Memaparkan catatan dengan label zaid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label zaid. Papar semua catatan

Isnin, 24 Mei 2010

Zaid Meroyan Rupanya!!!


Zaid Fail Petisyen Cabar Keputusan Pilihan Raya Hulu Selangor

PETALING JAYA: Bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim hari ini memfailkan petisyen bagi mencabar keputusan pilihan raya berkenaan yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 1,725.

Petisyen berkenaan difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam di bawah Seksyen 32(a) dan 32 (c) Akta Kesalahan pilihan Raya 1954.

Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, mendakwa Barisan Nasional (BN) mengamalkan rasuah pada pilihan raya berkenaan.

Pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu yang lalu, calon BN, P. Kamalanathan berjaya memperoleh 24,997 undi menewaskan Zaid yang memperoleh 23,272 undi.

Komen

Zaid baru tersedar dari mabok...stim dah kurang, jadi baru rasa malu, bebal dan bodoh bila kalah! Lebih membuatkan Zaid bengang ialah duit yang dilaburkan dalam PRK HS yang lalu tidak dapat dituntut dari bos nya sivaji PM @ Peliwat Malang Anwar!

Diharap puak pembangkang dapat memfailkan semua kerusi yang mereka kalah sama ada dalam PRK mahupun PRU yang lalu! jadi dapatlah mengalih isu dan menjual cerita baru! walhal dunia tahu kenapa dan mengapa mereka kalah!

PAKATAN HARAM KALAH kerana rakyat TOLAK! jelas dan mudah kan! Bagi BN yang kalah baru-baru ini di Sibu jelas bahawa majoriti rakyat terutama pengundi cina yang begitu kuat sindrom DAPig komunis menolak BN! Apa masaalahnya?

Inilah penyakit Puak Haram pembangkang! berpolitik bagi mereka ialah sokongan tidak berbelah bagi! demokrasi bagi mereka apabila mereka menang! kalau kalah timbul lah macam-macam cerita...apa bodoh punya budaya politik!

Kita tengok apa kata Mahkamah! dan kita semua dah boleh telah apa kata Zaid jika dia menang dan apa pulak songelnya jika dia KALAH LAGI!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Selasa, 20 April 2010

Zaid Bodoh Politik ! - Azmin...


Dalam perbualan dengan kawan-kawan sekutunya tentu Azmin akan bercakap berlapik, tetapi apabila beliau berjumpa dengan kawan-kawan lama dari kalangan pemimpin UMNO, Azmin lebih terbuka dan 'selesa' untuk melepaskan apa yang terbuku.

Dalam perbualannya dengan seorang setiausaha politik menteri yang merupakan rakan karib beliau semasa zaman pemuda UMNO dahulu, beliau berkata bahawa penagih tegar arak calon PKR di Hulu Selangor sekarang ini merupakan seorang yang 'muda, mentah, hijau' didalam sepak terajang politik!

Sebagai seorang yang berlatarbelakangkan profesion guaman, katanya 'dia hanya tahu menyatakan dan memperjuangkan apa yang dia rasa benar dan betul' itu kata dia!

Walhal realiti politik tidak begitu tambah Azmin...Senang cerita Azmin kata Zaid ni BODOH la...senang cerita AZMIN KATA ZAID BODOH!!!

Tapi itu jugak kata dan hujah Azmin yang dia rasa benar! Sedangkan hakikat sebenar Rakyat terutama Pengundi Di Hulu Selangor melihat DUA-DUA BODOH!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Sabtu, 17 April 2010

Lagi Penghinaan Zaid Ibrahim Terhadap Agama Di Parlimen...


Mesyuarat disambung semula pada pukul 2:30 petang. Pada 24 Mac 2005

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua: Saya minta Yang Berhormat Kota Bharu untuk
menyambung ucapan beliau dalam perbahasan.

Datuk Mohd. Zaid bin Ibrahim [Kota Bharu]: Terima kasih Yang di-Pengerusi.
Tuan Yang di-Pertua, tadi saya menyebut tentang usaha-usaha Penguat Kuasa Majlis Agama di Malaysia yang cuba menguatkuasakan apa yang di katakan undang-undang
syariah, undang-undang jenayah Islam dan saya sebutkan tadi tahun 1995, penangkapan 3 wanita Melayu Islam yang mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik.

Baru-baru ini di Ipoh, seorang yang kita katakan ‘transgender’ ataupun pondan juga ditangkap di Taiping dalam kawasan rumah seorang kawan beliau. Kita juga dapat laporan dan berita di Melaka juga wanita Islam Melayu ditangkap kerana kononnya menunjuk pakaian yang tidak sopan, nampak pusat. Yang terakhir dan paling glamorous beritanya ialah tangkapan ataupun penahanan 100 muda mudi Melayu Islam di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur.

Sejak zaman Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri dan sampailah hari ini, setiap kali berlaku perkara sedemikian maka hebohlah pihak akhbar dan orang-orang politik. Mereka ada yang mengeji ataupun membantah usaha ini kerana kata mereka ini adalah soal individu, soal kebebasan individu, dalam satu masyarakat yang demokrasi.

Ada yang mengatakan ia menyalahi undang-undang, ada yang mengatakan bertentangan dengan perlembagaan dan di sebelah pihak lain juga sudah tentunya menyokong usaha ini. Mengatakan morallity dan agama kita sendiri meminta kita berbuat demikian untuk menjaga maruah agama kita. Tetapi setiap kali, kita dapati, isu itu didiamkan sahaja.

Baru-baru ini saya difahamkan seperti juga yang berlaku pada tahun 1995, arahan kabinet yang kononnya perkara ini tidak boleh diteruskan kerana sebab-sebab tertentu. Saya tidak ada maklumat lebih tetapi ini tidaklah sesuatu yang menggambarkan sebuah negara yang moden, yang bertamadun, yang ada undang undang Sama ada tindakan ini susah atau tidak, itu persoalannya. Ciri Negara tamadun ialah kita ada kedaulatan undang-undang, keluhuran perlembagaan, kita angkat sumpah mempertahankan semua itu. Hari ini saya ingin memberi pandangan saya.

Saya bukanlah seorang, sudah tentulah bukan alim ulama’, malah saya terkenal di Kota Bharu sebagai orang yang mungkin dianggap sekular, kebaratan dan semacam macam.Tetapi saya mempunyai pandangan kerana saya bimbang, tindakan sedemikian, reaksi masyarakat selepas itu akan merugikan Islam, akan merugikan bangsa kita sendiri jika kita tidak melakukannya dengan cara yang betul. Cara yang betul adalah cara yang mengikut peraturan yang sah, undang-undang yang sah, sesuai dengan perlembagaan kita yang sah, sesuai dengan tuntutan agama kita dari segi prinsipnya. Itu yang perlu kita laksanakan, kalau tidak perkara ini akan terus berulang dan yang malu bukan orang lain, bukan sahaja orang yang kena tahan. Penghinaan bukan sahaja kepada mereka tetapi kepada kita semua, kita penganut Agama Islam bukan orang lain.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Minta laluan.
Tuan Yang di-Pertua [Tan Sri Dato’ Seri Diraja Ramli bin Ngah Talib]: Yang
Berhormat, boleh bagi laluan.


Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]:..Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu.
Saya setuju bahawa isu moral haruslah bukan ditentukan mana-mana individu atau
jabatan tetapi ia adalah dari dalaman mereka, disiplin diajar sejak mereka kecil.
Bagaimana untuk membawa diri, menjaga maruah, kesemua ini adalah dari pendidikan
dan bukan secara menangkap mereka.

Soalan saya hendak tanya, dan minta penjelasan daripada Yang Berhormat Kota
baharu. Yang Berhormat Kota Bharu sekarang ini tidak setuju dengan tindakan pihak
JAWI atau mana-mana pegawai penguatkuasaan kerana dari segi agama atau kerana
prinsip bahawa isu moral tidak haruslah dijadikan atau dikawal oleh mana-mana pihak.
Sebab saya nampak Yang Berhormat tidak membangkitkan berkenaan dengan isu di
mana belia-belia orang muda mereka berpegangan tangan di taman KLCC. Yang ini
bukan muslim, none muslim, bukan Islam dan di Ipoh. Ini tidak dibangkitkan jadi saya
hendak tahu, Yang Berhormat tidak bersetuju itu dari segi agama atau kerana isu moral
keseluruhannya sepatutnya tiada mana-mana pun pihak patut dikawal atau mengawal
belia-belia ini. Minta penjelasan.

Datuk Mohd. Zaid bin Ibrahim [Kota Bharu]: Saya belum mula lagi. Saya harap selepas saya memberi penjelasan mungkin Yang Berhormat Batu Gajah mungkin akan memahami pendirian saya. Saya berbalik kepada soal penentuan ialah ia secocok dengan kehendak undang-undang dan perlembagaan dan ia secocok dengan kehendak agama kita. Kita tidak boleh memisahkan nilai agama dengan undang-undang, sudah tentunya. Tetapi kita juga tidak boleh membenarkan individu tertentu menentukan apa itu yang sepatutnya, apa itu yang menjolok mata, apa itu yang sah dan tidak sah dari segi agama, kecuali dengan perbincangan yang menyeluruh.

Berbalik kepada soal ini Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat keadaan kelam kabut ini, keadaan yang timbul yang saya sebutkan tadi adalah kerana kita tidak mempunyai undang-undang yang jelas mengenai perkara ini. Pertama memang ada Undang-Undang Jenayah Syariah yang digubal pada tahun 1993 di Wilayah Persekutuan misalnya. Tetapi pada saya undang-undang ini tidak sah, mungkin sebab itulah Peguam Negara memberi nasihat tertentu kepada kabinet. Kerana kita dalam soal agama, saya minta maaf kepada menteri dan sebagainya. Dalam soal agama kita banyak tumpuan kepada ceramah, kita banyak kepada slogan tetapi kita tidak menumpukan kepada institusi agama yang sepatutnya, undang-undang yang sepatutnya untuk membela agama kita.

Dalam soal misalnya, kita tahu soal pakaian sebagai contoh, kita ada peruntukan dalam Undang-Undang Syariah, pakaian yang menjolok mata misalnya, yang tidak sopan tetapi sudah pernah kah kita bincang dengan masyarakat secara terbuka. Apa itu sopan? Pakaian sudah tentu tidak menentukan Islam atau tidak seseorang itukerana orang Arab tutup muka seribu tahun sebelum Rasulullah SAW, tetapi tidak bererti dia Islam.

Jadi soal ini kita tidak boleh serah kepada individu-individu tertentu, ketua – head of department, JAWI, JAIS, ia perlu di bahas dan ditentukan. Dan yang paling penting ialah peruntukan yang sama telah ada dalam Akta Kanun Keseksaan (Penal Code). Dan dalam negara kita, kita tidak boleh ada dua undang-undang dalam perkara yang sama.

Kita sudah ada Federal Law, Penal Code mengenai hal itu, Seksyen 294(A) tetapi kita tidak perlu semua itu, kita gubal undang-undang ini. Kita beri kuasa kepada ketua-ketua tadi yang saya sebut, yang mungkin tidak faham undang-undang negara.Juga soal fatwa, dalam Undang-Undang Wilayah misalnya, fatwa mufti menjadi automatik, ada kuasa undang-undang, has a force of law.


Sedangkan kita tahu dalam sejarah Islam fatwa tidak pernah menjadi suatu binding precedent law, ia hanyalah pendapat seorang ahli fikir, ahli mufti yang pandai tentang sesuatu isu tetapi boleh ditukar, boleh diubah.Malaysia hanyalah satu negara dalam dunia ini bila satu fatwa dikeluarkan secara automatik is a force of law, dia ada kuasa undang-undang malah mufti lebih berkuasa daripada kita semua. Hal–hal lain kita perlu debat, kita perlu lulus, persetujui dalam Dewan Undangan Negeri kalau hal-hal negeri dan kalau hal-hal federal dalam Parlimen tetapi dalam Majlis Agama, dia buat undang-undang. Apakah benda ini boleh berlaku kalau kita lebih teliti dalam perkara ini?

Mereka merasakan mereka ada kuasa, sebenarnya agama kita, soal agama Islam telah di high check oleh kumpulan yang kita gelar alim ulama ini daripada mereka yang benar-benar berkuasa. Dalam perlembagaan kita kuasa mengenai agama adalah kuasa Raja-Raja Melayu. Dalam perjanjian tahun 1948, sebelum kita merdeka, Raja-Raja Melayu melepaskan semua perkara kepada pusat, kepada pentadbiran sivil, soal tanah, soal pertahanan, soal semua. Cuma dua perkara yang tidak dilepaskan, soal adat dan soal agama.

Bererti di negara kita di bawah perlembagaan kita, Raja Melayu yang bertanggungjawab soal haram halal, itu undang-undang negara kita. Dan kita tidak boleh melepaskan tanggungjawab ini semata-mata dengan menggubal undang-undang, serah kepada Raja untuk sain as a constitutional monarch. Itu untuk hal-hal lain ia constitutional monarch, tetapi dalam hal agama dan adat, istiadat Melayu, dia ada absolute power.

Kalau ada orang Islam yang mengundi manusia liberal ni tak tahu nak cakap la! jenis ni depan tuhan kelak pun minta tuhan ciptakan syurga untuk kafirunnn!

Lu Fikir La Sendiri!!!