Memaparkan catatan dengan label umno bn najib cucu hj bay najib jahanam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label umno bn najib cucu hj bay najib jahanam. Papar semua catatan

Sabtu, 8 Oktober 2016

UMNO/BN Johor Menerima Aib Najib..!


Umum mengetahu bahawa Johor merupakan tiang seri UMNO dan Barisan Nasional selama ini..! Umum tahu bahawa Johor merupakan kubu kuat negeri kelahiran parti keramat tersebut..! 

Sebenarnya UMNO dan Barisan Nasional Johor tidak salah..! UMNO dan BN Johor tidak langsung menjadi punca kepada kehilangan majoriti 2/3 di Dewan Negeri..! 

Dibawah pentadbiran Khaled Nordin selaku Menteri Besar Johor, UMNO dan BN dilihat kembali kuat dan bersatu..! Malah dilaporkan tidak kurang 3 hingga 6 kerusi DUN yang sedang di'nikmati' oleh pembangkang bakal dirampas semula dalam PRU yang akan datang..!

Kiraan ini berasas kerana Khaled dan pasukan negerinya menjalankan tugas..! memikul amanah dan tanggungjawab..! turun ke padang dan membela nasib rakyat..! Bagi Johor isu negeri yang menyebabkan rakyat menolak UMNO dan Barisan Nasional seakan tidak wujud dan dapat diatasi..!

Dalam sorotan para sahabat yang berada di Johor..rata rata rakyat menerima baik pentadbiran Khaled..! Orang Melayu terasa kejituan dan kebersamaan yang dibawa oleh Khaled..! Sementara bangsa cina dan india turut berpuashati dengan pasukan pentadbiran kerajaan negeri..!

Bagi golongan muda Johor tanpa mengira bangsa mereka sentiasa didekati dengan pelbagai program lanjutan pendidikan dan biasiswa yang ditawarkan, peluang berniaga mahupun makan gaji di perkhidmatan awam dan swasta serta pemilikan rumah yang dicipta dan ditawarkan begitu membantu mereka dalam membina kehidupan dan bekeluarga..!

Rata rata terasa bahawa Khaled berjaya menyatukan bangsa Johor dengan satu suara, satu warna dan satu cita cita..!

Cakap cakap politik hangat kedengaran bahawa pengundi tidak akan ragu ragu memberikan undi mereka di peringkat Dewan Negeri kepada UMNO dan BN negeri..! 

Mereka mahukan Khaled dan pasukannya kekal mentadbir negeri yang sentiasa membentangkan bajet lebihan negeri serta sentiasa berjaya membayar hutangnya kepada kerajaan pusat disamping menjadi negeri yang sentiasa didatangi oleh pelabur  asing yang paling tinggi dalam negara..!  

Di saat ada negeri yang sudah tidak mampu membayar gaji kakitangan awamnya jauh sekali melunaskan hutang kepada kerajaan pusat,  Johor sentiasa mencipta kemajuan dan kepesatan pembangunan bagi dinikmati oleh warganya..! 

Itu sebab Setiausah Agong bersatu yang baru pun mengakui bahawa tidak akan ada pemimpin UMNO/BN yang akan menyertai  Bersatu bersamanya..! Menurut kata orang kuat Bersatu Johor, Dr Shahruddin sendiri tidak akan mempertahankan kerusi DUN nya kerana dikatakan akan bertanding di kerusi Parlimen..! 

Bersatu dikatakan lebih berminat untuk fokus kepada kerusi Parlimen didalam PRU yang akan datang..! Selain dari mahu merampas Putrajaya, Bersatu juga mengakui bahawa kerusi diperingkat DUN yang dipimpin oleh Khaled semakin diterima baik oleh pengundi...tambah sumber tersebut..!

Itu sebab ramai orang politik mahukan Johor mengadakan pilihanraya nya secara persendirian..! Johor perlu mengadakan pilihanraya sendiri untuk mengelak dari terjebak dan menerima kesan buruk lagi busuk isu yang membelit di Putrajaya..! 

Johor perlu melarikan diri dari aib yang sedang melingkari tubuh badan pemimpin di Putrajaya..! Johor perlu 'menjauhkan' diri dari malapetaka yang menanti pentadbiran Najib..! 

Tak heran ada berita yang mengatakan beberapa Ahli Parlimen sudah cuba mencari kerusi 'selamat' di peringkat DUN..! Mungkin sebab itu ada yang terjerit jerit hingga didengari oleh kawan dan lawan di Pulai..! 

Dengan mengadakan pilihanraya negeri secara sendiri ramai beranggapan bahawa UMNO/BN mampu mengekalkan kuasa..! Sebenarnya kalau Najib dan sekutunya di Johor ada akal tentu Najib juga mahukan ianya berjaya dilaksana..!  Kejayaan UMNO/BN Johor pasti akan memberikan impak kepada pentadbiran Putrajaya..! Tapi setakat ini sekutu Najib di Johor tetap mempertahankan akal mereka yang terletak di lutut..! 

Realitinya rakyat tahu dan sentiasa menilai..! Di peringkat DUN, Kerajaan negeri telah berjaya membuktikan bahawa mereka sentiasa meletakkan kepentingan rakyat dan negeri utama dalam apa jua tindakan..! 'Kuasa dari rakyat dan kepada rakyat la hasil masyulnya..!'

Sementara di peringkat pusat pun telah membuktikannya..! kuasa yang telah diberi oleh rakyat namun segala hasil masyul dan kenikmatan dirasai oleh mereka yang begitu popular bukan sahaja didalam negara malah diperingkat dunia saban hari setiap masa...! 

Rakyat mahukan kerajaan yang boleh membela dan layak di gelar bapak..! bukannya perompak..!

Rakyat mahukan kerajaan yang boleh memberikan nilai dalam menambah kualiti hidup rakyat..! rakyat tidak menggelamun sementara pemimpin tidak menjadi penyamun..!

Hakikatnya, rakyat Johor seakan sudah mempunyai jawapan dalam kertas undi mereka nanti...DUN untuk BN, Parlimen untuk BUKAN BN..!

Hidup akan lebih bermakna tanpa Najib dan sekutunya..! Hidup akan lebih nikmat dan terarah dengan kerajaan yang amanah..! 

Kepada Allah Berserah..!

cucu haji bay

Lu Fikir La Sendiri!!!