Selasa, 5 Mei 2015

Parti Ajaran Sesat Kalah..!


Alhamdulilah..! Tahniah..!

ROMPIN: Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Parlimen Rompin (P.091) dengan majoriti lebih kecil apabila calonnya, Datuk Hasan Arifin mendapat 23, 796 undi.

Beliau memperoleh majoriti 8,895undi.

Pencabarnya, Nazri Ahmad mewakili PAS memperolehi 14,901 undi.

Pengumuman rasmi dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Rompin, Datuk Fadzilla Salleh kira-kira pukul 10.25 malam Selasa.

Beliau juga mengumumkan terdapat sebanyak 591 undi rosak.

Terdahulu, sebanyak 38 pusat pengundian dengan 115 saluran dibuka seawal pukul 8.00 pagi Selasa bagi membolehkan 52,744 pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka.

Peratusan keluar mengundi pada PRK Rompin lebih rendah iaitu 74 peratus berbanding 85.9 peratus daripada 53,294 pengundi berdaftar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di kawasan sama.  

Pada pengundian awal Khamis lalu, sebanyak 85.1 peratus atau 464 orang daripada 545 pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab mereka di empat pusat mengundi di kawasan parlimen ini.

PRK Parlimen Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya,Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis yang maut dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lalu.Pada PRU-13 dua tahun lalu, Jamaluddin mengalahkan calon PAS, Nuridah Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Menang dgn hilang 40% undi majoriti..Pas hanya kehilangan 25 undi berbanding pru 13..harap Umno dpt kekalkan momentum mcm ni next pru..harap najib akan terus kekal..

    BalasPadam
  2. Banyak isu panas pun BN boleh menang? hahaha...tak ke mana la puak PR ni ooiii

    BalasPadam