Rabu, 5 Februari 2014

Khalid Gagap Lembik Berbanding Anwar..!


Dalam Anwar berkuntau mengelak untuk bercakap isu bakal merampas kerusi Menteri Besar Selangor, terpacul juga keinginannya itu apabila berkata…


"Jika saya jadi MB," katanya sambil menegaskan perkataan 'jika', "ia adalah sementara sebelum saya jadi perdana menteri."

Pertemuannya dengan Malaysiakini semalam berlangsung di antara siri wawancara media-media lain.

Malah, baju kemeja rona merah jambu berjalur di batang tubuhnya tidak mampu menyorokkan riak keletihan pada wajahnya.

Namun, keletihan itu tidak menggugah pemain politik veteran seperti Anwar daripada membuat kenyataan yang tidak diperlukan - iaitu jawatan tersebut hanyalah batu loncatan dan Khalid adalah satu lagi bidak catur dalam perjalananya ke puncak perdana.

Anwar sebaliknya melukiskan gambaran lebih lunak tentang persahabatan dan politik.

Khalid katanya, adalah seorang kawan yang baik tetapi Selangor memerlukan "kekuatan politik".


Siapa yang perlukan kekuatan? Selangor dah masuk 2 penggal diperintah oleh Khalid..! diperintah oleh PKR@pembangkang jadi kenapa pulak Selangor memerlukan kekuatan?

Anwar yang sebenarnya memerlukan kekuatan Selangor..! Jelas bahawa Anwar hanya mahu menjadikan jawatan MB sebagai batu loncatan untuk mencatur politik binatang untuk dirinya..!

Sampai bila la hamba sahya PKR dan hamPAS nak sedar..!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Komen