Ahad, 31 Mei 2015

Baru Betul..!


Pasti semua rakyat bersetuju..! Ada bran?

Naikkan kadar gaji minimum kepada RM1,200 bagi membantu rakyat menghadapi kos kehidupan yang semakin meningkat dahulu sebelum menimbang keperluan menaikkan gaji pembantu rumah Indonesia, gesa Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali (gambar, kiri) berkata kerajaan perlu mendahulukan rakyat yang kini dibebani dengan peningkatan kos kehidupan termasuk kenaikan harga barang dan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
"Kalau nak menimbang keperluan dengan menaikkan gaji minimum pembantu rumah orang asing sampai RM1,200, gaji minimum rakyat Malaysia juga kena bermula dengan RM1,200.
"Indonesia cadang naikkan gaji amahnya daripada RM800 kepada RM1,200, tak semestinya kita kena terima ... bagilah rakyat Malaysia 'happy' (gembira) dahulu sebelum kita 'happykan' (gembirakan) orang luar," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada Taklimat Pelan Tindakan Pemerkasaan Organisasi Perkasa dan Pelan Strategik Perjuangan Perkasa Peringkat Zon Timur (Terengganu dan Kelantan) di Chendering, dekat Kuala Terengganu.
Ibrahim mengulas langkah Indonesia menghantar kertas cadangan kepada Kementerian Sumber Manusia untuk penambahbaikan syarat kerja pembantu rumah dari negara itu di Malaysia, termasuk menaikkan gaji kepada RM1,200.
Menurutnya ia selaras dengan saranan Perkasa yang sebelum ini pernah menggesa kerajaan menaikkan gaji minimum daripada RM900 kepada RM1,200. – Bernama
Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Pembantu rumah gaji RM.1200 ? Tempat tinggal, makan minum dan keselesaan percuma. Masuk akal ? Jika untuk pekerja terlatih, bersijil dan tempatan boleh di pertimbangkan sebab ada socso, kwsp dan slip gaji. Kelayakan perkerja bermajikan. Jadi hak majikan juga terjaga jika khidmat tidak seperti di harapkan. Pembantu lari tinggalkan kerja. Lindungan gerenti insuran dan apa jua tertakluk undang-undang buruh di mana majikan berhak menuntut ganti rugi.

    Ini sepatut nya.

    BalasPadam
  2. Bagi Burma, Nepal, Bangla gaji lebih lagi, Bisnes lingkop, siapa punya kepala HOTAK ni??

    Amad Maslan?, Shaberi Cek?, Menteri Kuala Pilah??


    Sekarang Nepal naik hantu mengamok pukul Towkey, dulu gaji 600 tak bising pun..

    BalasPadam