Selasa, 31 Mac 2015

Harga Minyak Tak Naik..!


Jangan dengar khabar angin..!

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel bagi April 2015 kekal pada harga bulan Mac, demikian menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini.

Sehubungan itu, harga RON95 tidak berubah pada RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter, dan diesel pada RM1.95 seliter.

Ia akan berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 April, kata jurucakap kementerian itu ketika dihubungi Bernama.

Namun begitu, menurut jurucakap itu, RON97 tidak dikecualikan daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6.0 peratus.



Lu Fikir La Sendiri!!!

Polis Beriya Iya..! AG Buat Bodo Ajer..!


Tangkap..lepas..! Tangkap lepas..! Tangkap lepas..! 

Lepas..tangkap..! Lepas tangkap..! Lepas tangkap..!

Tangkap tak lepas lepas..! ATAU Lepas tak tangkap tangkap..!

Selepas menahan editor portal berita The Malaysian Insider (TMI), polis hari ini turut menahan penerbit The Edge yang memiliki kepentingan dalam TMI, Ho Kay Tat dan Ketua Eksekutifnya, Jahabar Sadiq mengikut Akta Hasutan.
 
Kedua-duanya ditahan mengikut akta itu kira-kira jam 11 pagi tadi ketika hadir ke IPD Dang Wangi untuk memberi keterangan susulan penahanan tiga editor TMI semalam. 
 
Kay Tat merupakan penerbit dan CEO kumpulan The Edge Media Group, yang memiliki kepentingan dalam TMI. 
 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penahanan itu menerusi laman mikro Twitternya @KBAB51.
 
"PDRM sahkan jam 1100 pagi ini telah tahan dua orang lagi kakitangan TMI untuk bantu siasatan.
 
"Tiada toleransi kepada sebarang aktiviti menghasut," katanya.
 
Semalam, tiga editor kanan portal berita itu ditangkap untuk siasatan di bawah Seksyen 4, Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
 
Mereka ialah editor urusan, Lionel Morais, editor berita edisi Melayu, Amin Iskandar dan editor rencana, Zulkifli Sulong.

Polis dah buat kerja...Peguan Negara buat apa pulak?

Buat bodo jer ke..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Kurang Ajar..!


Pemimpin pembangkang di Perak bersikap kurang ajar apabila memakai pakaian serba hitam dan tidak bersongkok ketika perasmian sidang DUN pagi tadi.
Tambahan pula, sidang DUN kali ini merupakan hari bersejarah kerana pertama kali Sultan Nazrin Shah merasmikan sidang DUN selepas diangkat sebagai Sultan Perak.

Kena Daulat nanti..!

Kome tengok ajer ler yop..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Syabas..!

3 Malaysian Insider editors arrested


The police have arrested three The Malaysian Insider editors to assist investigations over an article published last week.



The three are managing editor Lionel Morais, Bahasa Malaysia features and analysis editor Zulkifli Sulong and Bahasa Malaysia news editor Amin Iskandar.




On Thursday, Inspector General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar tweeted on his @KBAB51 account that the police would be calling in the editor-in-chief of The Malaysian Insider over articles published by the portal.



The portal had uploaded an article saying that the Conference of Rulers had rejected proposed amendments to the Shariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act 1965 during a meeting on March 11.



The article, which quoted sources had said that the rejection of the amendments to the federal Act were made at a meeting which was attended by all Malay rulers or their representatives.



However on Thursday, it was reported that the Keeper of the Rulers' Seal Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad had denied issuing any statement on hudud in Kelantan and had lodged a police report to seek a police investigation into the matter.



Lu Fikir La Sendiri!

Isnin, 30 Mac 2015

Hadi Pun Blur..!


Dah tak pasti..! dah tak tahu..! Tunggu apa lagi..!!! Jangan jadi bengong pulok..!

Susulan keretakan gabungan pakatan pembangkang dalam isu hudud, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih berteka-teki mengenai nasib parti itu bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Mengakui parti itu berhadapan laluan sukar dalam menegakkan undang-undang Islam ketika bersama gabungan pakatan pembangkang, Hadi berkata beliau tidak berupaya menentukan masa depan Pakatan Rakyat.
"Masa hadapan, saya tidak tahu," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang kepada pemberita ketika ditemui di bangunan Parlimen di sini, Isnin.
Ini yang dikatakan orang...bengongbengong.com.
Lu Fikir La Sendiri!!!

Komunis Memang Benci Polis..!


Dasar komunis bangsat..!

Dewan Rakyat hari ini menolak usul tergempar memecat Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang dibawa oleh Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) berikutan kebimbangan wujudnya penyalahgunaan Akta Hasutan.

Keputusan itu dibuat Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di dalam kamar beliau hari ini.

Dalam kenyataan keputusan itu, Pandikar berkata, tindakan Khalid adalah di bawah bidang kuasa yang diberikan kepadanya bagi memastikan keamanan dan keselamatan negara terjamin.

"Saya telah meneliti perkara yang dibangkitkan oleh yang Berhormat (MP Bayan Baru)  dan mendapati bahawa tindakan yang diambil oleh Ketua Polis Negara adalah dibawah bidang kuasa yang diberikan kepadanya mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada bagi maksud keselamatan negara dan ketenteraman awam.

"Oleh yang demikian, perkara ini tidak perlu disegerakan," katanya.

Tze Tzin pada Rabu telah mengemukakan usul menggesa Khalid dipecat kerana didakwa menggunakan Akta Hasutan begi menahan ahli-ahli Parlimen khasnya pembangkang.

LU Fikir La Sendiri!!!

Old Newspaper Seekor Komunis Apek..!


Komunis mana ada kerja lain..! janji palsu..! fitnah dan siri pembohongan..! itu makanan komunis supaya terus bernafas..!

Apek komunis ni pun bukan baru..! laaamaaa dah..! 


Kini, apek komunis mengulang nyanyian..! old nesw paper..!

Veteran DAP Lim Kit Siang mencadangkan beberapa senarai pemimpin dari Sabah dan Sarawak yang berpotensi untuk mengetuai negara ini sekiranya gabungan 'Selamatkan Malaysia' ditubuhkan.

Menerusi kenyataan pada Ahad, Lim berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim dari Sarawak adalah antara pemimpin yang layak menduduki kerusi itu.

Selain itu Lim juga mencadangkan pemimpin Sabah, iaitu Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirli dan Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dari Sarawak.

"Orang Sabah atau Sarawak juga boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia jika gabungan ini berhasil selepas PRU-14 nanti.

"Walau bagaimanapun calon berkenaan mestilah menjadi Ahli Parlimen pada masa ini. Jika kerajaan campuran ini mendapat sokongan majoriti daripada 222 Ahli Parlimen, maka akan ada seorang Perdana Menteri yang baharu," katanya.


Janji komunis ler katakan..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Hasan Malek Perlukan Pembedahan Lutut..?


Dalam keriuhan menyambut GST yang tinggal sehari ni..! tiba tiba Menteri KPDNKK buat kenyataan..!

Esok nak kenduri..! tiba tiba kata..daging takde..lembu masih dalam hutan..! khemah tak da nak dipasang..! 

Menteri ni kerja main main ke atau main main kerja..!

Otak dah tak tertampung di kepala..itu yang turun di kepala lutut..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Ahad, 29 Mac 2015

Penyakit Umat Islam Akhir Zaman..!


Benar sebenar benarnya..!

Layan...

SEBUAH hadis yang diriwayatkan dari Thauban r.a bahawa Rasullullah SAW telah bersabda dengan mafhumnya:
“Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”
Maka para sahabat r.a. pun bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?”
Sabda Baginda SAW:
“Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.”
Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?”
Jawab Rasulullah s.a.w.:
“Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.”
Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu al-Wahn?”
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Cintakan dunia dan takut akan kematian.”
(HR. Ahmad, Al-Baihaqi, Abu Dawud No. 3745)
Demikianlah baginda SAW membongkar sebuah penyakit yang dinamakan sebagai ‘al-wahn’ iaitu LEMAH. Al-Wahn yang pada asalnya menyerang pada individu dan penyakit itu kemudiannya merebak akhirnya menjadi sebuah wabak iaitu penyakit masyarakat.
Penyakit yang boleh menghancur serta meruntuhkan kekuatan dan kestabilan sesebuah masyarakat, menjatuhkan kehebatannya, menghilangkan kewujudannya. Dari sebuah bangsa atau masyarakat yang merdeka dan bermaruah ia menjadi masyarakat yang melutut di hadapan bangsa lain dan dipergunakan oleh bangsa asing. Dan akhirnya jadilah seperti hidangan yang diterkam oleh mereka yang pelahap. Mereka berkumpul di sekeliling hidangan itu untuk mereka berkongsi dan menghabiskannya.
Penyakit inilah yang melanda kepada masyarakat dan negara Islam .. dahulu dan sekarang. Nabi SAW seolah-olah menggunakan teropong ghaib.. hadis yang diucapkan lebih 1,400 tahun dahulu memperlihatkan dan menggambarkan keadaan umatnya selepas ketiadaan baginda SAW yang dimamah oleh bangsa penjajah dan musuh di tanah air mereka sendiri. Tanah air mereka dibahagi-bahagi, harta kekayaan dan hak milik mereka dirompak.
Mereka dijajah dan terus dijajah. Mereka dipaksa untuk menerima perjanjian yang kononnya menjanjikan keselamatan dan kekayaan. Maka akhirnya musuh memaksa umat agar menerima pemikiran mereka yang kotor dan rendah, prinsip hidup yang kononnya maju dan terkehadapan, nilai-nilai dan undang-undang rekaan Barat.
Musuh menyerang umat pada pemikiran, thaqafah, politik, ekonomi dan kesemuanya. Hingga akhirnya umat Islam itu hilang identiti mereka, tidak kenal pada diri sendiri, tidak tahu apakah kapal yang mereka naiki. Umat lena ditiup angin yang menidurkan mereka.
Akhirnya mereka tidak sedar bahawa bendera mereka telah dijatuhkan sedang mereka hanyut di lautan luas di dalam kegelapan yang bertimpa-timpa yang sekiranya jari mereka diangkat tidak ada seorang pun yang akan nampak dek kegelapan yang dicipta oleh musuh pada mata-mata dan hati-hati mereka .
Walaupun mereka ramai…ramai dan ramai seperti buih di laut. Buih yang kelihatan banyak ketika ombak menghempas tetapi akan hilang dan pecah bila air menyurut dan dihempas ombak yang mendatang. 
Inilah yang telah berlaku dan sedang berlaku.

Akan tetapi hadis ini bukanlah bertujuan untuk membawa umat supaya ‘reda’ dengan apa yang berlaku. Hadis ini adalah satu peringatan dari baginda s.a.w supaya umatnya berhati-hati dengan sebab yang membawa kepada kejatuhan ini iaitu al-Wahn … penyakit yang cintakan dunia dan takutkan mati. Penyakitnya satu iaitu –al-wahn’ tetapi sifatnya dua iaitu ‘cintakan dunia dan takutkan mati’ dan kedua-duanya sentiasa bersama. 
Al-Wahn : Cintakan Dunia Dan Takutkan Mati
Baginda SAW dengan jelas menyebut penyakit ‘al-wahn’ (LEMAH) sebagai penyakit yang bahaya. Bermakna mereka itu ‘LEMAH’ apabila cintakan dunia dan takutkan mati.

Bergantung dengan dunia, terfitnah dengan keindahannya, mengejar bayangannya, tamak padanya. Penyakit al-wahn akan menyebabkan seorang muslim itu berlumba-lumba untuk mendapat kesenangan di dunia dengan menggunakan apa cara sekalipun untuk memenuhi nafsunya yang akhirnya akan melahirkan seorang yang bersifat ‘mementingkan diri sendiri’. 
Sikap mementingkan diri sendiri ini sangatlah bahaya. Ia tidak mempedulikan apa yang berlaku di sekelilingnya. Tidak kisah langsung dengan kesusahan dan kesengsaraan orang lain. Ia melahirkan serang yang tidak sensitif dengan permasalahan masyarakat dan hidup dalam kepompong sendiri.
Akhirnya ia menganggap dunia sebagai matlamat yang perlu dikejar dan berasa seolah-olah akan hidup kekal di dalamnya.
Cintakan dunia mematikan sifat jihad… jihad diri, jihad amal, jihad ilmu yang bersifat jihad fi sabilillah. Apa yang hanya difikirkan adalah dirinya.. dirinya dan dirinya sahaja. Poketnya dan kekayaannya. Langsung tidak mahu memikirkan tentang masalah sekeliling dan masalah ummah.
Itulah penyakit al-wahn iaitu LEMAH. LEMAH jiwa dan hatinya. LEMAH cita-cita dan harapannya. Tidak ada sifat perjuangan dan perlumbaan. Yang akhirnya akan menyebabkan umat Islam menjadi hidangan yang dikerumuni musuh untuk dilahap.
Bila hati telah dipenuhi dengan cinta dunia.. maka tiada ruang untuk akhirat di dalamnya. Ia juga tidak mahu memikirkan tentang mati kerana ia hanya akan memutuskan semua angan-angan tentang kesenangan di dunia.
Maka kerana itulah baginda s.a.w mengingatkan agar kita sentiasa mengingati mati. Kerana ia adalah ubat terbaik untuk memutuskan keghairahan dan cinta keterlaluan terhadap dunia yang sementara.
Inilah hakikatnya yang dimahukan oleh musuh-musuh Islam. Mereka tidak mahu kita kuat. Mereka tidak mahu kita gagah kerana mereka tahu umat Islam itu sekiranya kuat umat Islam, mereka akan menguasai dunia seperti mana yang pernah berlaku dalam lipatan sejarah. Kekuatan Salahuddin al-Ayyubi, Muhammad al-Fateh dan ramai lagi adalah sejarah yang mereka tidak mahu kita ulangi. Maka kita disogokkan dengan perkara-perkara yang melalaikan.
Kehidupan Dunia Yang Didambakan
Jelas dalam sebuah hadis baginda SAW;
“Berbahagilah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya sehinggalah ia beroleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia hingga dia terhalang dari melakukan amalan untuk akhiratnya dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya.” (Riwayat al-Hakim)

Untuk itu…
•Jadilah kita umat yang kuat. Kuat bertenaga dan sentiasa merasa bangga dan mulia dengan agama. Ramai dan berkualiti. Berjati diri tinggi dan punyai harga diri.

•Jauhi penyakit al-wahn (lemah). Cintakan dunia dan takutkan mati. ‘Al-wahn’ yang pada asalnya penyakit individu akan tetapi akan merebak akhirnya menjadi sebuah wabak iaitu penyakit masyarakat jika tidak dibendung. Penyakit yang melemahkan masyarakat, menjatuhkan kehebatannya, dan menjadikan sebuah bangsa atau masyarakat yang merdeka dan bermaruah kepada masyarakat yang melutut di hadapan musuh.
Ustazah Suriani Sudi
Timbalan Ketua Wanita ISMA

Lu Fikir La Sendiri!!!

Sabtu, 28 Mac 2015

Perang hamPAS vs DAPig Akan Berakhir Jika..!


Jika benar DAPig tidak perlukan hamPAS..! Jika benar hamPAS berjuang atas nama agama..! Tunggu apa lagi..!

Malah kalau dilihat drama demi drama yang berlaku seakan sudah tidak dapat lagi diselamatkan persekongkolan mereka..!



wayang mengaburi pengundi sarawak yang bakal menghadapi pilihanraya negeri


Kata murSHITdol hamPAS lama..!

Kata yang baru pula...


Maknanya sudah tiada esok bagi mu DAPig..! cuma bila esok tu nak tiba..! Kalau diperhatikan di Selangor apakah boleh terjadi..


Jika...


Itu yang DAPig hanya mahu membuang Hadi tapi bukan hamPAS..! Demi kelangsungan politik sonsang mereka..!

Soalnya apakah kuda belang hamPAS perasan, tahu, perasan dan berakal untuk bertindak atas penghinaan DAPig kepada mereka..!

Jika ada akal dan maruah pasti boleh berlaku..!
Soalnya...Boleh berlaku ke?


Lu Fikir La Sendiri!!!

TANGKAP LEPAS..! ATAU LEPAS TAK TANGKAP TANGKAP..!

Lama sangat dah kerajaan melayan..!


Puak ni dah terlalu biadap dan berasa bebas melakukan jenayah..! 


Berambus ke lokap ler..! patut dah lama kena rembat harami ni..! Mad Sabu pun dah kena..

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ditahan pada malam Jumaat ketika sedang makan malam di sebuah restoran di sini.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dibawa ke balai polis Seberang Jaya.


Biar dia melompat berguling di dalam lokap pulak..! hidup menyusahkan masyarakat jer..!

Lagi satu berita...


Polis akan memanggil bekas Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong kerana membuat kenyataan menghasut dan mengelirukan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ia dipercayai berhubung kenyataan Leong bulan lalu tentang penghakiman ke atas kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Khalid dalam sebuah posting di Twitter, telah mengesahkan menerima laporan tentang kenyataan tersebut dan memaklumkan akan memanggil Leong berhubung perkara itu.

Jangan pulak tangkap..! lepas..! tangkap lepas..! lepas tak tangkap tangkap..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Video Penyelesaian Isu GST Sudah Tiba..!


Tak payah susah payah menjelaskan isu GST rupanya..! dengar nyanyian ni terus rakyat suka dan menyanyangi sistem percukaian baru ni..!

Tak gitu Mad muncung?


Sahabat pegawai kastam ada sebut..dia pun  geli tengok video kengkawannya tu..!

Senonoh sikit boleh tak?

Lu Fikir La Sendiri!!!

HOT ~ Ahli Parlimen Tampin Berpesta..!


Siapa tak kenal Ahli Parlimen Tampin Dato' Seri Shaziman Abu Mansor..! Bekas Menteri yang ditawarkan jawatan tapi menolaknya..! kenapa? Orang politik yang mengenali beliau tahu kenapa Shaziman menolak jawatan Menteri walau dipujuk supaya menerima tawaran tersebut..! Cerita tu kita buka di chapter yang lain..!

Bagi sesetengah pemimpin muda yang sebaya dengan Shaziman pasti sudah meniarap mencium kaki Najib jika ditawarkan jawatan sebegitu..! Itu orang lain dan bukannya Shaziman..! Ramai pemimpin tahu bahawa Shaziman bukannya penyapu yang suka mengampu..! Bagi sesetengah pemimpin Shaziman bermulut laser..! 

Berterus terang..! Itu la sikap dan disiplin yang diamalkan oleh Ketua UMNO Bahagian Tampin yang juga Ahli Parlimen Tampin bagi penggal ke 4. Mungkin tak ramai mengetahui bahawa rekod Shaziman bertanding sejak 1999, 2004, 2008 hingga 2013 menunjukkan peningkatan undi dari 21.944, 23.936, 24.022 dan 29.390 undi. 

Dalam keadaan orang lain menunjukkan kemerosotan undi dan BN sendiri dari 140 kerusi hanya mampu bertahan dengan 133 kerusi...Shaziman mampu meningkatkan undi..! kenapa? kerana sikap berterus terang yang ada pada dirinya menyebabkan rakyat Tampin menyenangi style kepimpinan beliau.

Contoh terbaru bagaimana Shaziman yang memang sentiasa berada di padang rakyat menjadikan aktiviti menangkap ikan sebagai pesta di kawasan pilihanraya beliau.




Sikap sebegini sebenarnya yang perlu ada bagi setiap wakil rakyat Barisan Nasional terutamanya wakil rakyat UMNO..! Bukan sahaja bijak dan tangkas beraksi sebagai Menteri dan Ahli Parlimen tapi juga sentiasa bersikap realistik..! authentic..! tulen dan tidak berpura pura apabila mendampingi rakyat..! 

UMNO dan Barisan Nasional sebenarnya memerlukan lebih ramai Shaziman Abu Mansor dalam barisan kepimpinannya agar parti dan kerajaan sentiasa segar dan dekat dihati pengundi dan rakyat..! 

Bersikap benar..dalam situasi sebenar akan membuahkan hasil penerimaan yang sebenar..!

Jangan hipokrit..! kata orang kampung den...jangan jadi bangang..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Siasat Siapa Di Dalam JPA Yang Sabotaj Kerajaan BN..!


Ini yang Menteri kena perhatikan..! ini yang war room kena buat..! siasat dan atasi masaalah..! bukan hanya tahu merungkai dan mencipta masaalah..! war room apa namanya tu kalau saban hari setiap masaalah tidak pernah selesai MALAH semakin bertambah..!

Keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk tidak menyambung kontrak 50,000 orang kakitangan awam selepas 31 Disember tahun ini bakal memberi implikasi buruk kepada politik, ekonomi dan sosial.
Sehubungan itu, JPA diminta mengkaji sedalam-dalamnya keputusan berkenaan sebelum akhir tahun ini.
Bekas Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman yang tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan percaya keputusan itu pasti disebabkan kekangan belanjawan kerajaan.
Bagaimanapun, katanya, JPA mengambil jalan mudah untuk menangani masalah tersebut.
"Pada 2012 pun macam itu juga, bagi notis sama. JPA tidak fikir ke keputusan itu membabitkan 50,000 orang pekerja, bukan 10 orang, bukan 50 orang. Kalau 50,000 itu diberhentikan mereka hendak makan apa? Anak isteri dan tanggungan mereka hendak disuap dengan apa? Hutang rumah, hutang kereta macam mana?
"Jangan ambil mudah, jangan buat keputusan sebab mereka sudah duduk di kerusi empuk. Fikir nasib orang-orang bawahan," tambahnya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.
Omar yang juga Presiden Kelab Pesara 1Malaysia dan Yayasan Pekerja Malaysia berkata, kebanyakan pekerja kontrak kakitangan awam sudah berkhidmat melebihi 10 tahun dan dalam situasi semasa bukan mudah untuk cari kerja baru.
Malah, beliau percaya meskipun notis berkenaan telah dikeluarkan, ada pekerja kontrak awam tertentu yang selamat di sebabkan faktor-faktor dalaman.
"Dulu pun pernah buat macam ini tetapi ada pekerja-pekerja kontrak terselamat. Ini juga tidak adil, tidak telus," tambahnya.
Beliau berkata, hampir 98 peratus pekerja kontrak kerajaan adalah dalam kalangan orang Melayu dan kalau notis itu dikuatkuasa, yang banyak menganggur adalah orang Melayu.
"Ini adalah satu petunjuk tidak baik kepada politik, imej kerajaan, sosial dan ekonomi secara keseluruhannya. Jadi JPA fikir-fikirkanlah," ujar beliau. - MalaysiaGazette
Ini jelas kerja sabotaj..! keputusan ini bakal menyebabkan kerajaan Barisan Nasional bankcrupt..!
Kerja siapa ni..! hanya komunis yang buat kerja ni..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

Jumaat, 27 Mac 2015

Nak Sangat..!


Nak sangat kena tangkap kan..! ambik ko..! lagi bagus kalau kena liwat dengan pesalah dalam lokap tu..! baru dia tau..! atau dia sebenarnya merindu..! auu..! auu..!


Lu Fikir La Sendiri!!!

KUALA LUMPUR: Penahanan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli pada Jumaat dilakukan kerana tindakannya mengeluarkan surat mengarahkan penyokong parti itu untuk mengadakan himpunan haram #KitaLawan pada Sabtu, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Menurutnya, Rafizi ditahan pada petang Jumaat dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk disoal siasat mengikut Akta Hasutan 1948.

“Rafizi mengeluarkan surat arahan kepada penyokong-penyokongnya supaya keluar beramai-ramai untuk membebaskan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim.

“Surat terbuka seperti ini membawa pelbagai makna. Adakah dia (Rafizi) mengarahkan orang-orang dia untuk pecahkan penjara untuk keluarkan Anwar?

“Ia akan memberi pelbagai kefahaman kepada orang yang tidak faham. Jadi, kita panggil dan tahan Rafizi untuk kita siasat sejauh mana surat ini telah diedarkan.

“Kita juga ingin tahu apakah reaksi-reaksi pengikutnya terhadap arahan untuk membebaskan Anwar,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) – Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, Jumaat.

Khalid memberitahu, tindakan Rafizi amat berbahaya dan polis tidak akan membenarkan ianya berlaku.

“Sekali lagi saya ingin mengingatkan bahawa apa juga surat-surat atau arahan yang dikeluarkan dan boleh menimbulkan kekecohan, kita akan ambil tindakan,” katanya.

Penahanan Rafizi pada Jumaat merupakan yang kedua dalam bulan ini berhubung penganjuran perhimpunan #KitaLawan.

Kali pertama Ahli Parlimen Pandan itu ditahan pada 10 Mac lalu berikutan himpunan #KitaLawan yang diadakan pada 7 Mac.

MELAMPAU..!


Kasi ajar cukup cukup..! jangan kasi dia orang keluar dulu..! simpan dan lanyak ler..! 

Mereka bukan rakyat yang bertamadun..! mereka samseng..! mereka kaki pukul..!

Tunggu apa lagi..!

LU Fikir La Sendiri!!!

Anwar SAH Banduan..! PRK Permatang Pauh Mengambil Tempat..!


Tak pernah pun berlaku seorang banduan boleh kekal sebagai Wakil Rakyat..! Baiknya kerajaan BN melayan perangai jahat Anwar walaupun sekelumit pun Anwar dan sekutu jahatnya tidak langsung pernah mahu mengiktiraf dan berterima kasih..!

Sekarang dah jelas..! 

KUALA LUMPUR: Peguam Kanan Persekutuan, Amarjeet Singh berkata petisyen bagi pengampunan diraja ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disabitkan dengan kesalahan meliwat telah dilupuskan.
Sehubungan itu katanya Anwar secara automatik hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

"Pendirian kami adalah keputusan sudah dibuat. Perlembagaan menerangkan hal ini dengan sendirinya," kata Amarjeet kepada pemberita.

Bagaimanapun peguam Anwar, N. Surendran, Latheefa Koya dan Dr Dheeraj Bhar berkata keputusan oleh Lembaga Pengampunan masih belum disahkan dan hanya akan diumumkan dalam Mahkamah Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas pada Rabu depan.

Keputusan itu disampaikan kepada peguam Anwar menerusi afidavit yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nursiah Arshad yang juga sebahagian daripada urus setia Lembaga Pengampunan.

Amarjeet berkata, pemohon telah meminta untuk melewatkan pengumuman keputusan bagi menyampaikan butirannya kepada Anwar terlebih dahulu.

Ok...kita look forward..! Bagaimana BN boleh merampas kerusi Parlimen Permatang Pauh yang sudah lama ditangan Anwar Aljub..! Rakyat dan pengundi Permatang Pauh sebenarnya dahagakan 'kasih sayang' UMNO dan Barisan Nasional..! Mereka perlukan pembelaan..!

Pemilihan kali ini perlu lah tepat..! perlu ikut kata akar umbi..! calon yang benar benar winable candidate..! bukan calon WIN CABLE..! bukan calon tunjuk dari bisikan para punahsihat..! Bukan dari kalangan mereka yang hanya tahu membodek dan reti menjilat..!

Najib perlu belajar dari kesilapan pemilihan calon dalam PRU13 yang lalu..! Jangan di ulang lagi kesilapan yang sama..! Jangan hanya menurut kata dan mendengar nyanyian syurga dari MJ, BJ, JJ, SJ dan banyak lagi J..! cukup..! 

Dengar kata akar umbi..! dengar kata UMNO Bahagian..! Dengar kata BN Bahagian..! Selama ni mereka yang bertungkus lumus membuat kerja dan membina hubungan baik dengan pengundi..! bukan orang lain..! bukan payung terjun..!

Tanya Kepimpinan di bawah..! siapa calon yang rakyat mahu..! siapa calon yang rakyat kehendaki..! Biar kita hantar calon ke gelanggang dengan potensi kemenangan yang tinggi..! bukannya umum sahaja namanya kita dah tahu rakyat akan tolak..! pengundi dah lama kata ini calon 'borak'..!

Cari calon yang authentic..! calon yang tulen..!

Akai ada kaa..!

Lu Fikir La Sendiri!!!