Khamis, 2 Disember 2010

UMNO Labuan!!! Retak Menunggu Belah?


Apa dah jadi dengan UMNO Labuan!!! Perkhabaran terbaru yang hangat dibicarakan kini ialah isu pengguguran 11 orang Ketua Kampung yang kebanyakkannya ialah Ketua Ketua Cawangan UMNO di dalam Bahagian Labuan.

Menurut maklumat, pengguguran ini dibuat kerana pemangku Ketua Bahagian sekarang sedang membuat ‘pembersihan’ dengan meletakkan hanya ‘orang’ beliau sahaja yang akan memegang jawatan.

11 Ketua kampung ini, yang juga Ketua Cawangan UMNO terkejut dengan pengguguran mereka sebagai Ketua Kampung, ini kerana mereka telah berjaya melaksanakan tugas dan amanah dengan amat berkesan menjadikan rakyat dan kampung mereka berdaya maju dan aktif dalam program kemasyarakatan.

Sehingga kini mereka masih lagi gagal mendapat jawapan pasti kenapa mereka digugurkan sebagai ketua kampong, kesannya segala macam persoalan serta rasa tidak puas hati penduduk setempat tidak dapat dijawab sekaligus menimbulkan keresahan dikalangan orang ramai.

Menurut sumber, 11 orang ketua kampung ini merupakan ketua ketua cawangan yang tidak menyokong pemangku ketua bahagian tersebut, mereka ini terdiri dari penyokong kuat Ketua Bahagian Dato Seri Suhaili Abdul Rahman yang sehingga kini masih belum mendapat pelepasan penggantungan yang dikenakan kepada beliau biarpun isu mahkamah yang beliau hadapi telah selesai dengan beliau didapati tidak bersalah. Isu ini boleh dibaca di sini

Persoalannya apakah tindakan pemangku ketua bahagian ini sejajar dengan hasrat dan saranan YAB Dato Seri Presiden yang mahukan umno diperingkat bahagian mengenepikan sebarang sengketa dan bersatu padu bekerja bagi mengembalikan kekuatan parti.

Tambahan lagi senario di Labuan selama Dato Seri Suhaili sebagai Ketua Bahagian tidak pernah sekalipun beliau menggugurkan penyokong mantan Ketua Bahagian terdahulu, hasilnya perpaduan UMNO Labuan menjadi asas kepada kekuatan yang menjadikan pulau tersebut maju dan kompetitif sebagai pulau pesisir dan menjadi syurga bagi penduduknya menghirup limpahan ekonomi hingga ramai warga dari segenap pelusuk Sabah menumpang mencari rezeki.

Usaha untuk mengenepikan ‘orang’ Datuk Seri Suhaili sebenarnya telah menyebabkan rakyat marah dan membenci parti, perbuatan ini hanya menyebabkan UMNO dan BN dalam kedudukan yang tidak selesa dimata rakyat. Rakyat Labuan tidak akan lupa jasa Dato Seri Suhaili sebagai Ahli Parlimen dan Pengerusi Perbadanan Labuan satu ketika dahulu, Apa yang mereka harapkan ialah Jawatan Ketua Bahagian UMNO Labuan dipulangkan semula kepada Dato Seri Suhaili.

UMNO Labuan, rakyat dan pengundi Labuan dahaga kan pemimpin yang mampu membawa keamanan dan kemakmuran. Permintaan mereka bukan suatu yang mustahil! Mereka hanya mahukan hak mereka di kembalikan!!!

UMNO Pusat terutama UMNO WP yang diketahui di ‘kuasai’ oleh Tengku Nan dan Raja Nong Chik tidak perlu menjadi tangan tangan hitam yang cuba merosakkan UMNO Labuan… tindakan pemangku ketua bahagian yang dilihat dipayuni oleh kedua tokoh ini hanya akan membangkit kebencian ahli, pengundi dan rakyat Labuan. Sehingga ada desas desus yang mengatakan sekiranya hak mereka tidak dikembalikan, mereka mahukan Dato Seri Suhaili masuk bertanding didalam Pilihan Raya akan datang sebagai calon bebas. Ini bahaya kepada BN!!!

Sejarah pernah membuktikan pada tahun 1985 Kerajaan Berjasa di Negeri Sabah yang diterajui oleh Datuk Haris Saleh TUMBANG kerana memandang sepi masaalah dan kehendak rakyat di Labuan. Semoga sejarah ini tidak berulang!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!


ps... usaha untuk menghubungi Dato Seri Suhaili masih gagal, difahamkan beliau masih di mekah kerana mengerjakan haji, penulis akan cuba mendapatkan beliau bagi mengulas isu ini.

3 ulasan:

  1. Pada pendapat saya, Dato' Suhaili patut dikembalikan jawatan Ketua Bahagian Labuan secara otomatik kerana mahkamah telah memutuskan bahawa beliau tidak patut disenaraikan bankrup dengan ertikata lain dilepaskan dari sebarang tuduhan. Mengikut perlembagaan seseorang ahli UMNO kalau digantung dari jawatan atas kes mahkamah dan didapati seseorang itu didapati tidak bersalah atau dilepaskan dari tuduhan dengan itu beliau secara otomatiknya disahkan semula kejawatan asal atau jawatan yang pernah beliau sandang sebelumnya.
    Pada pandangan saya, kenapakah ada bureucracy masih diamalkan didalam UMNO untuk menjatuh seseorang. Konsipirasi seperti begini bukannya mendatang sebarang manfaatnya sebaliknya akan memburukkan situasi itu sendiri. Dato' Suhaili telah merapatkan barisan selama beliau menjadi MP dan Ketua Bahagian UMNO, kewibawaan beliau memang tidak dapat dinafikan dengan bukti rakyat masih memberikan kepercayaan penuh kepimpinan beliau.

    BalasPadam
  2. Saya selalu mengikuti pekembangan sahabat saya ini, Dato Suhaili.
    Diakui beliau memang seorang yang berpandangan jauh untuk memastikan politik Labuan sentiasa stabil. Yang pasti dan amat sangat diketahui, jika beliau bertanding diminta oleh rakyat LAbuan bertanding calun Bebas pasti akan menang mudah tetapi saya sebagai rakan juga terlalu yakin bahawa beliau tidak akan membelakangkan parti UMNO yang dikasih beliau.

    memang wujud sikap berpuak dalam UMNO tetapi itu bukan menunjukkan perpecahan kerana setiap ahli sayangkan parti mereka tetapi yang menjadikan ia sebagai satu masaalah adalah datang dari peringkat atasaan (MKT) yang tidak peka dengan hasrat rakyat ahli UMNO. Perkara ini bukan sahaja berlaku di Labuan tetapi disemua bahagian sebab nya : AdAKAH KITA DALAM SEBUAH RUMAH (KELUARGA) DAPAT MEMBACA DAN MENGETAHUI KEHENDAK ANAK ISTERI KITA kecuali kita bersikap terbuka dan menerima pandangan ahli keluarga kita. Bagitu lah juga cara nya kita mentadbir UMNO Bahagian./ Setiap 1 orang ahli mempunyai masaalah tersendiri cuma sebagai pemimpin atasan jangan bersikap pilih bulu nuntuk menyelesaikan masaalah yang dihadapi oleh ahli kita.

    Semoga dangn pandangan ini Dato Suhaili dikembalikan jawatan asalnya dalam UMNO Bhagian dengan secepat mungkin.
    Salam
    AbMoin

    BalasPadam
  3. Itulah masalah politik Malaysia kini...nampaknya peringkat atasan UMNO masih tidak sedar perbuatan kesalahan mereka dengan membuat keputusan ikut agenda individu ...bukan rakyat....Bagaimana BN akan menang dalam PRU 13 sekiranya pemimpin parti masih tidak faham kehendak rakyat Labuan...

    BalasPadam