Memaparkan catatan dengan label utusan malaysiakini fitnah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label utusan malaysiakini fitnah. Papar semua catatan

Jumaat, 6 Jun 2014

Utusan Pun Dah Tersampok Malaysiakini..!


Ini lah masaalahnya apabila pihak yang sepatutnya menyebarkan berita dengan adil lagi telus gagal dalam memenuhi etika kerja yang sepatutnya mereka amalkan..! Lebih malang lagi apabila yang gagal dan tidak beretika itu terdiri dari mereka yang terlibat didalam media arus perdana..!

Kalau Malaysiakini memang la kita semua tak pelik berkelakuan begitu..! kerana selama ini pun mereka cari makan hasil dari cerita fitnah dan sensasi yang sengaja mereka reka dan terbitkan..! Lebih teruk dan lebih rosak imej Islam, UMNO, BN, Raja Raja, Melayu dan apajua yang sewaktu dengannya maka lebih lancang la keceluparan dan kebejatan yang mereka amukkan..!

Contoh, seperti dibawah ni…

 

Itu Malaysiakini, dan kita semua dah tak heran..! tapi kalau suratkhabar Utusan pun boleh tersampok dan bernada sama seperti Malaysiakini…itu kita ada sedikit heran..!

Kenapa Editor dan orang kuat Utusan seperti Aziz, Zaini dan Hassan tak boleh nak dapatkan pengesahan? kenapa begitu tergesa gesa mengeluarkan berita fitnah tersebut dimuka depan? Apa agenda Utusan?

Kalau nak mengampu buat kerja lain laa…! Utusan jangan dirosakkan oleh 2-3 ekor beruk yang kelaparan pisang..!!!

Baca kenyataan rasmi YAB MB Johor dibawah ni…
Saya akan memegang ' kuasa eksekutif' dalam Lembaga Perumahan dan Hartanah yang akan ditubuhkan oleh kerajaan negeri. Apa pun keputusan yang dibuat mengenai pentadbiran negeri ini masih dibuat oleh saya kerana kuasa ekekutif itu masih ditangan Menteri Besar.
Dakwaan laporan Malaysiakini yang mengatakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mempunyai kuasa mutlak dalam perlantikan lembaga pengarah dan pentabiran dalam lembaga berkenaan sama sekali tidak benar kerana saya yang akan menjadi pengerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor dengan 'kuasa eksekutif' yang diperuntukkan kepada saya.
Penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor adalah sama seperti Johor Corporation (JCorp) yang secara automatik peranan pengerusi dipegang oleh Menteri Besaur. Usaaha untuk menubuhkan lembaga tersebut bukan sesuatu yang baharu kerana sebelum ini penubuhan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ) atau kini dikenali sebagai JCorp juga menggunakan pendekatan yang sama.
Baca juga hujah yang lebih jelas…
JOHOR BAHRU 5 Jun - Kuasa Raja dalam Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Johor, satu enakmen baharu yang akan dibentang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Isnin ini adalah tertakluk kepada kanun Undang-undang Tubuh Negeri Johor.
Justeru, laporan Malaysiakini mengatakan Sultan Johor bakal mendapat kuasa meluas membabitkan isu perumahan adalah tidak benar kerana mengikut kanun itu, baginda boleh memberi nasihat dan menerima nasihat dalam hal berkaitan.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd. Latiff Bandi berkata, laporan Malaysiakini menggambarkan Sultan seolah-olah mempunyai kuasa lebih dalam hal itu adalah berniat jahat dan sengaja diputarbelitkan.
Menurutnya, kerajaan negeri juga sebelum ini pernah membentangkan enakmen sama iaitu semasa mahu mewujudkan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ) yang kini dikenali sebagai Johor Corporation (JCorp).
"Jcorp kini sudah berkembang sebagai satu syarikat yang dikenali bukan sahaja di dalam negeri, malah di peringkat antarabangsa dan terbukti ia sudah berjaya. Jadi jangan jadikan usaha mewujudkan lembaga perumahan itu sebagai isu.
"Mereka (Malaysiakini) perlu faham tentang kanun Undang-undang Tubuh Negeri Johor sebelum membuat sebarang laporan seperti itu yang boleh mengelirukan rakyat negeri ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Malaysiakini melaporkan semalam, kerajaan Johor akan membentangkan satu rang undang-undang baru di DUN pada Isnin ini untuk membentuk satu lembaga perumahan dan hartanah yang memberi kuasa meluas kepada Sultan tentang isu perumahan.
Menurut portal tersebut, ia merupakan enakmen pertama seumpamanya yang akan dibentangkan dengan Sultan diberi kuasa untuk melantik ahli lembaga, menyelia akaun dan juga untuk membubar lembaga tersebut.
Abd. Latiff menegaskan, penubuhan lembaga itu kelak bakal memudah dan memantapkan lagi urusan berkaitan perumahan dan hartanah di negeri ini kerana segala urusan yang diselia tiga agensi sebelum ini akan berada di bawah satu bumbung.
Selain itu, tambahnya, menerusi lembaga itu juga, segala usaha kerajaan negeri untuk melaksanakan lebih banyak rumah mampu milik bagi rakyat negeri ini dapat diperhebatkan pada masa sama tindakan tegas kepada pemaju yang ingkar dapat diambil.
"Kita tubuhkan lembaga ini bukan untuk susahkan sesiapa tetapi untuk memastikan undang-undang yang ada berkaitan perumahan dan hartanah negeri ini dapat dihormati, sekali gus tiada lagi pihak yang memperlekehkan penguatkuasaan kita.
"Saya yakin, menerusi lembaga itu juga pemilikan rumah untuk rakyat bukan sahaja bumiputera, malah bangsa lain terjamin dalam usaha kita mendukung kehendak rakyat yang mahu memiliki rumah sendiri yang berkualiti," katanya.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, lembaga tersebut akan dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, manakala beliau selaku Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai Timbalan Pengerusi.

Agak agak esok Utusan akan keluarkan dua kenyataan diatas ni di muka depan?

LU Fikir la Sendiri!!!