Sabtu, 2 Mei 2009

Betul ke JJ sekarang sekadar di pinggiran?

Sebut sahaja nama Dato jamaludin jarjis semua orang kenal, malah sampai ke bulan pun tau siapa JJ. Sebagai anak melayu yang menjadi pendorong dan penggerak utama dalam memastikan negara berjaya melakar sejarah untuk menghantar angkasawan pertama negara ke ISS. dunia pun tau...

malah semua orang tahu yang JJ merupakan orang kuat najib yang menjadi Manager kempen najib apabila ada pertandingan dalam parti. disebabkan hubungan rapat antara JJ dan najib maka ramai la yang tumpang berteduh dan bergantung di dahan rendang ini. Kalau ada yang lebih rapat pun cuma leman taha itu pun dalam isu yang hanya mereka jer yang tahu.

ramai yang menelah dan menjangka yang JJ akan dibawa masuk ke dalam kabinet sebagai menteri yang menjaga EPU malah JJ juga di katakan akan diberi tanggung jawab sebagai bendahari UMNO. apapun cakap cakap tinggal cakap cakap, ada yang marah, terperanjat beruk dan berteka teki musykil kenapa pemimpin pujaan mereka ini tertinggal di dalam arus perdana politik tanah air.

ada cerita mengatakan bahawa najib lebih mendengar kepada 2 orang setpol nya, ada pulak mengatakan bahawa group d elis lebih kuat dan berpengaruh, selain kebanyakkan pemimpin UMNO pahang yang dikatakan tidak berapa menyenangi cara dan pendekatan ketua bahagian rompin itu. apapun ceritanya nampak dilihat bahawa JJ seolah olah tidak digemari oleh puak yang dilihat boleh mempengaruhi najib. kalau betul la begitu malap la politik JJ. ini kerana najib begitu menyusun orang orangnya baik dalam kabinet mahupun dalam MT dan faktor sejarah dalam pemuda serta faktor kesetiaan begitu diambil kira.

khabarnya JJ akan dijadikan duta bertaraf menteri ke UN, tapi tentulah tak sama dengan jawatan menteri yang di sandang oleh jamil khir, husni dan lain lain lagi. tentunya peranan ahmad maslan sebagai ketua penerangan juga amat besar dan berpengaruh berbanding JJ yang hanya menjadi MT sedangkan peranan yang dimainkan JJ di dalam pru b gantang baru baru ini seakan akan beliau akan menyandang jawatan tersebut.

JJ sebagai orang lama berpolitik tentunya masak dan lebih maklum akan keputusan yang dibuat oleh najib, sebagai panglima kepada najib beliau tentunya ada peranan khusus yang diberikan oleh bos nya itu. dimana pun diletakkan JJ akan tetap melaksanakan tugasnya biarpun sekadar dipinggiran selagi tidak di pinggirkan....

5 ulasan:

  1. Menghantar angkasawan dan dasar bioteknlogi negara nampaknya gagal menjadi buah tangan yang membolehkan JJ terus kekal dalam kabinet walaupun kita semua sedar bahawa JJ amat dasyat buah fikirannya dan amat kreatif sehingga membuat Kem Sains, Teknologi dan Inovasi begitu tersohor..Malangnya, dunia politik tidak mengambil kira semua aspek tersebut sebaliknya mengambil kira beliau dari kem mana..Bahayanya menjadi lalang..mungkin nama JJ telah tertulis di ISS sebagai satu sejarah..sama sama kita nantikan kesudahan nasib seorang yang bijak tetapi tertimbus dek badai politik..JEBATBERKOKOK

    BalasPadam
  2. salam jebat...
    JJ mungkin menjadi mangsa sikap diri sendiri dan mereka yang memang jaki dengannya sejak sekian lama terutama mereka yg hari ini telah berjaya merapatkan diri dengan pemimpin no 1 negara...
    sendiri mau ingat

    BalasPadam
  3. Bro.,

    Ni JJ yang sama ke dengan JJ yang raba bontot awek dulu tu?

    Keliru lak den.

    Salam ukhwah bro.

    Harimau Menaip

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam