InsyaAllah UMNO akan mengekalkan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dalam pemilihan yang akan datang. Menurut sumber, mereka berdua mendapat kepercayaan untuk terus mengemudi parti namun perlu menitik beratkan aspirasi dan nilai perjuangan Agama, Bangsa & Negara sesuai dengan slogan parti keramat UMNO selama ini...
Melayu kuat kerana perpaduan yang utuh didalam UMNO, UMNO yang utuh menjamin survival bangsa sekaligus menjamin kesetabilan hidup rakyat.
Asas perjuangan mesti dijunjung setiap masa!!!
UMNO hanya lemah apabila berpecah belah dan tiada unsur luar yang dapat melemahkan UMNO kecuali wujudnya anasir pemecah dari dalam parti. UMNO cukup matang mendepani situasi ini.
Hanya yang ikhlas sahaja yang akan kekal berjuang bersama sama parti keramat UMNO sementara parasit tidak pernah akan berjaya meruntuhkannya...
Lu Fikir La Sendiri!!!
Majlis Tertinggi (MT) Umno pada Jumaat memutuskan Perhimpunan Agung Umno akan diadakan pada 2 sehingga 7 Disember depan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemilihan Umno tahun ini merupakan tahun pertama menggunakan perlembagaan baharu parti yang akan dikuatkuasakan.
Justeru katanya, kaedah pemilihan jawatan-jawatan dalam parti akan berdasarkan perlembagaan baharu, yang telah diputuskan oleh mesyuarat MT pada Jumaat.
"Cadangan ini telah dirumuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan di bawah Timbalan Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan cadangan tersebut telah diterima oleh mesyuarat Majlis Tertinggi.
"Pendaftaran calon bagi semua jawatan sama ada di peringkat ahli majlis tertinggi, bahagian dan pergerakan sayap-sayap pada 7 September di Badan Perhubungan Umno Negeri," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno di sini, Jumaat.
Selain itu, Presiden Umno itu berkata, persidangan pergerakan sayap parti dan pemilihan jawatan akan dijalankan serentak pada 28 September.
"Mesyuarat perwakilan bahagian dan pemilihan serentak ahli majlis tertinggi akan diadakan pada 5 Oktober," katanya.
