Rabu, 16 Januari 2013

Air Untuk Kita Hidup..Air Juga Buat Pembangkang Mati..!


Ahaa...belum teruk sangat berbanding Kelantan..! Rupanya air lah penyebab pakatan haram akan kehilangan kuasa di Selangor, di Kelantan kerana rakyat dah muak dengan air lumpur pork nick..dan juga di Kedah kerana habis hutan balak yang menjadi kawasan tadahan hujan bagi menyalurkan air ke kawasan pertanian dan penanaman padi bakal menerima padah..!

Bagi kita manusia normal.. air lah sebagai sumber kehidupan.. kita juga tercipta dari setitis air, tapi kalau jenis puak ni yang suka membazir air ke ponggong jantan dan pelacur china tak heran mereka tak pernah menghargai keperluan asas ini jauh sekali mensyukuri nya...

Cuba kita baca pelan pelan...dan fahamkan...tentu kita kenal dan memahami bahawa air bagi pembangkang macam Khalid gagap sekor ni mesti cuma ada di kepala jer..! tak gitu?

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) Sdn Bhd hari ini menyangkal dakwaan beberapa pemimpin Kerajaan Negeri Selangor yang melemparkan tuduhan tidak berasas ekoran gangguan bekalan air di sekitar Lembah Klang.
  
Pengarah Eksekutif Pembangunan Teknikal Syabas Ir V.Subramaniam berkata, gangguan bekalan air berpunca daripada kerosakan pada rumah pam di Wangsa Maju terpaksa beroperasi melebihi kapasiti reka bentuk bagi memastikan pengguna mendapat bekalan air.
  
"Keengganan Kerajaan Negeri Selangor meluluskan projek Loji Rawatan Air Langat 2 dan kelewatan pembangunan sistem pam tambahan menyebabkan Syabas terpaksa menguruskan rumah pam ini pada tahap 'overload' untuk memenuhi permintaan yang tinggi," katanya pada sidang media di sini hari ini.
  
Hampir setengah juta pengguna di 90 kawasan termasuk Jalan Semarak, Kampung Pandan, Kampung Baru Ampang, Taman Hillview, Ampang Saujana, Bandar Baru Ampang, Desa Setapak dan Wangsa Melawati terputus bekalan air sejak 29 Disember lepas.
  
Subramaniam turut menyangkal kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang mendakwa kerajaan negeri telah mengetahui masalah kerosakan rumah pam Wangsa Maju dan pernah menegur Syabas lebih awal.
  
"Kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan sebarang teguran sama ada bertulis ataupun lisan kepada Syabas berhubung masalah rumah pam.
  
"Pada Mac 2012 kerajaan persekutuan mengambil keputusan untuk meluluskan cadangan itu (sistem pengepaman) dan memberi pinjaman kepada kerajaan negeri Selangor namun sehingga hari ini pembangunan sistem pam tambahan oleh kerajaan Selangor masih ditahap reka bentuk," katanya.
  
Sementara itu Subramaniam berkata, Syabas mempunyai rekod dan statistik yang menunjukkan bahawa pam di Wangsa Maju beroperasi melepasi 200 juta liter sehari (JLH) sebanyak 2,023 kali sepanjang tahun 2012 dan bukan 18 hari seperti yang didakwa Khalid.
  
Syabas turut menafikan dakwaan beberapa pemimpin pembangkang yang menyifatkan gangguan bekalan air yang berlaku sejak 29 Disember lepas adalah kegagalan daripada pihak Syabas.
  
Subramaniam turut menafikan dakwaan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dalam laporan media tempatan baru-baru ini yang menuduh Syabas gagal menyediakan pelan sokongan bekalan air mencukupi kepada penduduk dan tidak mempunyai pelan kecemasan untuk mengatasi masalah ini.
  
"'Back-up' bekalan air wujud dengan adanya kapasiti rezab bekalan air terawat yang mencukupi. Tanggungjawab bagi menyediakan rezab kapasiti bekalan air terawat yang mencukupi adalah pada kerajaan negeri. Situasi di kawasan Gombak dan Kuala Lumpur boleh dielakkan jika bekalan air terawat mencukupi," katanya.
  
Beliau menegaskan belum pernah terjadi keadaan yang mana sebuah kerajaan negeri menghalang kerja penambahbaikan perkhidmatan yang memberi manfaat kepada rakyat.
  
"Tindakan kerajaan negeri menghalang program menaik taraf, membaik pulih, menggantikan dan menjalankan projek baru sistem agihan bekalan air menerusi Pembekuan Perbelanjaan Modal (Capex) Syabas adalah tidak wajar," katanya.
  
Beliau juga melahirkan rasa kecewa terhadap kerajaan negeri yang memegang 30 peratus ekuiti dan mempunyai wakil dalam Lembaga Pengarah Syabas memberi galakan kepada pengguna untuk memfailkan tuntutan terhadap Syabas.
  
"Kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang dan Kerajaan Prihatin negeri, Dr Xavier Jayakumar yang mengatakan Kerajaan Negeri bersedia menjadi saksi kepada pengguna memfailkan tuntutan terhadap Syabas adalah tidak wajar.
  
"...sedangkan ketidakupayaan dan kekangan yang dihadapi Syabas adalah disebabkan halangan kerajaan negeri daripada meluluskan projek-projek di bawah program Capex seperti yang dicadangkan oleh Syabas," katanya. - Bernama

LU FIKIR LA SENDIRI!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan