Ish..ish..ish..!
Siapa bersekongkol dengan Najib bakal dapat pembalasan, kata Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengingatkan pemimpin dan wakil rakyat UMNO yang bersekongkol dengan Datuk Seri Najib Razak untuk memusnahkan parti keramat bangsa Melayu bahawa mereka akan dikutuk oleh anak cucu mereka.
Sambil mengingatkan bahawa UMNO adalah parti yang mengalahkan Malayan Union, memerdekakan dan membangunkan negara, beliau berkata, pengkhianatan mereka yang bersekongkol dengan Najib akan mendapat balasan setimpal di dunia dan akhirat.
Beliau mempersoalkan apakah ketua-ketua bahagian dan Ahli Parlimen UMNO pekak serta buta hingga tidak menyedari salah laku Najib.
“Tetapi mereka terus sokong Najib dan mempertahankannya. Tidak berasa malukah mereka mengetahui PM mereka sebegini buruk, dihina secara terbuka oleh dunia tanpa disangkal oleh Najib.
“Tetapi nampaknya mereka tidak tahu malu dan lebih utamakan kepentingan diri daripada kepentingan dan maruah negara,” katanya menulis dalam blog beliau, hari ini.
Bekas Perdana Menteri yang juga bekas Presiden UMNO itu berkata, rata-rata rakyat berhimpun dan mendesak supaya Najib disingkirkan daripada jawatan Perdana Menteri.
Dr Mahathir berkata, ahli dan pemimpin UMNO tahu parti mereka akan kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti jika Najib terus memimpin Barisan Nasional (BN) dan UMNO.
“Hanya yang bisu dan pekak sahaja yang tidak ambil kesah akan kehancuran UMNO yang tetap berlaku. UMNO adalah parti yang mengalahkan Malayan Union dan memerdekakan negara. UMNO juga berjaya membangunkan negara.
“UMNO juga yang memberi kepada negara Perdana Menteri, Perdana Menteri yang memajukan negara sehingga ke tahap yang tinggi.
“Tetapi hari ini kerana UMNO mempertahankan Najib sebagai Perdana Menteri walaupun jelas dia terlibat dengan skandal yang amat buruk, dan menjadikan UMNO parti yang terburuk di Malaysia, pemimpin-pemimpin bahagian dan Ahli Dewan Rakyat UMNO masih bersekongkol dengan Najib untuk musnahkan UMNO. Anak cucu mereka akan kutuk mereka kerana ini.
“Wahai pemimpin UMNO, ingatlah akan masa depan kamu. Pengkhianatan kamu akan dibalas dengan cara yang setimpal di dunia dan di akhirat,” katanya.
Selain itu, Tun Dr Mahathir berkata, keengganan Najib untuk menyaman The Wall Street Journal dan Sarawak Report kerana membuat pelbagai tuduhan termasuk RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadinya, menunjukkan laporan itu adalah benar.
“Sekarang dunia tahu dan percaya Najib sudah selewengkan banyak daripada modal 1MDB. Dan dunia ketawa sinis terhadap Malaysia yang sudah jadi negara rasuah yang terbesar di dunia. Dan Najib didakwa adalah Menteri Kewangan yang terburuk di Asia,” katanya.
Ini bukan lagi versi anak kecil main api..! Ini kategori Bapak besar main api..! tergadai negeri dan maruah diri..!
Siapa?
Lu Fikir La Sendiri!!!
