najib dan sekutunya..!

Maka, didendang lah lagu bahawa Tun M melakukan pengkhianatan tertinggi di alam ini..!

Apakah semasa mendepani isu Anwar dahulu..Tun M bersendiri? tentu tidak..! Tun M disokong oleh sebahagian besar rakyat termasuk lah Najib dan para pemakan dedak..! 

Kenapa? kerana rakyat melihat, membaca, menilai dan membuat perhitungan bahawa kebenaran berpihak kepada Tun M..! Segala bukti dan alasan kukuh telah menyebabkan rakyat membuat pilihan dalam PRU 1999..! 

Tak tahu pulak kalau Najib dan sekutunya termasuk para macai pemakan dedak menyokong Tun M tanpa menggunakan sedikit pun akal fikiran..! Menyokong tanpa membuat tafsiran akan apa yang sedang negara hadapi ketika itu..!

Menyokong Tun M dengan cara mengampu dan membabi buta bukan cara rakyat Malaysia..! tapi mungkin cara Najib dan sekutu waktu itu..! 

Namun kalau dilihat cara balaci@macai pemakan dedak menyokong Najib hari ini mungkin inilah modul dan standart yang telah diguna pakai sewaktu mereka mendepani isu reformasi ketika itu..! Patut la lutut mereka lebih berharga dari kepala..!



TERDESAK

Apa yang dibuktikan oleh Tun M dan Anwar diatas ialah contoh kematangan politik pemimpin besar negara..! Mereka meletakkan kepentingan rakyat dan negara lebih utama dari kepentingan peribadi..!

Mereka berdua tahu dan merasai denyut nadi rakyat yang cukup terdesak dengan hambatan hidup masa kini..! Mereka juga cukup memahami masaalah yang sedang melanda kepimpinan negara hari ini..! Mereka mengambil tanggungjawab bersama untuk membenteras skandal yang telah pun menjatuhkan maruah rakyat dan negara Malaysia yang kita semua cintai..!

Negara ini hak kita semua..! hak rakyat Malaysia..! bukan hak sesetengah pihak yang berjaya di dedak dedakkan oleh kepimpinan yang sedang bergelut untuk melepaskan diri dari semua masaalah dan skandal yang mereka hadapi..!

Atas tanggungjawab itu mereka berdua dan semua rakyat Malaysia menyedari, memahami dan mengakui bahawa lanskap politik perlu bertukar dan kebijaksanaan perlu menjadi asas dalam setiap tindakan..!

Inilah halus dan seninya politik..! Dalam politik tiada kawan sepanjang hayat ~ tiada musuh sepanjang zaman..!

Ambil contoh ~ Kalau benarlah Najib didapati bersalah..! Kalau benarlah Najib didakwa dan dijatuhkan hukuman..! Jangan heran kalau 20 tahun dari sekarang Muhyiddin akan bertemu Najib di Mahkamah bersalam dan bersilaturahim kerana BERSATU dan sepakat untuk menentang kebejatan dan kemungkaran kepimpinan yang boleh memudaratkan negara ketika itu..! 

Itu lah hebatnya politik..! tapi ianya hanya terpakai kepada mereka yang hebat hebat belaka..! bukan budak budak hingusan yang sekadar menjadi balaci@macai pemakan dedak pemimpin bacul berkepentingan diri..! 

Tapi...sebagaimana wujudnya pemimpin hebat di setiap zaman pasti wujud juga balaci@macai pemakan dedak yang seiring dengan zamannya..! Nak diapakan..!

Cuma terpulang kepada kita..! Nak jadi pemimpin hebat  dengan penyokongnya yang berani lagi bijaksana..! 

ATAU 

Sekadar nak jadi pemimpin bacul berlindung disebalik kuasa dengan barisan balaci pemakan dedak yang hanya menjilat semata mata???

Lu Fikir La Sendiri!!!