Memaparkan catatan dengan label umno bahagian najib. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label umno bahagian najib. Papar semua catatan

Selasa, 21 Julai 2015

Ketua Bahagian Mana Yang Terbuka Menentang..!


Kata semua Ketua UMNO Bahagian menyokong Najib..! banner kat atas tu apa cerita? Dah ada yang baling batu sembunyi tangan ke?

Sedangkan Kadir Jasin kata...


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan kekal berkuasa kerana mendapat sokongan daripada panglima perang dan penyokong parti Umno walaupun majoriti rakyat mendesaknya supaya berundur, kata Datuk A. Kadir Jasin hari ini.
Bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times itu berkata, Najib yang kini diserang dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan desakan supaya meletakkan jawatan, mungkin tidak memenangi suara rakyat tetapi akan terus memerintah negara melainkan ada pemberontakan dalaman Umno.
"Najib dan kelab penyokong eksklusifnya mungkin tidak akan memenangi pertempuran dalam pendapat awam tetapi mereka ada kuasa politik, sekurang-kurangnya bertahan sehingga pilihan raya akan datang.
"Beliau tidak perlukan sokongan yang mencurah-curah. Beliau hanya perlukan menteri, ketua bahagian Umno, media arus perdana dan penyokong yang setia kepadanya," katanya dalam blog sempena tulisan artikelnya ke-1,000, hari ini.
Kadir berkata, walaupun pelbagai kritikan terhadap Najib, termasuk kelantangan pendahulunya Tun Dr Mahathir Mohamad dibuat secara berterusan, perdana menteri itu akan terus kekal.
"Dr Mahathir, penulis blog, Sarawak Report, pembangkang, kumpulan perbualan melalui WhatsApp, pengguna Instagram dan Facebook boleh mengkritik dan bercakap, malah boleh menganggap mereka berjaya tetapi Najib akan kekal.
"Melainkan ada pemberontakan Umno seperti peristiwa Bestille oleh rakyat Perancis pada 1789 yang menyaksikan Raja Louis XVI dan isterinya yang tidak bertimbang rasa, Marie Antoinette dikenakan hukuman pancung, Najib akan terus kekal.
"Dengan kuasa yang ada padanya melalui 48% sokongan undi Barisan Nasional semasa pilihan raya umum 2013, beliau boleh terus memerintah, walau apa pun yang terjadi, sehingga pilihan raya akan datang. Ini realitinya sekarang," katanya.
Beliau juga merujuk Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai penyokong setia parti kerana berkhidmat untuk perdana menteri menyekat akses Malaysia kepada laman web pemberi maklumat Sarawak Report.
"Beliau mungkin lemah dan tidak berjaya, tetapi masih ada lagi orang - yang terbaru Shabery, yang satu ketika dulu seorang yang bijak - menjalankan khidmat kepadanya demi kuasa dan wang. Wang, menurut Najib, adalah raja," katanya.
Banner tu di bahagian mana? Siapa Ketua Bahagian nya..!

Lu Fikir La Sendiri!!!