Isnin, 22 Februari 2016

Gabenor Bank Negara Baru Bebas Tekanan Politik?


Tak peduli siapa pun yang ganti...ianya mesti terhindar dari sebarang tekanan politik..! Sebut la berapa banyak nama pun..! tapi kalau sekadar pak sanggup yang mahu menjilat kekotoran baik tak payah lantik..!

Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mempertahankan penggantinya, mengatakan Bank Negara melaksanakan proses ketat untuk memilih calon paling layak.
Gabenor Bank Negara itu berkata, pengganti sesuai penting ketika Malaysia berdepan dengan keadaan ekonomi yang lembap pada hari ini.
"Kita melaksanakan proses dan memastikan gabenor baharu mempunyai latar belakang dan kemampuan relevan terutamanya dalam keadaan seperti hari ini supaya peralihan dapat diuruskan dengan baik.
"Dan saya percaya bank pusat sudah menjadi organisasi kukuh dengan kekuatan institusi dan patuh kepada undang-undang ... yang memberikan kita kuasa luas dan kebebasan.
"Dan dengan itu, terdapat akauntabiliti," kata Zeti di Kuala Lumpur hari ini.
Walaupun tidak mendedahkan siapa penggantinya, Zeti berkata gabenor baharu seharusnya bebas daripada sebarang agenda politik, demi kestabilan kewangan dan ekonomi.

Apa maknanya? apakah Zeti mengakui bahawa beliau sekarang tidak bebas, dikongkong dan di tekan oleh agenda politik???

Lu Fikir La Sendiri!!!

5 ulasan:

  1. Mahathir tidak bina pemimpin tetapi pentaksub. Itulah buat julungkalinya komen yg dikeluarkan oleh tun Musa Hitam mantan tpm diera pemerintahan Mahsthir.Tun M yg merintis Malaysia kearah negara maju dn Tun M jugalah yg menggalkanye.Tun M lah yg membina jutawan dn Tun M lah yg menguburkan jutawan..baca ulasan sepenuhnya di LSS.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanya Musa Hitam pasal apa dia letak jawatan?

      Sebabnya dia dengki dan sakit hati sebab Tengku Razaliegh Hamzah masih diberi tempat sebagai Menteri Kanan iaitu Menteri Kewangan dan Menteri Perdagangan dan Industri, dua kali Musa Hitam hasut Tun Dr. Mahathir supaya tak lantik Tengku Razaliegh jadi menteri, selepas PRU 1982 dan PRU 1986, tapi Tun Dr. Mahathir tak termakan hasutan Musa Hitam itu.

      Musa Hitam cuba ugut Tun Dr. Mahathir dengan tulis surat meletak jawatan dengan harapan Tengku Razaliegh dipecat dari jawatan mmenteri, tapi Tun Dr. Mahathir tak terikut dengan perangai budak-budak Musa Hitam itu, Tun Dr. Mahathir tak terima peletakan jawatan Musa Hitam, pada masa yang sama Tengku Razaliegh tetap dikekalkan jawatan menteri.

      Musa Hitam makin iri hati dan dengki, dia umumkan peletakan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri, kemudian dia hasut Tengku Razaliegh menentang Tun Dr. Mahathir dalam pemilihan parti 1987.

      Dalam berpakat dengan Tengku Razaliegh pun Musa Hitam masih ada perasaan buruk terhadap Tengku Razaliegh, Musa Hitam dengan segera umumkan akan pertahankan jawatan Timbalan Presiden UMNO, Tengku Razaliegh terperangkap dan terpaksa tanding jawatan Presiden menentang Tun Dr. Mahathir.

      Musa Hitam buat macam itu supaya Tengku Razaliehg tak ada peluang untuk buat pilihan tanding jawatan Presiden atau Timbalan Presiden. Ini akan menyebabkan Tun Dr. Mahathir dan Tengku Razaliegh makin berseteru dan bertelingkah, impian Musa Hitam sejak tahun 1982 lagi.

      Tengoklah perangai Musa Hitam ini, dia inilah punca UMNO berpecah pada tahun 1988, sebelum pemilihan parti 1987 hubungan Tun Dr. Mahathir dan Tengku Razaliegh walaupun agak dingin, tapi keadaan masih baik, Musa Hitam adalah petualang yang memporak peranda UMNO pada pemilihan parti 1987 dan menyebabkan parti berpecah pada tahun 1988.

      Kalau tak percaya tanya Musa Hitam pasal apa dia berpakat dengan Tengku Razaliegh dalam pemilihan parti 1987 melawan Tun Ghaffar yang merupakan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, dan pasal apa dia masih nak pertahankan jawatan Timbalan Presiden walaupun dia letak jawatan Timbalan Perdana Menteri 1986?

      Tentu boleh tengok jawapan merapu dan putar beli Musa Hitam pasal hal ini.

      Selamatkan Malaysia demi perjuagan Agama, Bangsa, dan Tanah Air.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  2. Kita tkyah suruh najib turun, tunggu sampai pru14 kita bungkus sekali dgn umno.
    Sekian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biar sedar dari mimpi saudara, UMNO perlu dipertahankan, Barisan Nasional perlu dipertahankan, sebab UMNO dan Barisan Nasional tak ada salah apa-apa, Najib tu yang perlu diterjang keluar dari UMNO dan Barisan Nadional, sebab Najib menyamun negara bersama kuncu-kuncunya.

      Selamatkan Malaysia, tumbangkan Najib dan kuncu-kuncu, selamatkan UMNO dan Barisan Nasional.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada Abu Bakar

      Padam
  3. Perlantikkan baru tak kira siapa pun mesti dapat restu Ros/Jibby,so boleh caya ke gabenur baru ni free and fair ?? 99.9999999999999% saya tak yakin!!

    BalasPadam