Isnin, 8 Jun 2009

Manik Urai.... BN dah menang moral!!!


Ada cahaya di hujung terowong... PRK Manik Urai yang ditetapkan pada 14 Julai depan menampakkan kemungkinan besar UMNO dan BN menang adalah cerah. Ini bersandar kepada beberapa persoalan yang boleh dilihat dengan mata, dikuping dek telinga akan keadaan berkecamuk yang melanda PAS mutakhir ini.

PAS yang sebelum ini begitu berbangga menjadikan Kelantan sebagai kubu kuat mereka nampak nya sudah tidak lagi boleh mendabik dada. Ini dibuktikan dengan penolakan perwakilan PAS seluruh negara keatas calon-calon pemimpin tertinggi parti itu didalam muktamar mereka yang berakhir pada Ahad lalu.

Dari Husam Si Musang berjanggut Pendek, Ustaz Halim, Nik Amar, Takiyuddin, Apendi, Anuar Tan, Wan Abdul Rahim dan lain-lain lagi jelas menunjukkan bahawa sebenarnya para perwakilan seluruh negara termasuk perwakilan dari tanah serendah sekebun bunga sendiri gagal memberikan sokongan padu kepada calon mereka. Kenapa ini berlaku? Jawapannya banyak... cuma rata-rata sama ada ahli PAS mahupun pemerhati melihat bahawa PAS sedang dilanda badi Sheikh Anwar Al Juburi seperti yang penulis coret kan dalam posting terdahulu.

Kekeramatan yang didakwa dimiliki oleh Mursyidul Amnya telah dirobek dan di tenggelam kan oleh perwakilan tanpa rasa silu. Mereka sebenarnya mendapat 'signal' dari pemuda PAS Kelantan sendiri yang dari awal telah meletakkan Nik Abduh didalam tong sampah kerana dilihat Nik Abduh begitu lantang membuka pekong Husam si Klon Anwar memegang Joy Stick pemerintahan Kerajaan Negeri Bapanya. Tak heran kalau Husam pulak disepak terajang dan di telanjangkan di dalam pemilihan baru-baru ini.

PAS yang semakin lemah berpecah ekoran pergeseran Presiden dan Mursyidul Am yang semakin parah, terus lemas dan tidak bermaya hinga terkubur tanpa nesan satu masa nanti tentu akan menjadi sejarah. Dan ini bermula dari adanya agen atau klon Anwar yang begitu taksub ingin menguasai parti. Husam lah yang punya angkara, Husam lah penyebab bencana.

Tapi UMNO peduli apa! UMNO tak peduli pon! Apa yang UMNO peduli ialah riak-riak kejatuhan PAS sudah wujud dan bermula, dan ianya bermula dari negeri Che Siti Wan Kembang sendiri. InsyaAllah ianya boleh bermula di Manik Urai. Rakyat di Manik Urai khususnya sudah jelak dan muak dengan politik taksub membabi buta sedangkan keperluan hidup mereka telah terabai sekian lama tanpa mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Apa yang pengundi Manik Urai mahukan ialah wakil rakyat yang benar-benar mampu bekerja dan membela nasib mereka. Mereka dahagakan pembangunan, mereka laparkan kemajuan, Mereka mahukan wakil rakyat yang kurang bercakap bikinnya banyak, angguknya sekuat keyakinannya untuk bekerja dan membela rakyat jelata, gelengnya amanah dengan penuh sabar serta sentiasa bersama rakyat dikala suka dan duka. Wakil rakyat yang menjadi pohon yang rendang tempat rakyat berteduh dan menjadi penyuluh untuk menerangi mereka.

Sebenarnya mereka tiada pilihan, PAS sudah cukup mereka rasakan, takkan boleh selesai dengan cukup pakai dan makan, mana kemajuan? mana pembangunan? Hanya UMNO dan BN sebagai pilihan, sebagai jalan keluar menyuluh menerangkan dari pekat kegelapan.

Mari Adik Kakok...Pakat Pangkah BN!
Dari Rakyat Untuk Rakyat...Hidup UMNO!

41 ulasan:

  1. Mari adik kakok pakat paloh najib alhantuya!!!! dan pakat pakoh zambiri al biri-biri hitam. begini lah ruponya orang nak lemaruk nok menang hahahahahah!!!! mimpi oooooiiii

    BalasPadam
  2. kesian sungguh UMno sekor ni, buang tabiat nok kaloh, sampai merapu beginin sekali, siap pasang bendera BN, hey orang kelantan dan malu nak letak bendara dacing tu, demo letok kat bloh buat malu hahahahahah!!

    BalasPadam
  3. salam sedara kertas, nampak sedara hidup dalam sindrom penafian, penulis berhujah dan sila bantah dengan hujah yang difikirkan mampu untuk mangatasi hujah penulis.
    ramai sedara mara penulis di kelantan yang memang mahu menjadikan manik urai sebagai pencetus bermulanya penolakan rakyat kepada PAS secara bersama dan benar bukannya mimpi.
    kita tengok siapa yang kena....

    BalasPadam
  4. Hek eleh kertas niee...

    BalasPadam
  5. luncai terjun dengan labu-labunya... biarkan.. biarkan des..

    BalasPadam
  6. Sejak bila pulak BN kalah? Barang perlu diingat bahawa BN masih lagi parti pemerintah di Malaysia..Biarlah luncai luncai bebal nak kata apa pasal BN ni yang penting BN msih lagi memerintah..Setakat kabinet bayangan tak payah nak memekak lah...biarkan kelantan terus mundur kalau itu yang mereka mahu..bukan berjuang sebenarnya cuma mereka nak tunjuk kan keras kepala dan anak anak jantan kelantan gedebe..lantak pi kat depa

    BalasPadam
  7. dah dasar suka membayang bro tapi UMNO/BN bertanggungjawab untuk mengeluarkan rakyat dari gila bayang...

    BalasPadam
  8. Bro,
    Kesian sungguh budak2 umno ni, kemaruk nak menang kat Kelantan hahahahah, Buat bangunan stadium pun runtuh apa kemajuan tu bro, nasib baik Agung kita tak ada sana, kalau tak habislah Umno kesumpah laknak 100 keturunan. Baik bro2 dia atas ni semua yang menyokong BN pergi check masjid Kristal tu, kang roboh kang...hahahaha kesian sungguh Umno ni. Tu SATU LAGI PROJEK KERA-JAAN BARISAN NASIONAL. Tahniah bro KEMAJUAN....

    BalasPadam
  9. wahai jebat yang berkokok,
    Bodoh sungguh hang ni, piii lahhh. orang kata kat Kelantan yang hang, pi sebut kat Malaysia apa helll, tak reti ke. hahahah kesian sungguh

    BalasPadam
  10. KUALA KRAI, 8 Jun (Hrkh) - Awas jaga kad pengenalan anda. Itu pesanan yang disampaikan PAS kawasan ini kepada pengundi di Dun Manek Urai berikutan ada pihak cuba mendapatkan kad pengenalan penduduk. Menurut penduduk pihak tertentu yang didalangi parti politik dengan kerjasama agensi kerajaan persekutuan datang ke rumah mereka bagi mendapatkan nombor kad pengenalan.
    Kejadian itu disedari berlaku di beberapa kampung termasuk Chuchuh Puteri, Sungai Sok, Sungai Peria dan Lata Rek. Anggota jawatankuasa PAS Kuala Krai, Ustaz Zamzuri Mat Lazim berkata, penduduk mengadu kepadanya rumah mereka didatangi orang tertentu bagi mendapatkan nombor kad pengenalan.
    "Penduduk menjadi serba salah kerana orang terbabit memberitahu mereka datang dari agensi tertentu di bawah kerajaan persekutuan," katanya di sini.

    BalasPadam
  11. Tu kerja Umno lah tu siapa lagi, bukti kemaruk orang kalah...

    BalasPadam
  12. salam,

    maaflah saya terlalu sibuk sekarang...insya Allah akan kembali aktif minggu depan...terima kasih tuan

    BalasPadam
  13. pakcik rasa UMNO kalah besar manek urai ni. Pakcik org sini, Pakcik tau keadaan kat sini, Org kat sini kata "kawe tok se dah ko umno" kawe nak tok guru jah.

    BalasPadam
  14. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  15. salam kertas,
    soal roboh dan jatuh bangunan tu bukan kerja UMNO cuma yang boleh dipastikan ialah UMNO akan terus membina dan membina demi kesejahteraan dan keselesaan hidup rakyat.
    soal IC tu jelas satu lagi pembohongan harakah. kalau benar berlaku kenapa harakah dan pemimpin PAS tidak menghalang tindakan berkenaan? atau apakah harakah dan pemimpin PAS tidak bertanggung jawab dan membiarkan rakyat tertindas? atau memang ini sebenarnya ialah kerja harakah dan pemimpin PAS sendiri dan cuba untuk menutup kerja mereka dengan menuduh orang lain? atau seperti selalunya lah.. harakah dan pemimpin PAS berbohong dulu, kini dan selamanya....
    kepada pakcik anonymous, ramai sedara mara penulis di Manik Urai sama ada UMNO, PAS yang rasional serta golongan muda yang mahukan pembaharuan dan perubahan...
    terima kasih

    BalasPadam
  16. perubahan apa BN nak bawa? 1 kelantan ke? dulu anuar musa ada bg tau nak jadikan kelantan mawi world eh silap kelantan world.. Pembaharuan pula macam mana? jalan kaki diatas kepala dibawah ke?? makan pasir bukan makan nasi ke?? jelas kan sikit wahai putera merdeka, kami tak paham kerajaan tuan nak bawakan untuk kelantan.
    yang benar abg din.

    BalasPadam
  17. Saudara PM,
    Kalau buat kerja tak betul, robohlah, ianya berlaku semasa pemerintahan Umno, dari mana datangnya projek tersebut?, siapa yang beri tender, bagaimana tender itu diberikan? itu semua saling kait mengait antara satu sama lain jika berlaku sesuatu. Itu menunjukan ada benda yang tak kena, baik dari segi perlaksanaannya. Kalau Umno menjalankan sesuatu itu dengan tulus tanpa ada unsur2 tertentu, mungkin kejadian seperti ini boleh dihindarkan. Jangan pula cuba lari dari tanggungjawab, mana2 yang terlibat perlu bertanggungjawab dan perlu letak jawatan dan perlu disiasat dengan tulus jgk.

    Harakah menulis berdasarkan bukti, buka main tuduh macam Umno. Kita semua sedar dari dulu lagi Umno menggunakan seluruh jentera kerajaan untuk kepetingan politik, termasuk RTM, Polis, SPR, jabatan pendaftaran dll. Ini semua jabatan kerajaan, adalah salah umno menggunakan ajensi ini untuk politik mereka. Kalau PM nak tahu, gaji agensi kerajaan tu dibayar oleh pembayar cukai negara ini, bukannya ditaja oleh umno. maknanya semua rakyat berhak menggunakannya, mengguna dengan maksud cara yang betul, bukan menyalahkan kuasa.

    Kalau itu yang berlaku umno telah melakukan pemyelewangan kuasanya untuk kepentingan sendiri. itu salah bro. Itu sebab mengapa umno kalah di Kelantan, kalau nak tipu orang lain boleh, tpi bukan orang Kelantan. Sebab orang Kelantan tidak bodoh. Orang Kelantan Rasional.

    Kalau itu fitnah, sila kemmukakan saman, buat laporan polis, kita cabar lu Bro.

    BalasPadam
  18. salam abe din,
    nampaknya saudara cuba untuk menutup mata dan memekak kan telinga, jangan lah kerana taksub berpolitik maka kita sanggup membiarkan anak isteri dan keluarga menerima taraf hidup yang lebih baik, asas kehidupan yang lebih baik seperti yang kerajaan BN tekankan ialah air, api, sekolah, kesihatan, pendidikan, jalanraya, perhubungan awam dan keselamatan yang perlu di titik beratkan walau semahal manapon kos nya. Itu tak perlu berjalan terbalik bang Din untuk dapat hanya dengan mengundi BN sahaja.
    terima kasih

    BalasPadam
  19. salam ziarah
    apa pun...marilah kita bersama mempertahankan kemakmuran negara...TAKBIR!!!ALLAHHU AKBAR!!!!

    BalasPadam
  20. salam kertas,
    pertama bukan sahaja rakyat kelantan malah semua orang dah semakin cerdik dan tidak mudah untuk diperbodohkan...tak tau la kertas..
    soal pembangunan dan urusan nya itu tak perlu lah kita bahaskan kerana 1. kita tak terlibat
    2. kita takde bukti yang ada nya penyelewengan
    3. kita tak nak buat dosa kering untuk menuduh tanpa usul periksa
    4. kita bukannya bodoh yang boleh disumbatkan dengan pelbagai pembohongan hanya kerana taksub berpolitik...kita rasional..
    sekarang pun kita dah ada SPRM jadi biarlah mereka menjalankan tugas dan sekiranya wujud sebarang kesalahan yang boleh di ambil tindakan penulis orang pertama yang bersetuju dengan tindakan tersebut... sekali lagi kerana penulis rasional..tak tau la kertas..
    soal Kemas membuat pemantauan pengundi tu memang kerja dia la macam PAS buat semakan melalui JK mereka di Manik Urai sekarang. Sekadar nal mengetahui kedudukan pengundi itu jer tak lah sampa merampas IC.. itu fitnah
    Tak kuasa nak sama menyaman ni sebab kalau mahkamah buat keputusan yang berpihak kepada PAS, maka adil lah mahkamah tapi kalau sebaliknya....satu dunia tahu...Jadi mahkamah dan keadilan hanya tertegak dan berdiri atas kehendak hati dan perasaan bukannya keadilan sejati dan hakiki...
    terima kasih

    BalasPadam
  21. Abg din tak tutup telinga dan mata, sebab buka dan lihat lah abg din bg tau, kalu kedua-duanya ditutupkan abg din buat bodoh je apa mereka buat, betul tak?
    Abg din rasa semua api,air,sekolah,jalan dan lain-lain lg adalah tanggungjawab setiap kerajaan memerintah, jikalau PAS jadi kerajaan,maka menjadi tanggungjawab mereka pula tidak kisahlah semahal mana kosnya. Tanggung jawab kerajaan adalah untuk rakyat. Nasib rakyat abg din rasa bergantung kepada kerajaan memerintah, cuma abg din sedikit kesal dengan org Bn ni, kerna mereka lebih mementingkan kekayaan dan kesenanagan dunia semata-mata, abg din berpendapat saudara PM tidak sebegitu.

    BalasPadam
  22. salam abg Din,
    rasanya dah ada persamaan dah tu...cuma sebagai anak menantu dari orang tua di Jeli, penulis tahu sangat akan kedaifan hidup di ceruk yang jauh terpisah dengan arus kemajuan di bandar. Apatah lagi hidup bernaung di bawah kerajaan yang banyak berslogan tentang agama tetapi amat sedikit bertindak untuk mengamalkannya.
    Sekurang2nya apa yang dibawa oleh BN nampak dan dirasai dalam manambah baik taraf hidup rakyat. Kan ke itu yang dituntut oleh agama?
    Soal 'orang' tu penulis tak mahu komen kerana sesiapa juga yang ada kuasa sama ada BN atau PR boleh kita lihat dan dengar sejauh mana mereka menyalahguna kuasa yang ada...
    dan kalau benar pon penulis tak gusar jauh sekali cemburu kerana kita yakin adanya hari pembalasan bagi tiap-tiap tangan yang melakukan sesutau...tak gitu?
    terima kasih

    BalasPadam
  23. memanglah abg din pon merasainya kedaifannya, bukan kelantan je malahan abg din pernah duduk diparit raja johor tempat kubu kuat parti biru tuan ni kadang-kadang abg din rasa nasib mereka lebih teruk dari nasib kami dekat sini. Soal pembangunan luar bandar menjadi tanggung jawab bersama kementerian luar bandar, sedangkan prihal pengerusi KADA dengan kehilangan wang PPRT masih tidak terjawab. Walaupon kerajaan pusat telah bg peruntukan ada org tertentu yang menyalah gunakannya. jika kita lihat isu sekarang ni, pasal BI, abg din rasa kerajaan putra nak bunuh org kampg ni. walaupon dia tahu jika BI diwajibkan maka ramai ank kg tidak lulus SPM, abg din rasa ini bukan satu kemajuan tapi kemusnahan.

    BalasPadam
  24. sabar...belom lagi ada keputusan tu abe din..muhyiddin hanya layangkan tajuk nyer ajer.. minta rakyat bagi cadangan...jangan silap dengar atau emosi..sila lah berikan pendapat dan pandangan berkenaan perkara itu seluas-luasnya...
    soal duit KADA dan lain-lain tu..penulis tak de bahan untuk dikongsi tapi setakat ni ada ker pendakwaan yang dibuat? kalau belom abe din jer la gi report agar kebenaran dapat tertegak...
    salam

    BalasPadam
  25. itu lah abg din bukan tak sabar, tapi abg din tak nak isu ini jadi macam PPSMI,mula-mula memanglah menteri cakap mulut je. Sepatutnya dasar pendidikan jangan banyak sangat perubahan, bukan sahaja pelajar malah guru2 pon naik pening. Setiap menteri berubah, dasar pendidikan pon berubah, bukankah itu satu pembaziran masa dan tenaga, dulu SPM terbuka sekarang nak tutup kasi 10 pulak. Abg din rasa kalau macam ni lah gayanya parti kamu bungkus ni.Pasal PPRT itu kisah lama, dah banyak aduan dibuat, biarlah kami org kelantan telan kepahitannya. Saudara Abg din mahu mengajak saudara putera sama-sama kita berhijrah demi kebaikan, dan putra sendiri mengetahui saat kehancuran ideologi saudara fahami sekarang, berhijrahlah untuk kebaikan bukan untuk kemusnahan

    BalasPadam
  26. salam abe din, terima kasih atas seruan cuma bagi penulis rasanya penulis dah lama berhijrah jiwa dan minda agar tidak terperangkap dengan semangat politik taksub dan sempit seperti yang dibawa oleh PAS selama ini.
    soal pendidikan ni hal penting maka kerajaan BN pusat tentunya akan mengambil segala maklum dengan penuh hati-hati agar cara perlaksanaan ppsmi yang lemah itu dapat diatasi serta tidak mencipta masaalah baru.
    terima kasih

    BalasPadam
  27. abg din tak tau lah sama ada hijrah kamu itu tepat tau tidak, hanya tuhan mengetahui segalanya, tapi abg din hairan dengan kamu kenapa kamu katakan PPSMi itu lemah dan sedang berusaha untuk tidak mencipta masalah baru? sepatutnya kamu berbangga dengan kekuatan dan kebitaraan PPSMI,itu lah perangcangan yang tidak mengikut pandangan dan kajian yang menyeluruh. Abg din bukan taksub atau tersempit dari pemikiran anutan dan bukan bersikap glokal, tapi sekadar fikiran rakyat jelata yang disangkal kebenaran dan ketelusannya

    BalasPadam
  28. tidak semua yang kita rancang dan buat mesti baik dan perfect...adat la kalau ada salah silap, yang paling mustahak ialah kita mengakui kelemahan dan berusaha untuk memperbaikinya.
    itu yang dituntut...
    kalau gitu maknanya ramai lah rakyat yang masih diterima pendapat dan mengakui kebenaran dan ketelusan kerajaan BN kerana BN tetap dan masih utuh memerintah negara.dulu, kini dan selamanya Insyaallah...
    terima kasih

    BalasPadam
  29. Betul, tidak semua sempurna, tapi kerajaan BN susah dan sukar untuk menerima kesilapan yang mereka sendiri bawakan.Abg din rasa bangga kerana putra mengakui kelemahanya dan berusaha memperbaikinya. jadi abg din rasa kerajaan putra alangkah indahnya dapat memperbetulkan dulu PPSMI seperti yang di alu-alukan golongan pejuang bahasa sebelum membawa lagi satu cadangan yang belum tentu ada kesudahannya selagi teteguhan memerintah itu diberi-Nya.

    BalasPadam
  30. sedang di perbetulkan...dan berusaha agar tidak mengulangi kesilapan
    terima kasih abe din

    BalasPadam
  31. abg din harap pembetulan itu harus disegerakan, jangan menunggu pisang berbuah kali kedua.UMNO sebagai pejuang bangsa dalam keadaan sebegini abg din rasa putralah diantara orang-org yang sepatutnya berada pada barisan hadapan mempertahankan bahasa melayu,jika tidak abg din rasa tak usahlah umno atau barisan biru tua impikan kejayaan di manek urai, kerna disitu tempat org-org yang UMNO mahu perjuangkan, kalau bahasa pon UMNO takboleh membela apatah lagi tuannya.

    BalasPadam
  32. Insyaallah dan berdoa agar terus cekal, berani dan tabah untuk mendepani pelbagai cabaran yang mendatang....
    terima kasih

    BalasPadam
  33. Doa sahaja tak guna putra, kena jalankan kata-kata. Abg din takut org umno ni indah dimulut je. pedih untuk melaksana. Sudah-sudah lah putra kembalilah kejalan yang benar,

    BalasPadam
  34. astagfirullahalazim abe din tak baik sangka buruk, doa kan wajib, tentulah disusuli dengan tindakan...sedangkan tindakan kita ni pun digerakkan oleh sifat maha iradat yang maha pencipta...penulis harap memang berada di jalan yang benar dan dalam hal ni abe din dah jelas kena kembali ke jalan yang benar..
    terima kasih

    BalasPadam
  35. Bukan sangka buruk, tapi dari pengalamn memang macam tu lah sikapnya, indah khabar je. Kalu projek je Kroni, pastu mula lah runtuh sana , runtuh sini. abg din rasa sepatutnya purta tukar tajuk artikel ni bukan Bn menang Moral tapi sudah kecelaruan Moral, apa tidaknya asyik kalah je dalam PRK. betulkan putra.

    BalasPadam
  36. masaalahnya kalau semua yang datang dari UMNO dan BN kroni tapi bagi PAS tak pulak kalau beri jawatan dan tempat kepada menantu dalam GLC negeri? dan banyak lagi yang telah, sedang dan akan berlaku di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang.
    Hakikat bahawa UMNO dan BN yang terus mengungguli Pilihanraya sejak 1955 hingga kini dan akan datang jangan pulak diletakkan di bawah karpet abe din...
    terima kasih

    BalasPadam
  37. kena tau kelantan ada 2 satu perbadanan kemajuan iktisah negeri satu lg perbadanan Menteri besar kelantan lain tu, jgan main sebut je. Tak semestinya Unggul dari tahun 1955 tak kan tak akan kalah dalam PRU 13,

    BalasPadam
  38. tau sama tau la abe din...Insyaallah UMNO dan BN akan bangkit dan mencapai kemenangan besar dalam PRU 13 nanti dan ianya bermula dalam PRK Manik Urai Insyaallah...amin doakan yer

    BalasPadam
  39. N41 ni akan menjadi satu titik hitam buat UMNO, abg din pasti, percayalah. N41 kubu PAS sukar untuk ditembusi walaupon dengan beberapa projek mee@meegi segera.

    BalasPadam
  40. sila...kekal lah dengan kepastian anda kerana yang perlu berlaku pasti akan berlaku...
    salam

    BalasPadam