Isnin, 16 Mac 2015

Penjelasan Mengenai Kapal Terbang..!


Ini penjelasan dari pihak kerajaan..!

PEROLEHAN pesawat baru VVIP jenis A320 merupakan satu keputusan penggantian Jet Kerajaan yang berusia 20 tahun bagi tujuan penggunaan Yang Di Pertuan Agong, Sultan dan Perdana Menteri.

Menurut sumber kerajaan, pesawat ini dibeli untuk menggantikan pesawat VVIP jenis BBJ737-700NG yang telah berusia hampir 20 tahun dan memakan kos penyelenggaraan yang tinggi.

Penggantian seperti ini adalah amalan biasa dalam perolehan kerajaan sebab di Malaysia ini bukan Perdana Menteri sahaja VVIP, tapi ada juga Yang Dipertuan Agung dan Raja-Raja yang layak menggunakan kemudahan pesawat rasmi kerajaan.

Justeru dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa pembelian ini merupakan satu pembaziran kerana Kerajaan telah mempunyai 6 buah Jet adalah tidak tepat.

Sebaliknya kerajaan dalam proses menggantikan pesawat lama yang telah uzur.

Sebagai pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, DYMM Yang Dipertuan Agung layak mendapat perkhidmatan pesawat yang terbaik dari segi teknologi dan keselamatan sementara dalam masa yang sama, wang rakyat dapat dijimatkan kerana pesawat baru ini tidak memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi seperti pesawat lama.

Manakala soal pembelian terbaru ini melalui rundingan terus diberi kepada Jet Premier One (M) Sdn. Bhd kerana syarikat yang mempunyai kontrak penyelenggaraan dan pengendalian pesawat Kerajaan ACJ 319. Ini memudahkan urusan pembelian dan pengendalian pesawat terbabit.

Selain itu pembelian Jet kerajaan merupakan pembelian dengan ciri-ciri spesifik dan tertentu yang tidak sesuai untuk sistem tender.

Lu Fikir La Sendiri!!!

4 ulasan:

  1. proton saga pun tukar proton wira tukar proton waja tukar proton preve tukar proton suprima

    BalasPadam
  2. PM of Malaysia is in euphoria for receiving recognition by Dean of Wharton praising his sterling leadership and robust stewardship in raising national debt by 8 % during his tenure as Minister of Finance.
    Malaysians are proud of achieving lowest undervaluation of RM in the last 6 years.
    Malaysia must be doing something right,in comparison with so many countries that Wharton considered an award based on such financial KPI 's.Wahid and Idris please share the secrets of stellar performance
    arjuna waspada
    changkat lobak.

    BalasPadam
  3. Terlalu banyak dah di buat fitnah..kerajaan najib tak nak saman ke..buat lah sekali sekali..cuba 50 juta dulu..kalau berjaya naikkan lagi..100 juta ke, 200 juta ke...ajar dia tutup mulut sikit...jgn asyik dok lisbon aje.

    BalasPadam
  4. Yg aku pelik dah bagi penerangan,ada juga org percaya rafizi,tak caya pergilah kat kedai kopi,malah dalam perbualan pegawai kerajaan waktu rehat pun sama

    BalasPadam