InsyaAllah UMNO akan mengekalkan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dalam pemilihan yang akan datang. Menurut sumber, mereka berdua mendapat kepercayaan untuk terus mengemudi parti namun perlu menitik beratkan aspirasi dan nilai perjuangan Agama, Bangsa & Negara sesuai dengan slogan parti keramat UMNO selama ini...
Melayu kuat kerana perpaduan yang utuh didalam UMNO, UMNO yang utuh menjamin survival bangsa sekaligus menjamin kesetabilan hidup rakyat.
Asas perjuangan mesti dijunjung setiap masa!!!
UMNO hanya lemah apabila berpecah belah dan tiada unsur luar yang dapat melemahkan UMNO kecuali wujudnya anasir pemecah dari dalam parti. UMNO cukup matang mendepani situasi ini.
Hanya yang ikhlas sahaja yang akan kekal berjuang bersama sama parti keramat UMNO sementara parasit tidak pernah akan berjaya meruntuhkannya...
Lu Fikir La Sendiri!!!
Majlis Tertinggi (MT) Umno pada Jumaat memutuskan Perhimpunan Agung Umno akan diadakan pada 2 sehingga 7 Disember depan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemilihan Umno tahun ini merupakan tahun pertama menggunakan perlembagaan baharu parti yang akan dikuatkuasakan.
Justeru katanya, kaedah pemilihan jawatan-jawatan dalam parti akan berdasarkan perlembagaan baharu, yang telah diputuskan oleh mesyuarat MT pada Jumaat.
"Cadangan ini telah dirumuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan di bawah Timbalan Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan cadangan tersebut telah diterima oleh mesyuarat Majlis Tertinggi.
"Pendaftaran calon bagi semua jawatan sama ada di peringkat ahli majlis tertinggi, bahagian dan pergerakan sayap-sayap pada 7 September di Badan Perhubungan Umno Negeri," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno di sini, Jumaat.
Selain itu, Presiden Umno itu berkata, persidangan pergerakan sayap parti dan pemilihan jawatan akan dijalankan serentak pada 28 September.
"Mesyuarat perwakilan bahagian dan pemilihan serentak ahli majlis tertinggi akan diadakan pada 5 Oktober," katanya.
Minta maaf,saya mahu mana-mana anggota majlis tertnggi termasuklah presiden dan timbalannya ,janganlah bertanding kalau hanya hendak membesarkan tembolok sendiri tanpa menghiraukan keluh kesah orang-orang Melayu dan bumiputera .Anda-anda tak layak duduk disitu dan malulah pada diri sendiri dan anda telah gagal.
BalasPadamBelilah penyokong anda dan taburkanlah duit macam anda menabur baja untuk tanaman anda .Ada yang sudah bermula dan ada yang sedang merancang .......untuk kekal berkuasa dan peduli apa dengan nasib orang orang Melayu .Orang Melayu ni kan mudah Lupa kata tun Mahatir satu masa dulu.Adakah benar orang Melayu mudah lupa?
BalasPadamtak perlu adakan pemilihan kalau ada jawatan yang tidak akan dipertandingkan. lebih jimat kalau keluarkan saja surat lantikan semula kepada semua pemegang jawatan dalam umno. status quo saja tuan presiden....
BalasPadamtak ada pemilihan tak payah buat PAU la.. makan pau lg best..
BalasPadamNajib dalam Utusan Malaysia hari ini dilaporkan mengatakan bahawa walaupun nak tangani jenayah berat, tapi kena lihat aspek hak asasi manusia. Tetapi sedarkan Najib bahawa penjenayah jenayah berat mana ada lihat hak asasi manusia mangsa mereka bila buat jenayah. Inilah masalahnya bila golongan yang tak bertamadun hendak dilayan secara bertamadun, akhirnya golongan tak bertamadun itu mengambil kesempatan di atas segala kelemahan undang-undang untuk menindas lebih ramai orang di negara ini.
BalasPadamAhli-ahli UMNO perlu ambil perhatian serius akan perkara ini kerana Najib sendiri cakap sebelum ini kena pilih pemimpin yang berwibawa dalam pemilihan UMNO akan datang, maka kerana Najib tak berwibawa, membiarkan jenayah berat seperti bunuh, rogol, rompak dan macam-macam lagi dengan memansuhkan undang-undang pencegahan, maka kita semua perlu singkirkan Najib dalam pemilihan UMNO akan datang.
Kita semua tidak perlukan pemimpin yang tak berwibawa seperti Najib kerana dia lebih pentingkan para penjenayah berbanding dengan keselamatan rakyat. Sikap Najib sama seperti Pakatan Rakyat yang suka membela penjenayah. Kita menentang Pakatan Rakyat, maka kita perlu menentang Najib kerana mereka golongan pembela golongan penjenayah dengan alasan hak asasi manusia sedangkan penjenayah yang buat zalim tidak akan pedulikan hak asasi manusia mangsanya.
Kerana lihatlah mana ada pembunuh yang akan beri salam, kemudian melayan mangsanya dengan baik sebelum membunuh mangsa mereka, mangsa penjenayah akan disiksa dengan kejam, kemudian dibunuh dengan zalim, itu pun Najib nak samakan dengan hak asasi manusia yang mengikut undang-undangkah? Kepimpinan Najib memang lemah dan memudaratkan negara ini. Kita tidak perlukan Perdana Menteri seperti Najib, hanya golongan penjenayah yang akan suka golongan seperti Najib dan Pakatan Rakyat ini kerana membela golongan jenayah.
Oleh itu, atas kepentingan agama, bangsa, dan tanah air, semua ahli UMNO sekalian, kita semua perlu lakukan perubahan, singkirkan Najib dan kuncu-kuncunya serta golongan parasit dalam UMNO seperti Hishammuddin, Nazri Aziz dan Khairy Jamaluddin untuk bukan saja menyelamatkan parti kita, tapi untuk kesejahteraan negara ini sendiri. Mereka semua itu hanya pentingkan populariti diri, nak tunjuk kononnya mereka sangat bertimbang rasa hingga membela penjenayah, tetapi mereka tak peduli pun dengan rakyat yang mengikut undang-undang.
Singkirkan Najib, Hishammuddin, Nazri Aziz, dan Khairy Jamaluddin dalam pemilihan UMNO hujung tahun ini. Ahli UMNO akar umbi sekalian, parti kita dan masyarakat kita dalam bahaya jika masih membiarkan Najib dan kuncu-kuncunya serta golongan parasit masih berkuasa dalam UMNO.
Selamatkan UMNO, Selamatkan Malaysia, Tumbangkan Najib, Tumbangkan Hishammuddin, Tumbangkan Nazri Aziz, Tumbangkan Khairy untuk kesejahteraan kita semua.
Ingatlah semua, Malaysia, UMNO, dan Barisan Nasional lebih penting dari Najib dan kuncu-kuncunya itu. Kita perlu pertahankan Malaysia, UMNO, dan Barisan Nasional untuk kepentingan kita semua. Kita tak perlukan golongan golongan pengkhianat bangsa dan pembela penjenayah seperti Najib dan kuncu-kuncunya itu.
Sekian, terima kasih.
Biru Tetap Biru, Dacing Tetap Dacing, Barisan Nasional Pilihanku, Demi Agama, Bangsa, dan Tanah Air.
Encik Mohamad.
Nasionalis Melayu
AMAT SETUJU...SETUJU 1000% DENGAN KENYATAAN DIATAS......SEBAR2KANLAH SELUAS2NYA SEBELUM TERLEWAT. JANGAN TUNGGU NASI MENJADI BUBUR, JANGAN BIARKAN SIKADUK NAIK JUNJUNG. AGAR JANGAN SUDAH TERANTUK BARU NAK TENGADAH. MALANGNYA BANGSAKU BANGSA MELAYU INI MENDAPAT PEMIMPIN YANG PENTINGKAN DIRI DAN SANGGUP MENGKHIANATI BANGSA DAN AGAMANYA
BalasPadamPerlukah UMNO mempertahankan Presiden yang segala tindak tanduknya mengguris perasaan bangsa Melayu?
BalasPadamAh jib gor cina mana boleh tanding dia cina .UMNO Parti melayu.
BalasPadam