Memaparkan catatan dengan label umno labuan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label umno labuan. Papar semua catatan

Khamis, 2 Disember 2010

UMNO Labuan!!! Retak Menunggu Belah?


Apa dah jadi dengan UMNO Labuan!!! Perkhabaran terbaru yang hangat dibicarakan kini ialah isu pengguguran 11 orang Ketua Kampung yang kebanyakkannya ialah Ketua Ketua Cawangan UMNO di dalam Bahagian Labuan.

Menurut maklumat, pengguguran ini dibuat kerana pemangku Ketua Bahagian sekarang sedang membuat ‘pembersihan’ dengan meletakkan hanya ‘orang’ beliau sahaja yang akan memegang jawatan.

11 Ketua kampung ini, yang juga Ketua Cawangan UMNO terkejut dengan pengguguran mereka sebagai Ketua Kampung, ini kerana mereka telah berjaya melaksanakan tugas dan amanah dengan amat berkesan menjadikan rakyat dan kampung mereka berdaya maju dan aktif dalam program kemasyarakatan.

Sehingga kini mereka masih lagi gagal mendapat jawapan pasti kenapa mereka digugurkan sebagai ketua kampong, kesannya segala macam persoalan serta rasa tidak puas hati penduduk setempat tidak dapat dijawab sekaligus menimbulkan keresahan dikalangan orang ramai.

Menurut sumber, 11 orang ketua kampung ini merupakan ketua ketua cawangan yang tidak menyokong pemangku ketua bahagian tersebut, mereka ini terdiri dari penyokong kuat Ketua Bahagian Dato Seri Suhaili Abdul Rahman yang sehingga kini masih belum mendapat pelepasan penggantungan yang dikenakan kepada beliau biarpun isu mahkamah yang beliau hadapi telah selesai dengan beliau didapati tidak bersalah. Isu ini boleh dibaca di sini

Persoalannya apakah tindakan pemangku ketua bahagian ini sejajar dengan hasrat dan saranan YAB Dato Seri Presiden yang mahukan umno diperingkat bahagian mengenepikan sebarang sengketa dan bersatu padu bekerja bagi mengembalikan kekuatan parti.

Tambahan lagi senario di Labuan selama Dato Seri Suhaili sebagai Ketua Bahagian tidak pernah sekalipun beliau menggugurkan penyokong mantan Ketua Bahagian terdahulu, hasilnya perpaduan UMNO Labuan menjadi asas kepada kekuatan yang menjadikan pulau tersebut maju dan kompetitif sebagai pulau pesisir dan menjadi syurga bagi penduduknya menghirup limpahan ekonomi hingga ramai warga dari segenap pelusuk Sabah menumpang mencari rezeki.

Usaha untuk mengenepikan ‘orang’ Datuk Seri Suhaili sebenarnya telah menyebabkan rakyat marah dan membenci parti, perbuatan ini hanya menyebabkan UMNO dan BN dalam kedudukan yang tidak selesa dimata rakyat. Rakyat Labuan tidak akan lupa jasa Dato Seri Suhaili sebagai Ahli Parlimen dan Pengerusi Perbadanan Labuan satu ketika dahulu, Apa yang mereka harapkan ialah Jawatan Ketua Bahagian UMNO Labuan dipulangkan semula kepada Dato Seri Suhaili.

UMNO Labuan, rakyat dan pengundi Labuan dahaga kan pemimpin yang mampu membawa keamanan dan kemakmuran. Permintaan mereka bukan suatu yang mustahil! Mereka hanya mahukan hak mereka di kembalikan!!!

UMNO Pusat terutama UMNO WP yang diketahui di ‘kuasai’ oleh Tengku Nan dan Raja Nong Chik tidak perlu menjadi tangan tangan hitam yang cuba merosakkan UMNO Labuan… tindakan pemangku ketua bahagian yang dilihat dipayuni oleh kedua tokoh ini hanya akan membangkit kebencian ahli, pengundi dan rakyat Labuan. Sehingga ada desas desus yang mengatakan sekiranya hak mereka tidak dikembalikan, mereka mahukan Dato Seri Suhaili masuk bertanding didalam Pilihan Raya akan datang sebagai calon bebas. Ini bahaya kepada BN!!!

Sejarah pernah membuktikan pada tahun 1985 Kerajaan Berjasa di Negeri Sabah yang diterajui oleh Datuk Haris Saleh TUMBANG kerana memandang sepi masaalah dan kehendak rakyat di Labuan. Semoga sejarah ini tidak berulang!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!


ps... usaha untuk menghubungi Dato Seri Suhaili masih gagal, difahamkan beliau masih di mekah kerana mengerjakan haji, penulis akan cuba mendapatkan beliau bagi mengulas isu ini.

Rabu, 6 Oktober 2010

Mahkamah Dah Membebaskan Suhaili...UMNO Bila Lagi?



Pada 27.9.2010 yang lalu Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah memutuskan bahawa Dato Suhaili Abdul Rahman bekas Ahli Parlimen Labuan telah dibebaskan dari tuduhan Akta Kebankrapan.

Secara mudahnya ialah beliau Tidak Bersalah!!! walaupun ada orang yang sangat mahukan beliau bersalah...itu sebab dari isu 2 kad pengenalan tak berjaya dicuba pula kes bankrup! hahaha itu cerita lain, posting lain kita kupas.. terutama cerita tangan tangan ghaib didalam UMNO!!!

Apa yang penulis nak bawa disini ialah UMNO yang begitu cekap dan cepat telah mengambil tindakan pantas menggantung beliau pada 8 Mei 2009 yang lalu hanya sehari selepas pendakwaan dibuat keatasnya. Maka kenapa pula UMNO dilihat terhegeh hegeh untuk membebaskan Ahlinya dari hukuman yang dilakukan setelah terbukti beliau bersih dan tidak bersalah!!!

Dato Suhaili merupakan Ketua UMNO Bahagian Labuan yang dipilih oleh ahli UMNO Bahagian pada 2008 yang lalu, dek kerana kes tersebut beliau telah digantung dari jawatan Ketua Bahagian, beliau akur dan redha menerima takdir walaupun cukup berat untuk digalas oleh sesetengah pemimpin, namun dengan keimanan, kematangan serta kualiti kepimpinan yang tinggi yang ada didalam dirinya maka beliau tabah menghadapi dugaan tanpa sebarang kontroversi dan dapat mengawal anak buahnya untuk waras menerima dugaan tersebut.

Yang hak tetap hak! yang bathil tetap bathil! Akhirnya kebenaran tetap mengatasi kemungkaran...hari ini Suhaili dibuktikan tidak bersalah! Seharusnya pemimpin dan ahli UMNO bersyukur kerana tuduhan yang dibuat kepada pemimpin UMNO ini telah dibuktikan meleset oleh Mahkamah.

Dalam hal ini Suhaili sebenarnya telah menyelamatkan maruah UMNO yang dilihat rosak atas fitnah yang dilemparkan, walaupun kepimpinan tertinggi UMNO tidak pernah peduli akan maruah dan integriti Suhaili yang telah dirosakkan oleh fitnah tersebut...

Rahim Tamby Chik pernah menghadapi isu yang sama, dan apabila kes selesai maka UMNO memulangkan semula jawatan beliau ketika itu...Maka wajarlah UMNO melalui mesyuarat pengurusan yang dijangka berlangsung petang ini mengambil tindakan yang sama keatas Suhaili...

Ini lah masa Pengurusan dan Kepimpinan tertinggi UMNO menunjukkan sikap membela ahlinya, Buatlah keputusan yang memberikan kebaikan kepada Institusi UMNO itu sendiri, Jangan ada agenda peribadi!!! UMNO perlu kuat! Kuat hanya datang apabila kita bersatu! Dengan mengembalikan jawatan Suhaili sebagai Ketua Bahagian tentunya ia menyatukan UMNO, terutama UMNO Labuan!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!