Tak peduli siapa pun yang ganti...ianya mesti terhindar dari sebarang tekanan politik..! Sebut la berapa banyak nama pun..! tapi kalau sekadar pak sanggup yang mahu menjilat kekotoran baik tak payah lantik..!
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mempertahankan penggantinya, mengatakan Bank Negara melaksanakan proses ketat untuk memilih calon paling layak.
Gabenor Bank Negara itu berkata, pengganti sesuai penting ketika Malaysia berdepan dengan keadaan ekonomi yang lembap pada hari ini.
"Kita melaksanakan proses dan memastikan gabenor baharu mempunyai latar belakang dan kemampuan relevan terutamanya dalam keadaan seperti hari ini supaya peralihan dapat diuruskan dengan baik.
"Dan saya percaya bank pusat sudah menjadi organisasi kukuh dengan kekuatan institusi dan patuh kepada undang-undang ... yang memberikan kita kuasa luas dan kebebasan.
"Dan dengan itu, terdapat akauntabiliti," kata Zeti di Kuala Lumpur hari ini.
Walaupun tidak mendedahkan siapa penggantinya, Zeti berkata gabenor baharu seharusnya bebas daripada sebarang agenda politik, demi kestabilan kewangan dan ekonomi.
Apa maknanya? apakah Zeti mengakui bahawa beliau sekarang tidak bebas, dikongkong dan di tekan oleh agenda politik???
Lu Fikir La Sendiri!!!
